Cabaran baruO:-)

Dalam menempuhi kos sara hidup yg smkn tggi,kadang kala kita harus akui ia menjadi tekanan buat diri kita kan? Semua org nk peluang pekerjaan yg bgs tp peluang itu tersangatla menyekatkan. Ada yg kata klu nk kerja bgs, kena berjaya dlm pelajaran. Tapi, hakikatnya dah graduate pun bila minta kerja pun payah. Wpun ada kelayakan ijazah. Kalau hidup takde 'kroni-kroni' yg hebat, ijazah tu boleh peram buat ikan pekasam.... Kadang-kala Shiraz tak faham? Apa yg org nk dlm melengkapkan kehidupan ney... Ada yg mudah mendapat peluang pekerjaan alhamdulillah klu kejadian itu berpihak pada anda tapi bagaimana yg dh graduate bertahun-tahun tapi masih blum ditawarkan pekerjaan wpun sudah beribu resume dihantar. Dalam konteks ini, siapa yg ptt diberi perhatian? Klu kata memilih agak mustahil ungkpan KLISE itu. Dalam menampung kos sara hidup, apa jua pekerjaan yg ditawarkan mesti mengambil peluang untuk memohon namun kerja yg dimohon ditolak mentah-mentah oleh pihak penawar dgn alasan kelayakan tidak setimpal dgn gaji yg ditawarkan. Jadi, jalan mnkh yg harus dilalui oleh para penganggur di luar sana? Hmm...kadang kala terfikir apa guna belajar tinggi-tinggi tp hanya mencari pekerja yg berkelayakan Spm.....

Gara-gara Demam

Photobucket






Gara-gara khamis lepas Shiraz diserang demam sampai hari ney Shiraz mengalami sakit tengkuk..Rasanya sbb hidung dah bersumbat, kerongkong dan rasa nak lelah time tu..Masa Shiraz amek ubat panadol makan, Shiraz tak sedar yg Shiraz tidur dalam keadaan duduk. Shiraz telengkan kepala sebelah kanan dan berlapik bantal peluk...Agak lama la kot Shiraz tidur dalam keadaan macam tu..


After balik klinik dan makan ubat segala bagai sekali lagi Shiraz rasa Shiraz tidur dalam keadaan yg sama tapi kali ney Shiraz sandar dekat dinding.. Dan lepas tu Shiraz rasa urat tengkuk sebelah kiri ney dah tegang kot sbb sampai hari ney Shiraz masih lagi rasa sakit walaupun dah sapu minyak panas.. Nak toleh ke kanan dah x boleh. Rasa sakit sangat...


Dan Shiraz terjumpa petua...Ada dua petua sebenarnya..Insya Allah nnt Shiraz amalkan..
Petua yg pertama minta dibaca bismillah, selawat ke atas Nabi 3x, tepuk bantal yg digunakan..(problem Shiraz lupa bantal mana satu..Ada 4 bantal dalam bilik ney..Sob Sob)


Petua kedua minta pukul balik bantal dengan leher atau pun jemur kan...


Nanti Shiraz amalkan erk..Kalau x jalan jugak Shiraz rasa kena beli YokoYoko..Kekeke




1-Baca Bismillah….2-Selawat ke atas Nabi Muhammad saw 3x3-tepuk bantal yg diguna tadi 3x
4-tidur @ baring semula walau seminit
5-Insyaallah akan pulih.
2nd, jmpe petua yg ini...
masa kecik2 dulu kalo kena sakit leher, mak selalu suruh pukul balik leher dgn bantal yg kita gunakan. tak pun dia suruh jemur bantal yg kita guna kan tu. try la mana tau mujarab.
kredit:  e.m.m.a

Bila Mat Motor Menulis Ucapan..

Photobucket



Nampak tak? 
Diperkenalkan erk ney budak2/pakcik2/abg2 motor dari Paka, Terengganu. Tak tahu mana Paka sila bukak abg google...Nanti abg google bgtaw la mana salasilah Paka ney..

Tapi, kisahnya bukan nak cerita pasal budak/pakcik/abg2 motor yg hensem ney..Nak cerita bila gelaran 'Mat Motor' tu dah sebati dalam diri tulis ucapan utk Ramadhan pun dah berkisar motor jugak..Berat nanang betul la..Eh jap2..Ooo lupa nak bgtaw berat nanang tu apa erk? Berat nanang tu bermaksud 'hampeh'..kekeke..

Diaorg ney kawan2 Shiraz.. Dan org yg tulis status di  facebook tu sila besarkan mata anda   yang sedang memakai kaca mata warna biru.. Sapa jumpa cari sila tepuk tangan erk...hehe


Nasibla yg tulis ucapan gini sorg je..Klu habis semua ahli turtle crew tulis ucapan gini tak tahu la nak kata apa..kekeke... Ucapan dia unik jugak sebenarnya...Walaupun menggunakan bahasa motor tapi mesej dia jelas nak ucap Selamat Berpuasa...



1st Giveaway Cik Balqis

Photobucket


Jom join GA lagik...Kali ney dari Cik Balqis plak...Shiraz dah lama follow blog Cik Balqis hehe.. Tak banyak syarat yang dikenakan cuma Shiraz bimbang sebab semua hadiah2 yg ditawarkan nak ke arah top referral ney..Tu yg part Shiraz lemah sekali..

