Apsal Churp Churp dan Nuffnang Tak Naik-Naik








Shiraz selalu perhatikan blog Yuyu Zulaikha,  blog Lyssa Faizureen mahupun mana2 blog selalu saja menceritakan "HARI NEY CASH OUT LAGIK"..Kadang2 terbit rasa dalam diri "dengkinya aku..." Shiraz kadang kala tak faham, "buruk sngt ke blog aku ney?" "apa yg tak kena dengan blog ney?" "naper si Lyssa tu ada je yg merajinkan diri click Churp Churp,click Nuffnang?" "apsal si Yuyu tu boleh cash out sampai beribu-raban?" Shiraz langsung tak de....

Kadang2 rasa mcm "tak nak la tulis blog lagi...." atau "org suka penulis blog yang cantik dan hensem je..." 
Kalau Shiraz tulis mcm ney mesti ada org kata "apalah Shiraz ney, busuk hati!"
Bukan...Shiraz mmg dengkikan Yuyu mahupun Lyssa...Shiraz dengki sbb diaorg berjaya menarik minat pembaca...Diaorg usia muda remaja lagi tapi  berjaya mengekalkan blog yang "AWESOME!!!" yang "DAEBAK". Tapi, Shiraz apa ada???

Shiraz cuma nak tahu mcm mana diaorg boleh berjaya menarik minat pembaca?  
Shiraz cuma nak tah mcm mana pembaca boleh klik iklan churp churp diaorg?
Atau dengan kata muda "kenapa semua blogger yg Shiraz blogwalking setiap malam churp churp diaorg boleh cecah rm ratus....tapi,Shiraz cuma rm 3.20? Nuffnang Shiraz cuma RM 1.25? 
Ada sape2 boleh jawab tak?

Hukum Seorang Isteri Curang Pada Suaminya


Entry untuk petang yang penuh mendamaikan walaupun hangat cuacanya..Waahhh gitu mukadimahnya..He he..
Kisah ape erk...Kisah hari ney ialah "Hukum Seorang Isteri Curang Pada Suaminya". Panas tu... Panas tak panas sebenarnya mende ney dah menjadi satu mainan hidup. Diabaikan suami, merelakan diri diratah si lelaki lain..Suami sibuk bekerja, sang isteri sibuk melayani sang arjuna yang bukan halal di sisi-Nya..

Orang kata jangan jaga tepi kain orang lain..Tapi, mende2 mcm ney yang nk kena jaga wpun kain tu buruk sekalipun. Kita mungkin sedar tapi berpura-pura tidak menyedari. Kita tahu tapi lebih rela bersikap tidak tahu. Hakikatnya, kalau Shiraz sekalipun mungkin akan mengambil cara dengan mendiamkan diri daripada menyibukkan diri. Betul tak?

Kisah isteri curang ney kebanyakannya kita baca dalam paper tapi bila mende ney terjadi di persekitaran kita, apakah tindakan kita? "biarlah..itu hal rumah tangga diaorg" Kan, mcm tu jugalah tindakan Shiraz..

Bila sang isteri yang sedang enak melayani sang jejaka yang usianya jauh lebih muda daripada anak teruna sendiri, beradu di kamar yang menjadi saksi rumahtangga sang isteri bersama suaminya, dan akhirnya kantoi di tangan suami sendiri. Alasan apakah yang harus diberikan?

Apa hukumnya seorang isteri curang pada suaminya? Harus  lah dosa kan apatah lagi berzina.Ada org kata "takkan tengah tuttt tak ingat laki ngan anak2?" Masalahnya, mana mau ingat kalau akal dan fikiran sudah dirasuk 100% oleh syaitan si durjana. Dengan rakusnya berserta alasan suka sama suka..

