Savage Garden - Truly Madly Deeply with Lyrics !!

M.I.S.S or L.O.V.E or N.E.E.D


Assalamualaikum 

I love you more than all the stars in the sky.
I love you more as each moment passes us by.
I love you more with every breath I take.
I love you more with each promise we make.
I need you like a flower needs the rain.
I need you for you can wash away my pain.
I need you more each day
I need you for you are so wonderful, in every single way.

I miss you more than ever now.
I miss you because I really need you somehow.
I miss you and your touch.
I miss you for to me, you mean so much.

I want you to caress my lips the way you always do.
I want you to look into my eyes and see my love for you.
I want you to hold me close to your heart.
I want you to know that I love you, need you, miss you, and want you
And I have for every single moment, right from the start.







>>Mood: Jiwang tak sesuai wif me..Ahaksz!! I just want to share happiness with you all!!!Taa daa<<

Cabar Mencabar



Assalamualaikum 

Shiraz perasan ramai blogger2 yang ada kat muka bumi ney suka sangat buat segmen Cabar-Mencabar..Macam2 jenis bentuk cabaran...Kadang2 sampai Shiraz lambat alert pasal cabaran ney...Kenapa Shiraz kata macam tu? Haa baru hari ney Shiraz rajin nak berblogwalking dan terjumpa la macam2 jenis cabaran..Woww, sungguh mengujakan bila Shiraz baca setiap cabaran2 yang diadakan tu..Shiraz cukup2 kagum dengan kalian2 yg berjaya menjayakan segmen cabar-mencabar ney...Ada yang buat untuk dapat hadiah, dan ada jugak yang suka2 untuk meningkatkan traffic blog..

Dan bila Shiraz baca2 tadi, terdetik jugak kat dalam hati nak join tapi bila tgk2 mcm dah lama erk..Ada yang tahun lepas punya tp update untuk tahun ney punya..So, make me some confused la..hehe..

Tapi, bila fikir2 macam seronok jugak kalau boleh join erk..Tapi, malu la kalau challenge tu untuk yg tahun lepas punya..Hmm Onion Head Emoticons 15

So, rasanya Shiraz kena fikir balik untuk join dalam segmen ney.. Hehe..

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST JULAI BLOG HAZWAN HAIRY


Salam...

Tak payah tulis panjang2 erk sbb mata dah mengantuk la..hehe..
Just sapa2 yg maw join tu boleh la klik kat banner atas tu..
Okay...


>>>Sorry yang ngantuk sangat la<<<

Dating dengan Fizo Omar..

Assalamualaikum


Abaikan pada tajuk yang tak selayaknya itu...Semua tu dusta + fitnah = omongan bohong semata-mata.  Hehe...
Takdenya nak dating dengan Fizo Omar segala bagai..Nantikan tak pasal2 plak Zubir Berita Harian terjah Fizo..


Happynya hari sbb dapat jumpa Fizo..Yg sbnrnya Fizo dan Danny X-Factor datang untuk pelancaran Team Red Warrior di Paka ney..


Tpkan, rs mcm ada menyesal psl something la...Menyesal la sbb daftar jadi ahli TRW...oOO Tidak!!!!! Sy x nk jadi ahli..Sy datang semata2 sbb Fizo Omar. Dh nawaitu sy mmg nk jumpa Fizo Omar. Bukan sbb TRW.. No no no!!

>>>ada org marah Shiraz sbb meng-gedik dengan Fizo Omar..Ohhh tidak, i tak berniat nk gedik..Ter-over lebih sket je..Kecoh la org2 ney!!<<<

>>>Can u describe something about Fizo Omar?<<<

>>>Me wif member2..Saida dan Lynn..Sorry Mira, takde gambar u la..Sob Sob<<<

Contest : Kami BFF(!)


Assalamualaikum

Join Contest lagik...Mmg la semangat nak join contest tu berlambak tapi menangnya tak pernah pun..Sadis betul rasanya. Tak kisah la apapun..Kali ney meh kita join contest dari http://kisahemasputih90.blogspot.com. Dia nak ajak kita semua perkenal BFF kita..Hmm..Rasanya semua kat atas muka bumi ney akan ada BFF rite. Dan termasuk la dengan Shiraz..

Perkenalkan ney la kawan baik Shiraz...Iykin namanya..




Kat sini Shiraz nak tag.... 



Zack New Boyz Dihukum Gantung?


Zack New Boyz
Kalau dahulu, nama kumpulan New Boyz menjadi kegilaan buat para remaja yang begitu meminati setipa ahli dalam kumpulan tersebut.
Malah, ada di antara gadis-gadis yang sanggup melakukan sesuatu supaya cinta mereka dibalas oleh penyanyi dan setiap ahli dalam New Boyz.
Namun, kemantapan dan populariti kumpulan News Boyz semakin tenggelam sedikit demi sedikit memandangkan ahli-ahli kumpulan itu telah membuat haluan masing-masing.
Terbaru, timbul pula cerita kecoh yang tidak enak didengar.
Seorang ahli dan juga pemain bass kumpulan itu, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, atau lebih dikenali sebagai Zack berdepan dengan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.
Menurut laporan dari Harian Metro hari ini, Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, perbicaraan kes Zack itu akan disambung pada 24 September depan selama lima hari.
Sebelum ini, ada juga pihak-pihak tertentu yang terdengar bahawa kehidupan Zack terlalu ‘mewah’ dan ramai yang mempersoalkan tentang pekerjaannya.
Ada yang mengatakan dia menjual dadah? Betulkah tanggapan ramai pihak selepas Zack tertangkap sekarang ini?