Shiraz berkenan dekat lampu tu..Nak sangat..Klu x dapat GA ney nak tayer cik Balqis mana nak beli erk? kekeke..

Giveaway Rahmatnnya Ramadhan by Musical Xiao

Photobucket

♀ Musical Xiao ☆

Semakin hari semakin membilang detik. Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan yg mulia. Hmm..tggl brp hari lagi adik2 sekalian? Tggl lagi 4 hari maw puasa sudah...Alhamdulillah..

Dalam duk sibuk2 membilang detik ney, Shiraz nak ajak korunk,kitak, awak dan kalian2 yg sedang membaca blog buruk Shiraz ney untuk join Giveway lagik..Yeayy.. Kali ney GA dari Xiao..Apa maksud Xiao? Si kecil..Haa si kecil Andriabunk ney nak ajak kite semua join GA dia..

Kelebihan Ramadhan..Ya Rabbi banyak sangat kelebihan di bulan Ramadhan ney. Yg pertama, barangsiapa yang menunaikan puasa di bulan Ramadhan pintu2 rahmat akan dibuka.  Segala pintu neraka, jin dan syaitan akan diikat. Teringat Shiraz dkt seorang anak murid Shiraz yg bertanya " Teacher Kakak, kata jin dngn syaitan dah diikat kenapa ada pakcik2 keje kontrak beli lauk nasik dkt kedai? Hisap rokok bawah pokok? Beli air tin dkt Stesen minyak petronas?" Shiraz terdiam seketika..Tak tahu nak jawab macam mana..Last2 Shiraz bg jawapan sbb iman diaorg tak kuat...

Bulan Ramadhan ney bulan menambah keberkatan.. Masa ney la org semua berlumba-lumba untuk mengejar pahala. Setiap malam tawarikh yang kita lakukan berselang-seli dngn bacaan al-quran akan dikurniakan banyak pahala. 

Kalau bulan Ramadhan ney kita mengerjakan umrah nilainya seumpama mengerjakan haji. Ya Allah besarnya rahmatmu Ya Allah. Untung siapa2 yang dapat menunaikan umrah dan haji pada bulan Ramadhan ney..

Banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan ney tapi mata Shiraz dah layu sangat2..Nk tidur plak..Selamat malam semua..




Pelajar Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah

Photobucket

Hari ney dalam berita Shiraz macam terdengar ada peraturan atau perbincangan membenarkan pelajar bawa telefon bimbit ke sekolah.. Firstly Shiraz nak tayer sape yang kuarkan peraturan bodoh ney??

Shiraz tak nampak kelebihan bawa telefon pergi sekolah. Nak2 zaman sekarang ney telefon canggih bukan main..Bukan macam Shiraz dahulu kala bawa telefon murah takder 3g, takde internet segala bagai ney. Sekarang sekolah pun dah ada internet.

Seingat-ingat zaman Shiraz sekolah dulu..Dengan berbekal telefon murah kan ada yg terintai-intai bila cikgu di depan..Duk msg dngn bf/gf masing2 dalam kelas. Mana fokusnya? Mana integriti sebagai pelajar? Dan sekarang dngn pebagai jenis telefon, pelbagai jenis application, dngn wi-fi percuma diadakan peraturan membenarkan bawa telefon ke sekolah..OMG!!!

Tolongla seseorang bangkang atau bantah atau apa saja yang boleh melarang daripada budak2 ney dibenarkan bawa telefon ke sekolah. Yg bawa telefon curi2 skrg ney pun dah macam gejala yg ada. Video bergaduh, seks , dan macam2 la.. Ooo please, Shiraz tak tahu apa nak jadi kalau bawa telefon ke sekolah ney. Apa munasabah yg tepat yg membenarkan diaorg bawa telefon ke sekolah?

Kalau taye Shiraz kenapa tak membenarkan bawa telefon ke sekolah?


  1. Diaorg tak fokus dalam kelas nanti. Asik2 bermesej, asik2 mesej...Huhh!!
  2. Nanti asik dengki-mendengki.. kau pakai telefon mahal, aku pakai telefon murah jak..
  3. Main game..Shiraz rs skrg budak2 semua pakai Blackberry, Samsung Galaxy, Iphone, atau apa saja yg bolek akses internet
Ntahlah banyak yang Shiraz rasa nak tulis tapi otak dah blur.. Hakikatnya, Shiraz bangkang!!!

Juara Masterchef Celebriti Pertama Milik Dato Fazley Yaacob

Photobucket


Sekalung jutaan tahniah buat Dato Fazley Yaacob yang telah memenangi Masterchef Selebriti Pertama. Dato Fazley yang mewakili Pertubuhan Jantung Malaysia menyumbang dana RM 57,500.

Hebat sungguh Dato Fazley dalam bidang masakan ney erk..Kekeke.. Malam ney menu Dato Fazley berkisahkan negara Europe..3 masakan yang disediakan oleh Dato Fazley Love and Romantic Theme at Paris and London.. Haa amacam?

