Aik, terkenangkan bekas tunang ke?

Assalamualaikum

Ney takde ribut takde hujan tiba-tiba upload gambar bekas tunang kenapa erk? Takkan terkenang kot.. Jangan macam tu wak, orang tu dah bahagia dengan wifey dia. Yang awak ney duk sibuk tayang-menayang bekasan tu buat apa.. Tak baik la gitu!

Itu la tyme nak putus ari tu tak fikir panjang-panjang. Orang baru nak naik nama kan mula la fikir takut saham jatuh..Nah, bila org tu dah selamat "aku terima nikahnya" awak plak duk sibuk2 upload gambar letak dalam facebook.. Buang-buang la awak..Buat malu kat orang jer..

Tak kisah la awak nk kata tak peduli orang nak kata apa tentang awak tapi ada hati orang lain yang terluka taw. Walaupun gambar si dia tak de dalam album tu sekali..

Bak kata abang Nara " tidaklah berapa manis di mata umum untuk mengupload kembali gambar-gambar sebegini. Lagi-lagi orang yang terlibat sudah pun berumah tangga dan sedang bahagia di samping isterinya. Mungkin Aisyah masih tidak dapat melupakan Ally, tetapi lebih molek sekiranya perasaan itu disimpan di dalam hati. Tak gitu?"