Don't Be Hypocrite....

Assalamualaikum....

Hipokrit..Bunyinya macam berat kan? Tapi, antara kita sedar dengan tidak sedar sikap hipokrit ney dah berada sebati dalam diri kita.

Ada yang Shiraz nak tanya apa beza hipokrit dan menjaga hati? Kalau korunk tanya soalan tu pada Shiraz, Shiraz sendiri tak pasti apakah jawapannya.

Kalian tahu kan maksud hipokrit? Hipokrit bermaksud sikap manusia yang mana tidak menunjukkan sifat atau sikap semulajadi yang ada dalam diri dia. Ataupun senang kata "AKU SEDANG BERPURA-PURA"..

Jujurnya, kadang-kadang Shiraz terpaksa menjadi seorang yang hipokrit bila si teman bertanyakan sesuatu. Demi menjaga hati, Shiraz berpura-pura mengakui mende tu walaupun atau pun hakikatnya jawapan itu bukanlah jawapan yang tidak patut diberikan pada soalan tersebut.

Susahkan bila terpaksa menjadi hipokrit demi menjaga hati orang lain?

P/S: Sejujurnya perlukah kita menjadi hipokrit demi menjaga hati seseorang?