Selepas peristiwa Dato' Fazley dihentam teruk disebabkan pangkat Dr. palsu lalu, kini dalam Masterchef Dato' Fazley bangkit dengan semangat. Nampakkan betapa semangatnya Dato' Fazley menyediakan masakan dari episod pertama sampai finale malam ney..

Tahniah buat Dato ' Fazley!!!



Thanks For Editing My Blog

Photobucket

Entry khas buat si gadis Sabahan, Sharina Elyana

Banner

Photobucket



*Copy And Paste it into your blog ok?:)


Muka Dia Macam Muka????


Assalamualaikum

Dari tadi Shiraz  duk belek muka si pelakon kecil molek ney..Macam ada iras some one la tapi saper erk? Hmm...Korunk agak2 sape? hihi...

Shiraz rasa muka dia ada macam muka blogger terkenal yg baru melangsungkan perkahwinan baru-baru ney. Tak lain tak bukan ialah Irine Nadia Marcello. Tu pada pandangan mata Shiraz la..Korang plak macam mana?



Hanya Aku Cinta Kau Seorang..


Assalamualaikum

Hanya Aku Cinta Kau Seorang ataupun gula-gula HACKS..Hehehe...Filem cintan-cintun yang agak menyayat hati la..( bg Shiraz la..kalau org lain tak taw plak)..

HACKS menampilkan hero pujaan Shiraz, Ariel Zafriel..Hehe..Eh sejak bila??? Filem ney best sebenarnya tapi Shiraz macam ada skip la part2 yang heroin jumpa hero baru..Banyak sebenarnya kalau nak senaraikan tapi malas sbb Shiraz rasa dah lambat kot kalau nak review filem ney pun..Hahaha..

Sape perasan heroin dia?? Cantik kan..Kalau korang perasan heroin dia ney pernah berlakon dalam cerita Cinta Buat Emelda yang memegang watak Alia tu..Kawan pada Emelda dan isteri kepada Erry Putra.

Shiraz geram sangat bila hero Ariel dah dimatikan wataknya..Oo tidak adil!!! Tak banyak sangat yang Shiraz nak ceritakan sbb filem ney ditayangkan pada 21 Jun 2012..Dan Shiraz baru jak meleleh airmata tgk filem ney 2 hari  lepas..Kekeke... Sbb? Sbb tak de orang nak teman tgk wayang!!

Untuk Filem ney Shiraz bg 5 bintang...!!!


Siapa-siapa yang nak kenal dngn heroin HACKS Murni a.k.a NurEmy Ramli (facebook), NurEmy Ramli

Kenapa Perlu Ungkit Kisah Lama Hidup Suami Irma Hasmie?


Assalamualaikum

Perkahwinan Irma Hasmie belum lagi tamat kisahnya.. Masih ramai yang bercerita tentang keindahan pertemuan Irma bersama suaminya.. Irma Hasmie mungkin antara  gadis bertuah yang dipertemukan jodohnya di tanah suci Mekah Al-Mukarramah. Yang jodohnya ditemukan di hadapan Kiblat yang agung. Pertemuan Irma dan suaminya, Redza tidak memakan masa yang panjang.  Selepas pulang dari Kota Mekah       
Irma Hasmie terus disunting menjadi permaisuri yang halal di sisi Redza Syah Azmeer.

Tapi, belum pun habis kisah kehangatan cinta Irma dan Redza, ramai plak yang duk korek latar-belakang kisah Redza... Timbul lah kisah Redza merupakan duda ketika menikahi Irma. Shiraz tak faham dengan orang-orang yang sibuk duk carik, sibuk duk korek nak tahu siapa Redza sebenarnya.

Kalaupun Redza itu suami orang, tidak salah rasanya kalau Irma dijadikan permaisuri untuk  kedudukan no dua sebagai lelaki kuota suri rumahnya masih ada 4 peluang. Tapi, masalahnya sekarang ni Redza tu bukan suami orang. Dia hanya memegang gelaran  D.U.D.A. So, tak payah la duk tayang balik gambar bekas isteri Redza. Bukannya Irma Hasmie menjadi perampas suami orang pun.

Keluarga Irma dah tahu siapa Redza sebenarnya. Bukannya Redza tipu Irma..Bukannya Redza sorok status dirinya. Cuma, Redza tak nak gembar-gemburkan kisah lalu. Kehidupan dia sekarang bersama Irma Hasmie binti Ibrahim.

Cuba la kita berada di tempat Irma Hasmie. Sedih dan pilu perasannya nanti apabila mahligai yang baru dibina dicanang-canang dengan kisah kehidupan lalu. Berhenti la siar-siarkan gambar Redza dan bekas isterinya tu. 

>>>Bagilah Redza Syah Azmeer menjaga sedikit privacy....

Gambar Bekas Isteri Redza Syah (Suami Irma Hasmie) Tersebar

Sampai Bila Jojie Harus Bersembunyi???


Assalamualaikum

Selepas selesai majlis perkahwinan penyanyi ratu rock Malaysia, Ella kini bertiup kencang berita di sebelah pantai timur mengatakan kakak kepada penyanyi tersebut, Jojie sudah pun menamatkan zaman bujangnya dengan seseorang yang memegang gelaran status suami orang. 

Jojie atau nama sebenarnya Rozita Haji Aminuddin dikatakan berkahwin dengan seorang ADUN di Negeri Terengganu. Sejauh mana kebenaran hanya Jojie yang tahu?