Dalam apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami.
“Apa jua masalah berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikan cara baik panggil ahli keluarga lain untuk membantu,” ujar penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood.
Menurut beliau, sudah menjadi lumrah, manusia tidak pernah sempurna. Namun ia bukan faktor yang perlu dijadikan penyebab kepada si isteri untuk berlaku curang kepada suami.
“Biar apa pun alasan sama ada diabaikan, kurang kasih sayang mahupun kesepian ia bukan alasan yang membolehkan seseorang wanita itu berlaku curang.
“Seseorang wanita atau isteri tidak harus mengambil jalan mudah dengan menduakan suami,” ujarnya.
Katanya lagi, dalam Islam ada pelbagai cara untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga.
Malah ada tempat untuk golongan wanita dan isteri yang mengalami masalah.
Terangnya lagi, jangan memandang mudah dengan perbuatan curang kerana ia adalah perbuatan salah dan hukumnya berdosa.
Katanya lagi, curang adalah sifat yang tidak jujur dan mengkhianati antara satu sama lain.
Perbuatan itu adalah haram dan berdosa dalam Islam dan hukum syarak.
“Sebagai seorang isteri kita wajib menjaga kehormatan diri, keluarga, serta taat kepada perintah suami, malah setiap perkara yang dilakukan perlu mendapat keizinan suami,” ujarnya lagi.
Dalam masa yang sama terang beliau, isteri perlu sentiasa ingat bahawa syarak mengharamkan mereka menyimpan perasaan suka apatah lagi cinta kepada lelaki selain daripada suami mereka.
“Dalam situasi ini, isteri perlu menghormati suami dalam keadaan mana sekalipun. Jangan lupa status sebenar diri yang mempunyai insan yang wajib diberi perhatian,” jelasnya.
Beliau berkata, kecurangan berlaku tidak kira sama ada isteri atau suami adalah disebabkan hubungan dan perintah Allah tidak dilakukan dengan sempurna.
“Isteri yang curang kepada suaminya mempunyai masalah dengan keimanannya, sebab itu mereka sanggup menduakan suami walaupun mereka tahu suami itu adalah insan mulia di sisi isteri .
“Sebagai seorang isteri dia perlu menjaga kehormatan dan maruah suaminya. Apabila kalah dengan godaan syaitan, mereka tiada iman. Akibatnya, perasaan malu sudah tiada lagi sehingga sanggup menggadaikan maruah diri untuk keseronokan yang hanya bersifat sementara,” katanya.
Beliau berkata, jika suami mengesyaki isteri cenderung melakukan kecurangan ambil masa untuk menyiasatnya dan jangan bertindak terburu-buru.
“Sebagai ketua keluarga, suami wajib memenuhi segala tuntutan dan keperluan isteri. Ini termasuk menjaga hubungan seksual agar bertambah erat hubungan kasih sayang antara pasangan,” katanya.
Dalam Islam, suami mempunyai kewajipan memastikan kebahagiaan rumah tangga, sebagai ketua mereka perlu bertindak sebagai pelindung isteri dan anak-anaknya.
“Sebagai seorang suami, dia perlu mentadbir rumahtangga dan menjadi contoh yang baik kepada keluarganya,” ujarnya

Itu kata Ustazah Siti Nor Bahyah. Salah siapa sebenarnya? Salah si suami yang mengabaikan batin si isteri atau salah si isteri yang tidak mampu menahan gejolak asmara?

“ MINI GIVEAWAY BY MANJA( I’m Limited Edition)”


