Bukan Macam Itu Caranya!


Assalamualaikum....

 Ney kejadian pagi tadi..Dekat kelas tabika...Waktu balik sekolah...Datang seorang mak budak. Shiraz dah perasan yang dia duk belek-belek beg anak dia. Biasa la kan, mak orang lain pun mungkin macam tu. Mak dia datang jumpa Shiraz nak check bekas pensil budak-budak lain..  Mana boleh dah waktu balik pun.Kalau nak kena datang pagi esok la..(dah habis berbudi bahasa Shiraz beri jawapan)
Dah naik angin plak makcik ney.Dia tengking anak dia sampai terkencing, nangis2 bdk tu. Bdk2 lain yg masih menanti mak bapak datang amek pun kecut perut. Pakat lari duk kat pintu sebelah lagi. Makcik ney tak puas hati dia amek satu-satu beg pelajar lain. Siap marah anak orang plak tanya siapa yang amek pensil case anak dia. .Ada plak mak lain yang marah main rampas beg anak diaorg. Kalau Shiraz pun marah jugak ikut suka hati dia je nak main rembat macam tu.. Kes tak puas hati tak jumpa dia tarik tangan anak dia lempar masuk kereta.Shiraz dan beberapa orang mak budak yang ada terkedu sekejap..
Shiraz taye balik budak2 lain ada amek tak bekas pensil Afifah.. Sorang pun tak mengangguk. Budak2 mana reti tipu kan..Betul la tu diaorang tak amek. Sebelum Shiraz balik tadi pun try gak intai-intai kut atas lantai ke, kat rak buku ke tapi tak de pun.. 


Mak mana tak marah kalau bekas pensil anak hilang. Bekas pensil skrg ney bukan macam dlu. Mahal bukan main lagi tapi jangan lah malukan dia depan kawan2 dia. Kalau iya pun nak marah, nk cubit anak pun biarlah kat rumah. Ney memalukan dia depan kawan2 dia. Dan terkencing-kencing dalam seluar. Lagi la dia malu. Sebagai mak, kita jangan la jatuhkan air muka dia. Walaupun dia budak kecik, tak tahu apa2 tp ada perasaan taw...Shiraz tak suka tengok orang yang marahkan anak dia tak kira tempat. Kut ya pun anak tu buat silap. Kita kena pandai tengok keadaan. Budak2 bukan tahu apa pun..Zaman kita kecik-kecik dlu mcm mana agaknya..Fikirkan, jangan suka hati nak marah anak kite depan orang ramai pastu nak tengking-tengking anak orang plak.