Mana Shiraz tahu? Hehe sebab Shiraz orang yang sama terlibat dengan kancah politik ney.. Si A sampaikan pada Shiraz pastu Si B, seterusnya sampailah Shiraz sendiri tak tahu betul ke tidak berita ney? Ramai yang bertanya betulkah Jojie berkahwin dngn YB tersebut?

Jawapan Shiraz tak tahu..Molla..hihi..

Siapakah ADUN yang dikatakan itu?

Masih ada Gores dan Menang? (Tunas Manja, Paka)


Assalamualaikum

Shiraz ingat zaman skrg ney dah takde acara gores dan menang ney? Rupanya maih ada..Huhu.. Kalau sebelum ney Shiraz biasa tolak mentah-mentah kalau ada yang menghampiri sambil menghulurkan kertas di tangan, hari ney Shiraz boleh plak terlintas di hati nak tgk apa yang dia nak jual pada Shiraz..

Kejadian ney berlaku dkt depan Pasaraya Tunas Manja, Paka...Kuang kuang kuang... Al-kisahnya, lepas Shiraz dah habis membeli dekat dalam pasaraya tu budak muda yg tukang duk promosi ney pun datang la dekat Shiraz..Siap main tarik-tarik lagi ney.. Okay let's  go..Tengok sejauh mana dia boleh kenakan Shiraz.. Mula-mula dia kata nk bg mug percuma.... Terus Shiraz cakap kat mug buruk...Mug berapa ringgit ney? Huduhnya.. Budak ney macam tercengang-cengang. Dia tengok bos dia..Shiraz senyum jak la..Pastu dia buka la mug lagi satu..Sama jugak huduhnya.. Dia pun mula pot-pet pot -pet pasal microwave la, dapur la, dan mcm2 lagik la.. Okay dah habis satu babak dia pun keluarkanla mcm kad gitu.. Before tu dia cakap kad ney ada 4 jenis..Satu yg thank you..Kalau dapat thank you ney xder apalah, yg kedua rm 50 utk discount rm 50, pastu rm 100 dan 200.. Dia pun bg la 2 keping.. Adik Shiraz koyak kan yg RM 50 dan Shiraz punya harga RM 100..

Ooo dia pandai taw berlakon. Buat-buat muka cuak, muka gelabah..Yg nampak jelas di pandangan mata Shiraz bila dia cubit tangan member sebelah siap angkat kening lagik.. \Dan dia pun tanya la "akk, saya bagi berapa keping  kad  tadi?" Ooo nah amek 2 keping  je ney.." aduh kak, kenapa ney boleh sampai 2 hadiah ney..Patutnya satu jer.. Kena tepon bos kat Kuantan ney.. Kalau hadiah 2 ney dah masuk rm 6000..Tak boleh mcm ney..Akak kena ambil satu la"  Ooo pakcik, dngr erk kata hadiah percuma kan amek la kat awak..Tak payah la buat muka2 terkejut, muka2 gelabah macam tu.. Okay nah amek..." Shiraz letak kad tu depan mata dia.."Kak, tak boleh la macam..." "Aku nak balik la,laki aku nk makan nasi kat rumah..Dah lambat ney layan cerita lawak korunk" 

Shiraz pun tolak la troli dngn adik..Dengar ney dia panggil akak tunggu jap akak..Tak de maknenya nk tunggu-tunggu. Masuk dalam kereta Shiraz cakap kat adik " Bagi balik mug buruk ney kat budak tu". Adik Shiraz pun berlari-lari pergi letak kat atas mejak budak-budak tu..Shiraz nampak budak-budak tu tgk je dkt adik Shiraz termasuk dngn bos dia la kot...Nk tipu Shiraz konon..Dah la, tak laku la Gores dan Menang skrg ney...


Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize


Assalamualaikum

Jom sertai Giveaway lagik...Kali ney dari Cik Buaya.. Buaya jenis apa ney? Kaki buaya, buaya darat? Oo tidak..Ney buaya jenis tahap baik giler dah ney..Hehe Cik Buaya a.k.a Azura ney uruh kita pilih mana2 hadiah yg ada kat banner atas..Wowww..Ney gempak punya hadiah ney..Kekeke...

bismillahirrahmanirrahim Dengan sukarelanya Shiraz pilih kamera lomo yg cute-miut tu... Shiraz dah pilih sekarang terpulang pada cik Buaya je la nak bg ke tak..Princess Yvonne Emoticons 18 


Okay kat sini Shiraz tag:



“Segmen Bloglist HafizHafizol Bukan Sekadar Rupa”

Bukan Sekadar Rupa

Assalamualaikum

Wahai warga blogger sekalian, mari dekat mari dekat Shiraz nak beritahu sesuatu kat korunk ney... Shiraz nak ajak korunk2 semua join Segmen Bloglist Hafiz Hafizol Bukan Sekadar Rupa. Perghh panjang gilak nama segmen dia..hehe

So, klu sape2 berminat boleh la klik dkt link2 yg ada kat dalam entry ney...

>>>Jujurnya, Shiraz x pandai nak tag org! yihiii...

Dari Salah Nombor dan Kini Berteman Baik...


