35 to 5

Photobucket

Awan yang menyebulungi langit tampak mendung hari ney..Dengan semangat berkobar-kobar nak bagi duit raya walaupun ada titisan - titisan hujan. Sebaik sampai di kelas, di ruangan rak kasut macam kosong je.. Okay, mungkin awal lagi kot. 

Tengah2 menyapu, datang la sorang pelajar. Ini pelajar yang selalu datang lambat ney boleh plak datang awal hari ni...ooo semangat nak duit raya kot. Dah macam si penunggu setia plak rasanya, duduk kat kerusi batu menanti "mana la pelajar-pelajar aku ney?" Jam dah dekat pukul 9..Nak kata hujan lebat tak de la plak.. Tunggu dan terus tunggu.

Pergi bilik komputer kemas bilik tu sket2.. Dengar la suara riuh-riuh kat kelas.. Ooo dah sampai kot.. Alaa baru 5 orang pelajar datang.. Apa kena ney??? Shiraz tunggu sampai la jam 12 sebabnya dah beritahu dekat budak2 hari ney tak payah belajar. So, ikut korang la nak main ke, nak tidur ke.. Budak2 ney dari pilih tidur baik diaorang main. Bagi alasan penat nak berbuka puasa...Banyak la korang.

Sampai pukul 12 still teda murid. So, Shiraz bagi la duit raya untuk 5 orang yang datang tu je.. Ada yang Shiraz kenal umah, Shiraz pergi hantar dekat diaorang. Itupun siap mintak lebih dari budak yang ada kat kelas. Banyak cantik muka korang.

Daripada 35 orang pelajar kat kelas tu yang datang hari ney cuma 5 orang...Sedih tak terkira rasanya.  Tak pernah Shiraz hadapi pelajar seramai 5 orang tu. Yang pastinya bila pelajar sedikit itu, Shiraz rindukan suasana riuh dan gamat daripada diaorang.