Sumber:mynewshub.my

Masalah Keputihan Menjejaskan Aktiviti Wanita


Assalamualaikum...

Shiraz agak semua wanita pasti mengalami masalah keputihan ney kan. Dan salah seorangnya mestilah Shiraz. Ramai yang mengambil sikap remeh bila melibatkan masalah keputihan ney tp bila Shiraz duk belek2 kat internet tadi rupanya masalah keputihan ney jangan ambil sikap lewa..

Sebenarnya bila kita ambil sikap lewa, keputihan akan terus membiak kulat di dalam faraj kita.Kalau tengok gambarnya Shiraz yakin ramai yang akan beli ubat masalah keputihan dan menyental habis-habisan pada faraj kita ney..


Itu yang akan terjadi kalau kita biarkan keputihan ney terus merebak... "Yeww, tak sanggup nak hadap kan" Terdapat dua jenis bakteria atau kulat yang akan mempengaruhi pada dinding faraj kita iaitu Trichomoniasis dan Candida Albican.

Shiraz percaya ramai yang akan merasa kegatalan pada kulit faraj kita. So, Shiraz nak ajak korunk2 semua baca artikel yang Shiraz amek dari Dr Salwa ney. Manalah tahu dapatlah kite semua especially wanita ney mengatasi masalah kegatalan dan keputihan ney..

Memahami Implikasi Keputihan Terhadap Wanita

KEPUTIHAN yang dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita mengalami keputihan kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj .Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitar sebelum waktu haid bagi setiap wanita. Selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga akan mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya kanak-kanak kecil juga turut tidak terkecuali.Kebiasaannya remaja jarang mendapat keputihan kecuali mereka yang mengambil ubatan tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Adalah dianggarkan 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebab wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti.Mentelah lagi dengan pengunaan produk-produk intim masakini yang bertoksik seperti sabun,syampu & gel mandian menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada didalam faraj seseorang wanita.

Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita berkenaan sesuai untuk mengalami jangkitan kulat. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen, ini menyebabkan kulat mudah membiak. Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat di dinding faraj.Secara anggaran, hampir 80 peratus atau 8 dalam 10 wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.

Keputihan hanya dianggap bermasalah atau abnormal, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna jernih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta kehijauan.Adakalanya keputihan yang keluar dengan banyaknya menyebabkan kegatalan yang amat sangat sehinggakan seseorang itu menggaru dan kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar

Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan seperti :

  • Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi)
  • Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
  • Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
  • Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
  • Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)


Proses Semulajadi Bakteria Didalam Faraj

Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat yang berfungsi melindungi faraj dari kemasukan atau serangan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.Bau yang tidak menyenangkan ini juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Apabila keasidan faraj kurang dari tahap yang diperlukan iaitu sekitar pH 3.8-4.5 akan memudahkan sejenis kulat yis(biasanya candida albican) menghinggapinya lalu membiak dalam kadar yang terlalu pantas dan perkara ini akan mendatangkan masalah infeksi.Ada juga kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi ini tidak bermakna semua wanita yang mengambil pil perancang akan mengalami masalah keputihan.

Keputihan Mengganggu Keharmonian Rumahtangga?

Walaupun masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan seseorang wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau mengendurkan keinginan untuk melakukan seks dan ini dapat merenggangkan hubungan kedua pasangan.

Berlakunya radangan pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa ketika hendak bersama. Malahan, walaupun tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang menular, seorang isteri jika bermasalah keputihan boleh menjangkiti suami dan kesan dari jangkitan yang dialami oleh suami juga sama termasuk, sakit ketika hendak membuang air kecil.Seharusnya wanita yang mengalami keputihan ini peka kepada komplikasi-komplikasi yang mendatang dan mengambil langkah bijak untuk merawatnya segera daripada membiarkan ia memusnahkan keharmonian rumahtangga.

Wanita yang mengalami masalah keputihan juga disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan memperbanyakkan memakan sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.Bagi yang mengalami masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan juga memilih yang diperbuat daripada kain kapas serta sedikit longgar.

Antara Rawatan Pilihan

Ramai juga yang berpendapat rawatan herba tradisional berkesan untuk merawat keputihan walaupun tiada data yang menyokong perkara ini.Sama juga seperti rawatan moden yang juga ada kesan sampingan, begitu jugalah rawatan herba.Satu perkara kita perlu fahami adalah kaedah perubatan herba tradisional sudah lama diamalkan orang dulu dan didapati berkesan serta diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga kini. Seharusnya kita tidak membelakangkan kaedah herba tradisional kerana telah terdapat bukti kesahihan walaupun tanpa sokongan data,tidak seperti rawatan moden yang dipelopori barat dengan kajian dan data-data yang menyokong kajian mereka.Tidak kira jenis rawatan yang menjadi pilihan setiap individu,perkara yang paling utama ialah memastikan keputihan harus dirawat seberapa segera sebelum ianya menular keorgan – organ berdekatan.
Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.


Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.


1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu sebur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.


2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.


3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.


4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.


5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu akan dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samaada keputihan anda di tahap normal atau abnormal adalah melalui simptom keputihan itu :

1-Simptom 1
-Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
-Penyebabnya ialah kulat Candida sp
-Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli

2-Simptom 2
- Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal.
-Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
-Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

3-Simptom 3
-Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka.
-Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.

Keadaan yang menyebabkan berlaku keputihan

1-Pada masa yang subur
-Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.

2-Ketika hamil
-Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang
-lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.

4-Berat badan yang berlebihan
-Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.

5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi
-Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.





Kenangan Mengerjakan Umrah