Assalamualaikum...

Ha ha ha gambar sape plak ney.. Syhh meh dekat-dekat sini Shiraz nak story dekat kalian-kalian semua..

Actually puan empunya gambar kat atas ney pernah 'hangin satu badan' dengan Shiraz dlu.. Tau kenapa? Sebab masa tu Shiraz slalu sngt call no akak ney...Shiraz cari someone la..lebih kurang cari kawan lelaki Shiraz dlu..Shiraz pun tak tau macam mana boleh telefon ke nombor akak ney..Hmm..Sadis sangat..Akak tu selalu marah-marah..

Dah lama-lama marah kan, Shiraz dah penat bergaduh dngn akk tu boleh plak nk kenal ngan akak tu..Hehe.. Nama dia Suhaily dan duduk kat Johor. Masa Shiraz berkenalan dengan akak Su ney, masa tu dia dalam pantang anak no 3..So, kira akak ney tak de arah sangat la dalam pantang kan layan plak org gila mana ntah..Hehe..

Sekarang ney kitaorg dah baik2..Dia dah boleh jadi kakak kepada Shiraz dah hehe..Kiteorg selalu chatting dalam FB..Canggih tak jumpa balik dalam fb sbb Shiraz terhilang no telefon Kak Su dan kak Su pun dah tukar sim card.. Masa Shiraz kenal kak Su tahun 2005...

Hmm 2005???? Lama tu.. Lama tak lama, lelaki yg Shiraz cari tu dah pun kahwin..Dah pun ada anak..Dah pun?? Dah berpisah pun kitaorg..Sebab, wife dia x bg kiteorg kawan..Sedih tau bila kawan baik yg amat la baik ngan kita tetiba terpaksa putus persahabatan sebab wife dia x bg...Pastu Shiraz dah tak contact mamat tu..Dan dia pun tak tahu no telefon Shiraz..Tapikan, sbb FB la dia jumpa carik nama Shiraz..Kira terkejut jugak la bile tgk request tu nama dia..Tapi, dah block and reject..Before kena serang baik sediakan payung sebelum hujan...

Itu la kisah macam mana sebab-sebab kenapa Shiraz boleh berkawan dengan Kak Su ney..Cuma kiteorg belum berkesempatan untuk jumpa lagi..Hehe..Sorry kak Su..

>>Ney anak2 Kak Su..Shiraz rasa pernah la berbual dngn anak sulung Kak Su yg girl tu..hehe<<
anak2 kak Su hensem dan manis orgnya..

100 question that describe me


Assalamualaikum



1 - Who was the last person you texted ?
Iqbal Hakimi, my rival...


2 - When is your birthday?
in november .


3 - Who do you want to be with right now?
Of Course my lovely FAMILY


4 - What sports do you play?
I;m not playing a game...


5 - Who is the first person in your contacts?
Abg Jual Buku @ kindergarden supplier ...


6 - What is your favorite song as of the moment?
Epiloq Cinta - Antz & Hush Hush - A Pink


7 - If you were stranded on an island, who do you wish to be with?
Farid Kamil or Remy Ishak...Okay tipu, i want my family...


8 - What do you feel right now?
I'm tired...


9 - What chocolate is your favorite?
Dunno...


10 - How many boyfriends/girlfriends did you have?
Nothing... Zero...


11 - Why did you create a Tumblr account?
Yup...


12 - Who is your favorite blogger?
Lyssa Faizureen, Yuyu Zulaikha, Irine Nadia, Ceeramoon..(suka baca blog Ceera dan kisah life dia)


13 - Where do you want to be right now?
In my bedroom...


14 - What do you want to be in the future?
A good sister and a good daughter...


15 - When was the last time you cried? Why?
Monday...Because i really miss my old friend actually Khairul Anuar Hairi..


16 - Are you happy?
Yes...


17 - Who do you miss?
I miss my one only brother, mr Amru Amir Amran...and my bestfriend, Khairul Anuar Hairi


18 - If you were given a chance, would you like to have a different life?
I am grateful for what i have now but , I strive to provide a better life for my families .


19 - What was the best thing you were given?
ISLAM :)


20 - Who was the last person who called you
Abang Jual Buku..(bukan soalan ney dah ada ke?)


21 - What is your favorite dish?
Sup...Sup pedas, sup masam...


22 - Who is your bestfriend?
Iykin, Amy, Mazni, Nadrah, Sham, Niniey, Lynnda,  Izatty, Atie...


23 - What is your biggest regret?
everytime when i missed Solat


24 - Have you ever cheated on your partner?
Of course.. hahahaha


25 - Who do you spend crazy moments with?
Bestfriends , my sibling 


26 - Name someone pretty.
Saodah Darus...My love mommy


27 - Who was the last person you hugged?
No one...


28 - What kind of music do you listen to?
Ballad music, catchy music, instrumental, beethoven


29 - Are you over your past?
hmmm...


30 - Who is the last person in your contacts? 
Sharinaz Elyana...Blogger


31 - What kind of person do you want to date?
Hmm romantic..


32 - Do you have troubles sleeping at night?
Oo nope!


33 - From whom was the last text message you received?
Iqbal Hakimi...


 34 - What do you prefer, jeans or skirt?
Hmm....


