Seorang Dewasa Berhakkah Bercakap Ayat-Ayat Lucah???


Assalamualaikum


Tajuk panas sket la malam ney..Woww..


Okay ney bukan kisah 18sx yang perlu ada video ke, gmbr ke atau apa saja barang bukti...Apa yang Shiraz nak cakapkan kat sini ialah perlukah seorang yang bergelar dewasa mempunyai sikap terlalu jujur dalam percakapannya? Hmm...Jujur macam mana tu?


Macam2 jenis kisah 'jujur' yang rasanya tidaklah perlu terlalu over untuk diperkatakan.. Kalau dlu org2 tua  kata 'budak2 muda kalau org tua tgh bersembang jangan masuk campur' tapi zaman sekarang bila dah orang tua dan orang muda berada dalam satu komuniti perlukah ayat2 separa lucah ini diperkatakan atau dilakukan sebagai gurauan secara terang-terangan..

Adat nak bergurau sekalipun jangan sampai terlalu menyakit telinga yang mendengar. Kadang-kadang 'si tukang cakap' ney lupa agaknya bila berada di tempat yang ramai, ada sesetengah orang tidak boleh terima dengan gurauan 'lucah' yang terlalu melampau ney..Orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar..Kadang-kadang sesuatu yang kita cakap tu walaupun kedengarannya sebagai gurauan tapi kena ingatlah bukan semua orang dalam satu komuniti tu 'otak kuning' macam si 'tukang+tukang cakap ayat lucah' ney.

Zaman sekarang ney kan macam2 komuniti yang ada, macam2 NGO yang ada..So, dalam satu2 pertubuhan tu bukannya orang tua je ada, yang muda-mudi, yang kanak-kanak pun ada..Masalahnya pada yang 'si tukang cakap' ney tak kira tempat untuk bercakap. Apa yang ada di depan mata, apa yang terlintas di kepala otak itu lah yang dikatakan. Kebiasaannya, orang2 tua ney marah kalau anak2 cakap mende2 yang  merapu tapi orang tua tu sendiri 'lupa siapa dia sebenarnya'. Nak nasihat orang tengok diri kita dulu, betul ke tidak? Hmm... Jangan main cakap je kalau diri sendiri tu tak 'BETUL'.

So, fikir-fikirkan. Jangan disebabkan 'otak kuning' korang ada  yang cabut lari sebab menyampah dengan kelakuan korang. Nanti dilabel 'orang tua tak sedar diri'. 


Hmm, apa kata korang plak..Apa kata korang bg pendapat pulak? Mana lah tahu kalau ada2 makcik2 ke pakcik2 jenis otak kuning ney ditempat kalian boleh la kita main2 sound direct diaorang bg sedar..Kan?