Oooo Abang TMNET...


Assalamualaikum 

Panggilan di waktu pagi hari tadi sebenarnya masih bermain-main di ingatan..Naik confused bila duk fikir-fikir sebenarnya..Kecuali masa ada 'party jemput-jemput' dkt rumah tadi lupa la kejap pasal panggilan tu..Iyalah tengah bergelak sakan mmg la lupa ini dah duk layan streamyx datang la balik ingatannya..

Shiraz tak tahu tyme tu pukul brp tapi rasanya dalam pukul 9 lebih...Shiraz masih lagi kat atas katil duk layan movie korean 'I do, I do'..Dengar bunyi telefon rumah dan serta-merta dengarlah abah panggil..

Rasa macam tengah mamai je lagi tp dengar la surau garau sang pemanggil di hujung talian..Menyentakku dari lamunan..

>>Versi lakonan semula<<

Kakak TMNET: Hello, Cik Nurul Shiraz Kamarudin ya? Okay Cik Shiraz, Saya Martini dari TMNET Kuala Terengganu..Cik Shiraz menggunakan streamyx kan?

Shiraz: ya...

Kakak TMNET: Okay saya akan tranferskan panggilan ke Ibu Pejabat TMNET..Jangan letakkan telefon..
  
Shiraz: Okay.

Kedengaran la latar muzik kat dalam talian tu..Dkt 10 minit Shiraz tunggu siap boleh lelap balik..

Abang TMNET: Maaf Cik Shiraz kerana lama menunggu...

Shiraz: zzzzzzzz 

Abang TMNET: Cik Shiraz tidur ke?

Shiraz: OuchThis Emoticons 25 x la...

Abang TMNET: Maaf ya cik Nurul sebab lama menunggu..Saya, Khairul Johari dari TMNET KUALA LUMPUR.. Cik Shiraz punya streamyx sekarang masih bermasalah ke tidak?

Shiraz: Hmm dah x bermasalah mana..

Abang TMNET: Apa?

Shiraz: *cough* >tyme ney jugak nak batuk< Dah jarang la ada problem..

Abang TMNET: Okay, ari tu ada buat report psl kelajuan erk?

Shiraz: Yup *cough again*

Abang TMNET: Modem okay?

Shiraz: Haah

Abang TMNET: Telefon?

Shiraz: Telefon tu bermasalah...

Abang TMNET: Sebab?

Shiraz: erk? Manalah saya taw saya bukannya pandai tilik pun kenapa dia rosak...

Abang TMNET: Ooo buat lawak erk..

Shiraz: Takdelah..Betul la saya tak tahu kenapa telefon tu rosak..

Abang TMNET: Okay, esok  atau bila2 dalam minggu ney tolong bawa telefon Cik untuk pertukaran dan kita akan sambung talian baru secara percuma sampai ke Sabah dan Sarawak..

Shiraz: Tapi, saya kat Paka, Terengganu..

Abang TMNET: Cik Shiraz bawa la dekat TMNET terdekat..

Shiraz: OuchThis Emoticons 15 hehe..(gelak malu)

Abang TMNET: Bawa telefon rumah dengan salinan Ic..

Shiraz: angguk2 macamlah dia nampak..

Abang TMNET: Cik Shiraz faham tak?

Shiraz: Faham..

Abang TMNET: Sekarang ni untuk pengesahan sila sebutkan password untuk email streamyx?

Shiraz: ********

Abang TMNET: No Ic?

Shiraz: 86****-**-****

Abang TMNET: No telefon?

Shiraz: 012-*******

Abang TMNET: Alamat rumah?

Shiraz: No 16, *******************************

Abang TMNET: Okay..Terima kasih atas pengesahan..

Shiraz: Okay..

Abang TMNET: Cik Shiraz, satu lagi?

Shiraz: Apa dia?

Abang TMNET: Jangan lupa makan ubat batuk (sambil gelak2)

Shiraz: zzzzz

Abang TMNET: Ada ape2 pertanyaan lagi?

Shiraz: Takde dah..terima kasih banyak2..

Abang TMNET: Sama2...

Tamatlah cerita...Kisahnya nak suruh Shiraz pergi telefon jak kalau suruh Martini tu cakapkan tak boleh ke? Kekeke...