35 - How’s your heart?
Jealous...


36 - Do you like spicy foods?
yup !


37 - Do you like someone as of the moment?
Yes.. :)


38 - What would you want to say to your latest ex-boyfriend/ex-girlfriend?
I know u happy wif her..


39 - Do you have any phobias?
Yup


40 - Did you try to change for a person?
Nope!!


41 - What’s the nicest thing have you given to someone?
when someone said love to me..


42 - Would you go back to your previous relationship?
If i can
 .
43 - Are you in a good or bad mood?
Sometime okay, sometime ko


44 - Name someone you can’t live without.
Saodah Darus and Kamarudin Puteh...My parents


45 - Describe your dream date.
I Dont know


46 - Describe your dream wedding.
Syhhh secret...


47 - How many roses did you receive last Valentine’s?
never never never get a roses...Sad:(


48 - Have you ever been kissed?
Nope!!!


49 - How long is your longest relationship?
Hmmm....


50 - Do you regret your past?
Yup...Something with i can't explain...


51 - Can you do something stupid for someone else?
Yup...Always...


52 - Have you ever cried over someone?
Yupp...


53 - Do you have a grudge against anyone?
Yup.. Until now..


54 - Are you a crybaby?
How to crybaby?


55 - Do people praise you for your looks?
Dunno...


56 - Did you fall for someone you shouldn’t?
Yup...


57 - Have you ever done something bad but you don’t regret?
Dunno...


58 - Do you like getting hurt?
Dunno..


59 - Does anyone hate you?
Maybe...


60 - Did you slap anyone whose name starts with an “R”?
oo no..its crazy...


 61 - What hair color do you prefer?
Black.


62 - If you can change anything about yourself, what is it?
Ooo i want change my body...hmm


63 - Do you love someone as of the moment?
Hmm...yup


64 - Have you ever thought of killing yourself?
Ooo nooo...


65 - Do you have issues with somebody in your school?
Yup...and until now i hate that girl..Even dah 9 tahun berlalu...


66 - Can you live without internet?
Hmm..i cant maybe..


67 - What’s the song that remind you of your special someone?
Epilog Cinta..


68 - Are you good at holding back your tears?
Nope...


69 - Are you a crybaby?
Eh...bukan dah tanya ke tadi?


70 - Have you ever experienced being hysterical?
Yup..My member at ASWARA..i just run away..arghh


71 - Are you a KPOP fan?
Yup...Hard Fan..


72 - Do you study hard?
No....hehe


73 - Have you ever sacrificed something important to you for someone you love?
Yes , maybe...


74 - Did you ever had a kiss under the moonlight?
Oooo...x baik lla..hehe


75 - Have you ever ridden a boat?
Nope!!!


 76 - Did you have an accident last year?
no ..

77 - What kind of person are you?


Hmm...dunno..


78 - Have you ever thought of killing someone?
Nope!!!!


79 - Have you ever been jealous?
Ooo of course maa...


80 - How can you prove your love to someone?
Hmmm...


81 - What are you thinking right now?
i think about him...hmm


82 - Who is the 6th person in your contacts?
Syamsina...


83 - Do you have any memories you want to erase?
Maybe...


84 - Have you been hurt so bad that you can’t find words to explain how you feel?
Yup .


85 - Did you ever badmouth someone?
Hehehe...


86 - Have you ever had an argument with someone?
Yupp...


87 - Do you have trust issues?
Example?


88 - Are you broken-hearted?
Maybe...


89 - Who’s the person who first comes to your mind when someone mentions “love”?
HIM...


90 - Do you think all the pain is worth it?
hmm...Nope!!


91 - Do you believe in the phrase “If it’s meant to be, it will be”?
Yup..


92 - Who do you want to marry?
Someone can give the true love and accept me..


93 - Do you believe in destiny?
Yes.


94 - Have you ever thought “I already found my soulmate”?
I  dunno..


95 - How do you look right now?
Hmm..okay-okay..


96 - Do you believe that first true love never dies?
Yup .


97 - Have you found your true love?
Not  yet


98 - What should you be doing right now?
Update entry!


99 - Name one of your ex-boyfriends/ex-girlfriends.
Azmeer bin Ismail.......hehehe..okay syhhh


 100 - Did you ever feel like you’re not good enough?
Sometimes . 


Shaggy - Angel Lyrics

Awesome GiveAway by Aina Mansor




Assalamualaikum

Kenyang perut makan spaghetti pkl 11 malam sambil tengok filem Kaho Naa Pyaar Hai..Dah habis makanan malas la plak nak sambung tngk cerita..So, bukak dkt Kelab Blogger tadi ada blogger letak link untuk GA dari Aina Mansor..

So, dengan sukacitanya Shiraz nk join sekali..Yg disuruh klik, Shiraz dah klik kan..Klu ada terlepas pandang tolong beritahu..

Shiraz tag kat semua yg ada baca blog Shiraz ney..Hehe..Kira aci la erk..


Kerana EURO Final...


Assalamualaikum

Nampak tak?

Ney la rumah Shiraz sebenarnya dan disebabkan malam ney Euro Final, ada plak yg bersemangat waja bawa balik LCD...Kononnya nak tengok bola kat rumah Shiraz la..

