Masih ada Gores dan Menang? (Tunas Manja, Paka)


Assalamualaikum

Shiraz ingat zaman skrg ney dah takde acara gores dan menang ney? Rupanya maih ada..Huhu.. Kalau sebelum ney Shiraz biasa tolak mentah-mentah kalau ada yang menghampiri sambil menghulurkan kertas di tangan, hari ney Shiraz boleh plak terlintas di hati nak tgk apa yang dia nak jual pada Shiraz..

Kejadian ney berlaku dkt depan Pasaraya Tunas Manja, Paka...Kuang kuang kuang... Al-kisahnya, lepas Shiraz dah habis membeli dekat dalam pasaraya tu budak muda yg tukang duk promosi ney pun datang la dekat Shiraz..Siap main tarik-tarik lagi ney.. Okay let's  go..Tengok sejauh mana dia boleh kenakan Shiraz.. Mula-mula dia kata nk bg mug percuma.... Terus Shiraz cakap kat mug buruk...Mug berapa ringgit ney? Huduhnya.. Budak ney macam tercengang-cengang. Dia tengok bos dia..Shiraz senyum jak la..Pastu dia buka la mug lagi satu..Sama jugak huduhnya.. Dia pun mula pot-pet pot -pet pasal microwave la, dapur la, dan mcm2 lagik la.. Okay dah habis satu babak dia pun keluarkanla mcm kad gitu.. Before tu dia cakap kad ney ada 4 jenis..Satu yg thank you..Kalau dapat thank you ney xder apalah, yg kedua rm 50 utk discount rm 50, pastu rm 100 dan 200.. Dia pun bg la 2 keping.. Adik Shiraz koyak kan yg RM 50 dan Shiraz punya harga RM 100..

Ooo dia pandai taw berlakon. Buat-buat muka cuak, muka gelabah..Yg nampak jelas di pandangan mata Shiraz bila dia cubit tangan member sebelah siap angkat kening lagik.. \Dan dia pun tanya la "akk, saya bagi berapa keping  kad  tadi?" Ooo nah amek 2 keping  je ney.." aduh kak, kenapa ney boleh sampai 2 hadiah ney..Patutnya satu jer.. Kena tepon bos kat Kuantan ney.. Kalau hadiah 2 ney dah masuk rm 6000..Tak boleh mcm ney..Akak kena ambil satu la"  Ooo pakcik, dngr erk kata hadiah percuma kan amek la kat awak..Tak payah la buat muka2 terkejut, muka2 gelabah macam tu.. Okay nah amek..." Shiraz letak kad tu depan mata dia.."Kak, tak boleh la macam..." "Aku nak balik la,laki aku nk makan nasi kat rumah..Dah lambat ney layan cerita lawak korunk" 

Shiraz pun tolak la troli dngn adik..Dengar ney dia panggil akak tunggu jap akak..Tak de maknenya nk tunggu-tunggu. Masuk dalam kereta Shiraz cakap kat adik " Bagi balik mug buruk ney kat budak tu". Adik Shiraz pun berlari-lari pergi letak kat atas mejak budak-budak tu..Shiraz nampak budak-budak tu tgk je dkt adik Shiraz termasuk dngn bos dia la kot...Nk tipu Shiraz konon..Dah la, tak laku la Gores dan Menang skrg ney...