Kenapa Perlu Ungkit Kisah Lama Hidup Suami Irma Hasmie?


Assalamualaikum

Perkahwinan Irma Hasmie belum lagi tamat kisahnya.. Masih ramai yang bercerita tentang keindahan pertemuan Irma bersama suaminya.. Irma Hasmie mungkin antara  gadis bertuah yang dipertemukan jodohnya di tanah suci Mekah Al-Mukarramah. Yang jodohnya ditemukan di hadapan Kiblat yang agung. Pertemuan Irma dan suaminya, Redza tidak memakan masa yang panjang.  Selepas pulang dari Kota Mekah       
Irma Hasmie terus disunting menjadi permaisuri yang halal di sisi Redza Syah Azmeer.

Tapi, belum pun habis kisah kehangatan cinta Irma dan Redza, ramai plak yang duk korek latar-belakang kisah Redza... Timbul lah kisah Redza merupakan duda ketika menikahi Irma. Shiraz tak faham dengan orang-orang yang sibuk duk carik, sibuk duk korek nak tahu siapa Redza sebenarnya.

Kalaupun Redza itu suami orang, tidak salah rasanya kalau Irma dijadikan permaisuri untuk  kedudukan no dua sebagai lelaki kuota suri rumahnya masih ada 4 peluang. Tapi, masalahnya sekarang ni Redza tu bukan suami orang. Dia hanya memegang gelaran  D.U.D.A. So, tak payah la duk tayang balik gambar bekas isteri Redza. Bukannya Irma Hasmie menjadi perampas suami orang pun.

Keluarga Irma dah tahu siapa Redza sebenarnya. Bukannya Redza tipu Irma..Bukannya Redza sorok status dirinya. Cuma, Redza tak nak gembar-gemburkan kisah lalu. Kehidupan dia sekarang bersama Irma Hasmie binti Ibrahim.

Cuba la kita berada di tempat Irma Hasmie. Sedih dan pilu perasannya nanti apabila mahligai yang baru dibina dicanang-canang dengan kisah kehidupan lalu. Berhenti la siar-siarkan gambar Redza dan bekas isterinya tu. 

>>>Bagilah Redza Syah Azmeer menjaga sedikit privacy....

Gambar Bekas Isteri Redza Syah (Suami Irma Hasmie) Tersebar