Huhh tak kuasa la Shiraz nak hadap bola tengah pagi2 buta (tp,hadap lappy layan twitter rajin plak??)

Shiraz bukan jenis mata tahan mengantuk...Ooo tidak..Shiraz seorang yang mudah lentok..Nk tgk bukan main semangat sampai suku jalan dah mula lentok atas kerusi..Tambah nak hadap bola ney..Tak kuasa..

Ney la kot update pertama...Kita tengok sape yg tido dlu? Org2 yg bersemangat nak tengok bola tu ke atau Shiraz dah masuk bilik kunci pintu tutup lampu didendangkan lagu2 malar segar sambil mengutip sedikit demi sedikit mimpi indah..Taa daa..

Seorang Dewasa Berhakkah Bercakap Ayat-Ayat Lucah???


Assalamualaikum


Tajuk panas sket la malam ney..Woww..


Okay ney bukan kisah 18sx yang perlu ada video ke, gmbr ke atau apa saja barang bukti...Apa yang Shiraz nak cakapkan kat sini ialah perlukah seorang yang bergelar dewasa mempunyai sikap terlalu jujur dalam percakapannya? Hmm...Jujur macam mana tu?


Macam2 jenis kisah 'jujur' yang rasanya tidaklah perlu terlalu over untuk diperkatakan.. Kalau dlu org2 tua  kata 'budak2 muda kalau org tua tgh bersembang jangan masuk campur' tapi zaman sekarang bila dah orang tua dan orang muda berada dalam satu komuniti perlukah ayat2 separa lucah ini diperkatakan atau dilakukan sebagai gurauan secara terang-terangan..

Adat nak bergurau sekalipun jangan sampai terlalu menyakit telinga yang mendengar. Kadang-kadang 'si tukang cakap' ney lupa agaknya bila berada di tempat yang ramai, ada sesetengah orang tidak boleh terima dengan gurauan 'lucah' yang terlalu melampau ney..Orang kata cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar..Kadang-kadang sesuatu yang kita cakap tu walaupun kedengarannya sebagai gurauan tapi kena ingatlah bukan semua orang dalam satu komuniti tu 'otak kuning' macam si 'tukang+tukang cakap ayat lucah' ney.

Zaman sekarang ney kan macam2 komuniti yang ada, macam2 NGO yang ada..So, dalam satu2 pertubuhan tu bukannya orang tua je ada, yang muda-mudi, yang kanak-kanak pun ada..Masalahnya pada yang 'si tukang cakap' ney tak kira tempat untuk bercakap. Apa yang ada di depan mata, apa yang terlintas di kepala otak itu lah yang dikatakan. Kebiasaannya, orang2 tua ney marah kalau anak2 cakap mende2 yang  merapu tapi orang tua tu sendiri 'lupa siapa dia sebenarnya'. Nak nasihat orang tengok diri kita dulu, betul ke tidak? Hmm... Jangan main cakap je kalau diri sendiri tu tak 'BETUL'.

So, fikir-fikirkan. Jangan disebabkan 'otak kuning' korang ada  yang cabut lari sebab menyampah dengan kelakuan korang. Nanti dilabel 'orang tua tak sedar diri'. 


Hmm, apa kata korang plak..Apa kata korang bg pendapat pulak? Mana lah tahu kalau ada2 makcik2 ke pakcik2 jenis otak kuning ney ditempat kalian boleh la kita main2 sound direct diaorang bg sedar..Kan?





Seksa Merindu?


Assalamualaikum

Bila perasaan rindu tiba-tiba mengetuk pintu hati. Puas kita tolak, puas kita cuba halang namun perasaan nakal untuk merindu tetap juga menjergah ke ruang hati kita.  Dan kadang-kala bila rindu itu mula bermain-main diselangi dengan imbauan kenangan lalu secara tanpa rela airmata turut memenuhi kolam mata. 

Kenapa harus merindu? Siapa dia untuk kita  rindu? Berhak kah diri kita untuk merinduinya? Atau rindukah dia pada kita? Soalan-soalan itu yang bermain di ingatan kita. Kerana soalan itu airmata mudah membasahi pipi lalu membanjiri jendela hati.

Rindu itu menyeksakan jiwa..Menanti itu menyesakkan perasaan. 

Kita menangis sehabis daya..Di hati menjerit namanya namun sekumit perasaan itu tidak didengarinya...

Seksanya kalau perasaan merindu itu bila mengigit sanubari kita.....

>>>How are you???<<<

1st GiveAway by Fatin & Fatini.


Assalamualaikum 

Buat kalian-kalian yang sedang membaca blog Shiraz ney, jom Shiraz nak ajak korunk - korunk dan korunk untuk join Giveaway  (GA) dari blog Fatin dan Fatini ney..Macam-macam hadiah yang disediakan dan rasanya hadiah2nya pun best jugak..  

Shiraz tak tahu nak tag sape tapi Shiraz tag-kan jugak..Okay..





