Betul Atau Salah???

 

Assalamualaikum

Sape setuju dengan gambar dekat atas?
Shiraz tertarik dengan apa yang tersirat kat dalam gambar tu. Realitinya kan mmg begitu.
Shiraz tak salahkan para lelaki...
Gejala sosial yang makin memburuk di kalangan orang kita sekarang membuktikan yang kaum perempuan pun sama naik dengan lelaki..
Abah Shiraz selalu beritahu "lelaki ney ada agendanya sendiri. Perempuan yang ke hulu ke hilir yang dia usung tu belum tentu akan menjadi isterinya. Percaya atau tidak, perempuan yang baik-baik juga akan menjadi permaisuri di hati diaorg. Sebab tu janganlah murah sangat. Jual mahal tak pe daripada buat jualan murah.."
Ada benarnya apa yang abah cakapkan.. Ramai di kalangan kawan2 lelaki yang Shiraz kenal bercinta dengan orang lain kahwin dengan orang lain. Alasannya, emak diaorang tak suka sebab menggedik sangat..


Ada kenalan-kenalan Shiraz yang perempuan bercinta dengan orang jauh. Asal hujung bulan, asal cuti am mesti tidur rumah lelaki tu. Walaupun duduk sekeluarga tapikan tak manis tu. Asyik kita je yang ke rumah lelaki, yang lelaki tu bercinta dah masuk 5 tahun batang hidung tak nampak lagi. Alasan sibuk memanjang. Iyalah, mungkin! Akhir sekali putus. Dah muak agaknya..


Tika ney remaja-remaja perempuan suka sangat mengalah dan beralah. Boyfriend merajuk sikit, serah body. Asal boyfriend ugut sikit, serah body. Dan akibatnya buang bayi kat sana sini. Sedih sebenarnya bila tengok diaorang macam tu. Orang cina lagi kuat pegangan diaorg daripada kita. Cuba tanya kawan-kawan cina, macam mana diaorang menjaga hubungan dan tatasusila diaorang. Mana ada kita dengar berita kes buang bayi dari orang cina mahupun orang india?


Shiraz cukup hormat dengan ibu bapa yang pandai mendidik dan menjaga anak perempuan diaorang. Tak salah sekali-sekala bersosial tetapi ada batasnya. Shiraz bangga dengan kawan-kawan Shiraz walaupun diaorang lagi gorgeous, lagi cantik, bergaya, seksi dan bersosial tapi masih menjaga adab dan adat. 


Perempuan kena ingat (berpesan untuk diri sendiri jugak) bila dah kehilangan mahkota kita tu susah untuk lelaki mempercayainya. Even dia sanggup jadi pak sanggup sekalipun tapi bila sampai tahap kecurigaan melanda diri diaorang, susah untuk diaorang terima kita balik walaupun mende tu bukan dari keredhaan kita. Jahat-jahat lelaki sekalipun bila sampai masa untuk diaorang beristeri, yang pakai tudung, berbaju kurung dan cekap kerja rumah tangga juga yang dicari. Jadi, kesimpulannya Wahai Kaum Hawa , Janganlah Murah Sangat!