" 1st SPECIAL GIVEAWAY CONTEST by Qaleshya Umairah "




Assalamualaikum....

Hari ney Shiraz join GA lagik tapi GA kali agak mencabar sket...Cik Writer ney nak satu kisah cinta yang menarik..OMG..Klu berkenaan dengan diri Shiraz mmg x derk...Bukan xderk, teda menarik untuk diceritakan..Tapi, Shiraz nak cerita pasal kisah cinta sahabat baik Shiraz. Before Shiraz mengetuk keyboard ney Shiraz dah minta izin dia untuk ceritakan kisah ney..Dan dia pun okay je...Hihi Thank You, Shasha..

Al-kisah Shasha dan suaminya, Syahrill Ezuan.


Shasha dan Syahrill ney berjiran..Diaorg memang berjiran baik sangat. Al-maklumlah rumah sebelah-sebelah. Beza umur Shasha dengan suami dia tujuh tahun. Shasha ney memang tangkap jiwang dengan si suami sejak sekolah rendah tp si suami ney boleh layan si Sha ney macam adik je..


Masa Sha nak amek exam UPSR, Si Syahrill la yang bg tuisyen percuma dekat Shasha...Tp, Sha kata time tu suami ney datang dengan girlfriend dia.. Dari awal bulan sampai ke peperiksaan UPSR, si Syahrill ney tak henti-henti bagi support, buat Tuisyen, dan beli buku latihan.. Dan tercapailah keputusan 5A..Dan masa tu plak Syahrill dah study kat matrik.. Shasha plak dapat masuk asrama penuh dekat rumah nenek dia di Negeri Sembilan...Bila dah masing-masing jauh, jarang berjumpa, adalah pasangan lain yang bertakhta di hati. Masa Shasha umur 15 tahun, Syahrill dah pindah rumah..Keluarga dia pindah ke Manjung, Perak. Shasha kata tu last dia jumpa Syahrill dan masa tu Syahrill ney dah bawa tunang dia. Dan berakhirlah angan-angan si Shasha ney nak dapatkan si Syahrill. Before Syahrill pindah, dia ada hadiahkan Shasha satu set novel english sebabnya Shasha ney memang minat kumpul buku..


Shasha umur 18 tahun, dia dikenakan kem latihan Khidmat Negara dekat Perlis. Weekend Day Second Week, kebetulan family dia datang melawat dan keluar outing ke bandar. Masa tu family Syahrill pun datang jugak..Maklumlah jiran lama kan..Syahrill pun datang jugak..Sha kata masa tu hidup-hidup dia ingat si Syahrill ney datang bawa wife..Dia dah nak nangis masa jumpa Syahrill hari tu. Dah berborak lama tapi sikit pun Syahrill dengan family dia tak cakap pasal kehidupan Syahrill...Jadi, status siapa Syahrill tak diketahui. Lepas pertemuan tu, diaorg selalu sangat berhubung.


Habis Khidmat Negara, Shasha dapat sambung belajar kat Terengganu. Before dia pergi sambung belajar, Shasha pergi propose si Syahrill. Dia kata kalau Syahrill reject pun tak pe lah janji dia tahu yang Syahrill tu nak atau tak dekat dia. Kebetulan juga masa tu family Syahrill dah balik semula ke rumah lama dia dekat Shah Alam. Petang tu Shasha jumpa Syahrill dan ini ayat si Shasha "Abang Syah, Sha nak tanya abang Syah..Kalau Sha ajak abang Syah kahwin abang Syah setuju tak? Kalau abang Syah setuju abang Syah angguk je kalau tak tu Sha faham lah..." Tapi, Syahrill tak mengangguk kan kepalanya. Jadi, Shasha faham lah yang Syahrill tak nak dekat dia. Keesokannya, barulah keluarga Syahrill datang merisik si Shasha.. Masa tu Syahrill hantar mesej yang perempuan tak elok melamar lelaki..Kita bukan dekat India..Adat orang Islam biarlah lelaki yang melamar.


Dan alhamdulillah, Shasha kahwin dengan Syahrill ketika umur dia 19 tahun dan Syahrill 26 tahun. Dan sekarang umur Shasha 26 tahun dan Syahrill 33 tahun. Diaorang dah ada 6 orang cahaya mata.. Anak sulung Shasha lelakI sekarang umur 8 Tahun.Anak kedua Shasha kembar sepasang dan sekarang ni dah umur 7 tahun., nombor 4 anak lelaki lagi sekarang umur 6 tahun. Lepas tu Shasha break 3 tahun sebab study..Tahun lepas alhamdulillah Shasha dapat lagi seorang anak awal tahun dan seorang hujung tahun. Shasha kata lepas ni dah boleh berhenti..Anak dia dah ramai katanya.Cukuplah 4 lelaki dan 2 perempuan.


Shiraz cukup-cukup kagum dengan Shasha sebenarnya.Ramai yang tanya kenapa tak rancang anak 3 tahun sekali ke,  2 tahun sekali ke..Jawapan Shasha sebenarnya yang buat Shiraz kepala otak Shasha ney cerdik jugak nak dibandingkan zaman kenal dia kat PLKN..Perangai mcm orang gile..Huhu Shasha kata anak itu anugerah dari Allah swt. Buat apa menidakkan kehadiran anak dalam kandungan kita. Kalau Allah dah hadiahkan dia terima dengan hati terbuka. Lagipun dia masih muda. Masa ney la nak anak ramai nanti dah tua-tua takkan nak usung anak lagi..Anak dikatakan cucu pulak..

So, tu je la kisahnya Cik / Puan Qalesya Umairah..Tak tau nk pendek kot mana sbb rasanya kalau pendek cerita ney tak best. Kalau suruh si Sha cerita pun versi dia sama je dengan apa yang Shiraz tulis..Ye la Shiraz dah call dia sebelum tulis ney..Hehe..

Thank u..