Hadiah menarik menanti anda:
-Mini Pendrive + masuk dalam bloglist kami selama 3 bulan *top refferal*
-USB + masuk dalam bloglist kami selama 3 bulan *top refferal*
-Teddybear x 2 pemenang
-Novel x 2 pemenang
-Shawl x 2 pemenang
-Tudung bawal x 1 pemenang
-T-shirt x 1 pemenang
-Topup RM5 x 1 pemenang
-Perfume 1 set x 1 pemenang
-Keychain x 2 pemenang
-Cute pencil case x 1 pemenang
-Brooch x 3 pemenang
-Header x 5 pemenang *saguhati*
-Cursor nama sendiri x 10 pemenang *saguhati*

http://shanas-punya-blog.blogspot.com/2012/06/pemenang-sabah-giveaway-by-sharina.html

! ♥ Sha Join Bah ♥  !

Assalamualaikum

Alhamdulillah..Shiraz menang GiveAway lagik..Kali ney dari blog adik Shanas..Thanks dear sbb pilih Shiraz wpun sekadar saguhati..Ingt senang ke nk dapat payah jugak tu..Hehe..

So, entry ney khas utk Cik Shanas and the gang yang telah memilih me utk menjadi pelengkap penerima GA..Thank You!!

Oooo Abang TMNET...


Assalamualaikum 

Panggilan di waktu pagi hari tadi sebenarnya masih bermain-main di ingatan..Naik confused bila duk fikir-fikir sebenarnya..Kecuali masa ada 'party jemput-jemput' dkt rumah tadi lupa la kejap pasal panggilan tu..Iyalah tengah bergelak sakan mmg la lupa ini dah duk layan streamyx datang la balik ingatannya..

Shiraz tak tahu tyme tu pukul brp tapi rasanya dalam pukul 9 lebih...Shiraz masih lagi kat atas katil duk layan movie korean 'I do, I do'..Dengar bunyi telefon rumah dan serta-merta dengarlah abah panggil..

Rasa macam tengah mamai je lagi tp dengar la surau garau sang pemanggil di hujung talian..Menyentakku dari lamunan..

>>Versi lakonan semula<<

Kakak TMNET: Hello, Cik Nurul Shiraz Kamarudin ya? Okay Cik Shiraz, Saya Martini dari TMNET Kuala Terengganu..Cik Shiraz menggunakan streamyx kan?

Shiraz: ya...

Kakak TMNET: Okay saya akan tranferskan panggilan ke Ibu Pejabat TMNET..Jangan letakkan telefon..
  
Shiraz: Okay.

Kedengaran la latar muzik kat dalam talian tu..Dkt 10 minit Shiraz tunggu siap boleh lelap balik..

Abang TMNET: Maaf Cik Shiraz kerana lama menunggu...

Shiraz: zzzzzzzz 

Abang TMNET: Cik Shiraz tidur ke?

Shiraz: OuchThis Emoticons 25 x la...

Abang TMNET: Maaf ya cik Nurul sebab lama menunggu..Saya, Khairul Johari dari TMNET KUALA LUMPUR.. Cik Shiraz punya streamyx sekarang masih bermasalah ke tidak?

Shiraz: Hmm dah x bermasalah mana..

Abang TMNET: Apa?

Shiraz: *cough* >tyme ney jugak nak batuk< Dah jarang la ada problem..

Abang TMNET: Okay, ari tu ada buat report psl kelajuan erk?

Shiraz: Yup *cough again*

Abang TMNET: Modem okay?

Shiraz: Haah

Abang TMNET: Telefon?

Shiraz: Telefon tu bermasalah...

Abang TMNET: Sebab?

Shiraz: erk? Manalah saya taw saya bukannya pandai tilik pun kenapa dia rosak...

Abang TMNET: Ooo buat lawak erk..

Shiraz: Takdelah..Betul la saya tak tahu kenapa telefon tu rosak..

Abang TMNET: Okay, esok  atau bila2 dalam minggu ney tolong bawa telefon Cik untuk pertukaran dan kita akan sambung talian baru secara percuma sampai ke Sabah dan Sarawak..

Shiraz: Tapi, saya kat Paka, Terengganu..

Abang TMNET: Cik Shiraz bawa la dekat TMNET terdekat..

Shiraz: OuchThis Emoticons 15 hehe..(gelak malu)

Abang TMNET: Bawa telefon rumah dengan salinan Ic..

Shiraz: angguk2 macamlah dia nampak..

Abang TMNET: Cik Shiraz faham tak?

Shiraz: Faham..

Abang TMNET: Sekarang ni untuk pengesahan sila sebutkan password untuk email streamyx?

Shiraz: ********

Abang TMNET: No Ic?

Shiraz: 86****-**-****

Abang TMNET: No telefon?

Shiraz: 012-*******

Abang TMNET: Alamat rumah?

Shiraz: No 16, *******************************

Abang TMNET: Okay..Terima kasih atas pengesahan..

Shiraz: Okay..

Abang TMNET: Cik Shiraz, satu lagi?

Shiraz: Apa dia?

Abang TMNET: Jangan lupa makan ubat batuk (sambil gelak2)

Shiraz: zzzzz

Abang TMNET: Ada ape2 pertanyaan lagi?

Shiraz: Takde dah..terima kasih banyak2..

Abang TMNET: Sama2...

Tamatlah cerita...Kisahnya nak suruh Shiraz pergi telefon jak kalau suruh Martini tu cakapkan tak boleh ke? Kekeke...