Aaron Aziz Mengamuk, Bakal Mengambil Tindakan..

 


Assalamualaikum 

Aaron Aziz,pelakon popular tika ini naik berang apabila ada pihak yang menyamar menjadi pembantu peribadinya dan menjual iPad dengan harga murah untuk peminatnya.

Perkara tersebut diceritakan oleh isterinya, Diyana Halik apabila ada seorang wanita yang menghubunginya bertanyakan tentang iPad tersebut...

Macam-macam ragam manusia ney. Kesian Aaron Aziz dan isterinya tak pasal2 dijadikan mangsa. Macam-macam orang menipu erk. 

Kawan Shiraz yang berniaga dalam facebook pun ditipu oleh pelanggannya. Diaorang lampirkan resit palsu dekat member ney.Hidup-hidup ingat duit masuk, bila check account rupanya no account tu tak de. Sadis betul. Kesian member Shiraz tu...Sabar erk, Nad!

Buat Aaron Aziz dan isteri, bawa-bawa bersabar erk.Kalau perlu saman je orang tu..Haha (jadi batu api jap!)

Pelakon popular, Aaron Aziz berang apabila ada pihak yang menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjual iPad menerusi akaun Facebook yang menggunakan namanya.

Aaron dalam laporan Harian Metro berkata, dia tidak teragak-agak untuk menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang telah memperdayakan peminatserta menggelapkan wang mereka.
“Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis,” ujarnya.
Menurut Aaron, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.
“Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook,” katanya.
Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya.
Sumber: MStar