Oh Cristobal Lander, Oh Bernie Paz!!!


Assalamualaikum

Sejak Astro menukar siaran B4U kepada Bella pada 5 March 2012 ari tu, Shiraz memang tak tinggal mana-mana cerita yang disiarkan di Saluran Bella tu. Sebelum ada Astro Bella pun, Shiraz dengan mama memang minat dengan cerita-cerita telenovela ney..Sekadar Mengimbau la kan hero-hero yang melekat kat mata Shiraz ney...

First cerita Telenovela yang melekatkan mata Shiraz dengan mama ialah cerita La Usurpadora. Masa ney tak berapa nak layan sangat. Kiteorg tengok pun dah suku cerita. Jiran sebelah umah yang bagitaw mama petang-petang dia duk hadap citer tu..Hehe..Mama pun apa lagi suh carik la..Tercarik-carik la Shiraz ney..Disebabkan citer ney siar tahun 2001, masa tu darjah 5 kan so citer tu sekadar di pinggiran je..Haha....

 
>>>Gabriela Spanic..Kalau sape2 ada layan Emperatriz ney la wajah si Emperatriz tu..Skrg ney umur dia dah 39..Eh baru masuk 39???<<<

 
>>>Ney hero dia...Fernando Colunga..Tak boleh lawan dengan kehenseman Cristobal Lander dan Bernie Paz!!! Sorry ya pakcik!<<<

Sape ingat dengan Rosalinda Ay Amor? Ooo masa ney memang famous amos la..Ingat tak Siti Nurhaliza pun ada orang kata macam Rosalinda..Ha ha ha.. Zaman tu la kan..Zaman meletup-letap si Thalia dengan Siti Nurhaliza..Masa tu Rosalinda memang bagi mak-mak, makcik-makcik,akak-akak dan tak lupa abang-abang, bapak-bapak dan pakcik-pakcik gila sama dengan Rosalinda ney. Selain daripada drama Rosalinda yang meletup tu, citer Maria Mercedes pun menjadi fenomena jugak!

 
>>>Thalia...Cantik dia kan...<<<

 
>>>Fernando Carillo..Ney hero makcik-makcik ney..Tak caya? Tanya mak korunk..Ha ha!<<<

 
>>>Arturo Peniche. Shiraz tak ingat sangat la muka pakcik ney.. Cris, Bernie vs Fernando, Peniche???
Hmm credit la kat Fernando sbb dia hensem pe...<<<

 Lagi satu cerita yang menarik perhatian Mama..Soledad...Shiraz pun suka dengan cerita Soledad ney tapi banyak sangat aksi-aksi hot dia.. Hero dia hensem....Miguel Angel..Miguel Angel ney dah wife tapi wife dia tua dari dia..Miguel jumpa dengan Soledad...Jatuh cinta dan bla bla bla..Lupa!

>>>Coraima Torres<<< 

Posted Image 
>>>Guillermo Perez<<<

Itu semua citer zaman dahulu kala semua tu..Hihi...Nah sekarang ney nak cerita pasal Cristobal Lander dan Bernie Paz..Hahaha..Kedua-dua jejaka hot ney dah berjaya buat Shiraz melekat depan tv sehari-harian. Tengah puasa tak terasa! Punya la layan bukan main lagi.

Pobre Diabla Daniella..Shiraz suka tengok Diabla dalam cerita ney.Dia digerlar 'syaitan kecil'. Kesian Diabla ney. Asalnya dia anak orang kaya-raya. Ayah dia nama Diego Montegnero, mak dia nama Daniella Montegnero. Daniella ney melahirkan anak perempuan bernama Diabla Daniella. Satu hari ayah hero citer ney, Cristobal Lander yang memegang watak Santiago ney datang membunuh mak Diabla dan Horacio (ayah Santiago) buat laporan polis mengatakan Diego yang bunuh Daniella. Kebetulan masa tu orang gaji Daniella ney nampak. Maciela bawak Diabla lari dari rumah tu bersama-sama video tape yang merakamkan aksi Horacio membunuh Daniella. Mak Santiago, Rebecca ney dengki dengan kekayaan Diego dan Daniella. Lepas Diego disumbat ke penjara, automatik Horacio merampas segala harta Diego termasuk la rumah yang diaorg duduk tu. 20 tahun berlalu, Diabla dah besar panjang. Bertemu la dengan Santiago yang hensem sangat-sangat tu dan diaorg jatuh cinta. Kakak Micaela, Otilia jahat sangat-sangat. Dia nak jual Diabla pada Carmelo tapi Micaela tak dapat buat apa-apa sebab dia kena strok dan tak dapat bercakap. Tengah-tengah diaorang syok bercinta Horacio dapat tahu. Dia dan Rebecca sering kali ketakutan tengok muka Diabla kerana wajah Diabla saling tak tumpah macam Daniella. Bekas girlfriend Santiago, Santa pula menagih cinta Santiago dan disokong Rebecca. Sekarang nampak sangat la Santiago tu memang cinta mati pada Diabla. Dan Diabla dapat bekerja di sebuah syarikat milik Ricadro. Tapi, lelaki tu jahat dia nak rogol Diabla...Pastu habis kat situ la citernya sebab sambung esok..Ha ha ha..Yg pastinya nanti Diabla mengandung dan ada awek baru pulak nak kat Santiago. Aduhh lemah betulla..Tak suka tak suka tak suka!!!

 
>>>Hensemnya dia!!!!!<<<

Cristobal Lander 

Cristobal Lander 

 

 

 
>>>Cristobal Lander dengan anak nya..Comelnya! Cris dah bercerai dengan wifey dia,  Gaby Espino tahun lepas..Oo baru lagi tu!!<<<

 
>>>Ney la heroinnya Alejandra Lazcano<<<

 

 

 
>>>Diaorg bercinta ke???<<<

Cerita kedua yang buat Shiraz terus melekat depan tv. Emperatriz. Cerita ney banyak sangat orang-orang mengacau kehidupan Emperatriz. Bernie Paz yang memegang watak Alejandro plak jatuh cinta pada Emperatriz tapi sayangnya Emperatriz ney bekas wanita simpanan biras dia, Armando. Emperatriz dulunya seorang wanita polos datang untuk menuntuk anak  perempuannya yang dijaga oleh Armando. Tapi sayangnya Armando bersama isterinya Alma Rosa mempunyai dua oranganak perempuan dan ia menyukarkan Emperatriz mengesan yang mana satu kah anaknya. Dan mcm-mcm la pergolakan yang berlaku. Nak cerita tapi panjang sangat..Hehe.. 

 
>>>Emperatriz<<<

 
>>>Alejandro Miranda<<<

 
>>>Justo De Real..Ayah Mertua Alejandro dan ayah kepada Alma Rosa<<<

 
>>>Esther, anak Emperatriz dan Armando<<<

 
>>>Elisa, adik Esther..Anak Armando dan Alma Rosa<<<

 
>>>Elena,  adik Esther..Anak Armando dan Alma Rosa<<<

Dan kesimpulannya, Cristobal dan Bernie memang hensem giler!