STATUS UPDATED!
Welcome To Cik Shiraz Punya Blog
Cik Shiraz Punya Blog: Hukum Seorang Isteri Curang Pada Suaminya

26 Mac 2012

Hukum Seorang Isteri Curang Pada Suaminya


Entry untuk petang yang penuh mendamaikan walaupun hangat cuacanya..Waahhh gitu mukadimahnya..He he..
Kisah ape erk...Kisah hari ney ialah "Hukum Seorang Isteri Curang Pada Suaminya". Panas tu... Panas tak panas sebenarnya mende ney dah menjadi satu mainan hidup. Diabaikan suami, merelakan diri diratah si lelaki lain..Suami sibuk bekerja, sang isteri sibuk melayani sang arjuna yang bukan halal di sisi-Nya..

Orang kata jangan jaga tepi kain orang lain..Tapi, mende2 mcm ney yang nk kena jaga wpun kain tu buruk sekalipun. Kita mungkin sedar tapi berpura-pura tidak menyedari. Kita tahu tapi lebih rela bersikap tidak tahu. Hakikatnya, kalau Shiraz sekalipun mungkin akan mengambil cara dengan mendiamkan diri daripada menyibukkan diri. Betul tak?

Kisah isteri curang ney kebanyakannya kita baca dalam paper tapi bila mende ney terjadi di persekitaran kita, apakah tindakan kita? "biarlah..itu hal rumah tangga diaorg" Kan, mcm tu jugalah tindakan Shiraz..

Bila sang isteri yang sedang enak melayani sang jejaka yang usianya jauh lebih muda daripada anak teruna sendiri, beradu di kamar yang menjadi saksi rumahtangga sang isteri bersama suaminya, dan akhirnya kantoi di tangan suami sendiri. Alasan apakah yang harus diberikan?

Apa hukumnya seorang isteri curang pada suaminya? Harus  lah dosa kan apatah lagi berzina.Ada org kata "takkan tengah tuttt tak ingat laki ngan anak2?" Masalahnya, mana mau ingat kalau akal dan fikiran sudah dirasuk 100% oleh syaitan si durjana. Dengan rakusnya berserta alasan suka sama suka..

Dalam apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami.
“Apa jua masalah berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikan cara baik panggil ahli keluarga lain untuk membantu,” ujar penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.
Menurut beliau, sudah menjadi lumrah, manusia tidak pernah sempurna. Namun ia bukan faktor yang perlu dijadikan penyebab kepada si isteri untuk berlaku curang kepada suami.
“Biar apa pun alasan sama ada diabaikan, kurang kasih sayang mahupun kesepian ia bukan alasan yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang.
“Seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan menduakan suami,” ujarnya.
Katanya lagi, dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.
Malah ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah.
Terangnya lagi, jangan memandang mudah dengan perbuatan curang kerana ia adalah perbuatan salah dan hukumnya berdosa.
Katanya lagi, curang adalah sifat yang tidak jujur dan mengkhianati antara satu sama lain.
Perbuatan itu adalah haram dan berdosa dalam Islam dan hukum syarak.
“Sebagai seorang isteri kita wajib menjaga kehormatan diri, keluarga, serta taat kepada perintah suami, malah setiap perkara yang dilakukan perlu mendapat keizinan suami,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama terang beliau, isteri perlu sentiasa ingat bahawa syarak mengharamkan mereka menyimpan perasaan suka apatah lagi cinta kepada lelaki selain daripada suami mereka.
“Dalam situasi ini, isteri perlu menghormati suami dalam keadaan mana sekalipun. Jangan lupa status sebenar diri yang mempunyai insan yang wajib diberi perhatian,” jelasnya.
Beliau berkata, kecurangan berlaku tidak kira sama ada isteri atau suami adalah disebabkan hubungan dan perintah Allah tidak dilakukan dengan sempurna.
“Isteri yang curang kepada suaminya mempunyai masalah dengan keimanannya, sebab itu mereka sanggup menduakan suami walaupun mereka tahu suami itu adalah insan mulia di sisi isteri .
“Sebagai seorang isteri dia perlu menjaga kehormatan dan maruah suaminya. Apabila kalah dengan godaan syaitan, mereka tiada iman. Akibatnya, perasaan malu sudah tiada lagi sehingga sanggup menggadaikan maruah diri untuk keseronokan yang hanya bersifat sementara,” katanya.
Beliau berkata, jika suami mengesyaki isteri cenderung melakukan kecurangan ambil masa untuk menyiasatnya dan jangan bertindak terburu-buru.
“Sebagai ketua keluarga, suami wajib memenuhi segala tuntutan dan keperluan isteri. Ini termasuk menjaga hubungan seksual agar bertambah erat hubungan kasih sayang antara pasangan,” katanya.
Dalam Islam, suami mempunyai kewajipan memastikan kebahagiaan rumah tangga, sebagai ketua mereka perlu bertindak sebagai pelindung isteri dan anak-anaknya.
“Sebagai seorang suami, dia perlu mentadbir rumahtangga dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya,” ujarnya

Itu kata Ustazah Siti Nor Bahyah. Salah siapa sebenarnya? Salah si suami yang mengabaikan batin si isteri atau salah si isteri yang tidak mampu menahan gejolak asmara?