Assalamualaikum

Shiraz nak ajak korunk semua yang ada kelapangan waktu utk join Mini Giveaway dari Manja. Shiraz rasa menarik sangat syarat-syaratnya dan hadiah-hadiah yang disediakan. Tpkan, sebelum tu meh kita baca dlu apakah syarat-syaratnya...
TERMS and CONDITIONS MINI GIVEAWAY BY MANJA( I’m Limited Edition)”. Manja update syarat2 dulu. Hadiah Manja akan update nanti maybe 20/3/2012. Sebab ade beberape SPONSOR x buat confirmation lagi.  Hadiah best gua cakap sama lu :P. KORANG SIAP BOLEH PILIH HADIAH LAGI. X percaya? Baca kat bawah ni. ( ada sesuatu tersembunyi, if korang tak baca korang juga yang rugi :P)SYARAT-SYARAT PENYERTAAN (WAJIB)1.     Beralamat di MALAYSIA. ( if tengah study kat oversea boleh je join tapi hadiah akan dihantar di alamat anda di Malaysia)
2.    FOLLOW & LIKE blog MANJA ( if Manja umumkan pemenang dan korang tak tuntut hadiah dalam masa 3 hari, Manja akan berikan kepada orang lain)
3.    SILA LIKE & ADD facebook & FOLLOW  blog SPONSOR(SEMUA) (if you olls kurang satu, penyertaan akan TERBATAL dengan serta merta)
4.    Buat entry di blog personal anda bukan blog contest or giveaway
                   CARA- CARA PENYERTAAN.
1.     Selesaikan tanggungjawab anda di SYARAT-SYARAT PENYERTAAN”2.    Buat satu entry bertajuk “ MINI GIVEAWAY BY MANJA( I’m Limited Edition)”3.    COPY BANNER di atas dan LINK kan terus ke blog MANJA.4.    Sila jawab soalan ni “WHY I THINK I’M LIMITED EDITION” (not less than 50 words and not more than 150 words)
5.    Korang boleh pilih 3 hadiah . SPECIAL kan siap boleh pilih. if korang menang, Manja akan berikan salah satu hadiah yang korang pilih. if hadiah itu dah di ambil oleh pemenang lain. Manja yang akan tentukan hadiah korang. 6.    Kemenangan you olls akan di nilai oleh MANJA SENDIRI  bila korang menjawab soalan “WHY I THINK I’M LIMITED EDITION
CONTOH :WHY I THINK I’M LIMITED EDITION ini kerana saya rasa bermotivasi walaupun kawan-kawan saya merendah-rendahkan saya. Saya juga boleh ketawa selama 15 minit tanpa henti. Saya mempunyai kelebihan untuk membuatkan orang disekeliling saya ketawa terbahak-bahak tanpa henti ini kerana saya suka orang disekeliling saya happy. Bila mereka happy, saya rasa bahagia. Saya rasa saya seorang limited edition kerana saja tidak jumpa lagi orang lain yang mempunyai keboleh macam saya. Sila Pilih hadiah anda (Link MANJA dah beri kat atas.)CONTOH:1) love necklace Sponsored by NayZa Collection2) custom made tote beg Sponsored by I AM NOT A DESIGNER !3) Tony Moly Lip Tint Sponsored by Butter BerriesBagi link facebook JUGA.walaupun you olls pilih hadiah tetapi WAJIB LIKE AND FOLLOW KESEMUA BLOG AND FB SPONSOR N BLOG MANJA
Soalan... WHY I THINK I’M LIMITED EDITION  sebab Shiraz rasa yang Shiraz sentiasa disayangi oleh kanak-kanak tadika dan bekas pelajar kanak-kanak tadika tu sendiri. Walaupun dah ada yang bersekolah darjah 5 tapi ke mana je Shiraz  pergi kalau ada yang terserempak dengan Shiraz pasti ada yang datang salam dan cium pipi Shiraz walaupun depan mak bapak diaorang tak kira lelaki mahupun perempuan. Shiraz sentiasa dikenali berbanding adik-adik Shiraz di kalangan kawan-kawan abah baik di tempat kerja, parti mahupun rakan-rakan lama dia. Walaupun Mama Shiraz ada di sebelah tapi bila ada yang nampak muka Shiraz pasti akan kata "ney anak sulung Kamarudin Puteh kan?" Haruslah angguk laju-laju kepala.Shiraz sentiasa ditegur oleh makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Sepanjang Shiraz berada di Mekah Al-Mukarammah, Shiraz sentiasa diajak bersembang dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik.  Shiraz rasa yang Shiraz seorang limited edition sebab orang sentiasa ingat pada Shiraz walaupun dah jarang berjumpa.
Hadiah
  1. love necklace Sponsored by NayZa Collection
  1. Sexy bag Sponsored by Bag Aholic
  1. Tony Moly Lip Tint Sponsored by Butter Berries.
Link FBhttps://www.facebook.com/sheeszshira.shirazhttps://www.facebook.com/SheeszshiraShiraz86Sponsor..Blogshop Creativity In Me*Facebook Girls's Favourite Shop* 


Facebook Kedaikl.com *

Facebook I Am Not A Designer  Facebook Bags Aholic*


 Facebook Nayza Collection *Facebook Butter Berries*
 Facebook Achi's Handmade* Facebook Hijabers Fashion Couture *Facebook Heart Inspiration (boutique) Facebook LoveBag LoveBag Private Closet *

Ellen DeGeneres Memalukan Astro Awani


Assalamualaikum...

Kecoh dekat timeline facebook, twitter pasal rancangan temu bual Ellen DeGeneres yang memaparkan kesilapan yang berlaku di Astro Awani ketika siaran langsung berita. Ingat kan pasal lelaki yang tiba-tiba ke meja pembaca berita. "Haris, On Air" macam tu la lebih kurang.

Sepanjang video tu mcm2 kesilapan yang berlaku tapi bukanlah sengaja kan.Ellen tak tahu bahasa apa yang digunakan..Wajarlah tak tahu. Kat dunia ney macam2 bahasa ada tp nampak gayanya Ellen ney sah-sah tak buat research. Kalau dia tahu video tu dari Malaysia seharusnya dia boleh tahu bahasa rasmi rkyt Malaysia apa.. So, baik orang Malaysia berhati-hati. Salah korang buat silap masuk youtube pastu dah sampai dekat Ellen plak. Kalau popular sebab perkara yang baik tak pe, kalau yang lain tu bak kata Nabil "Lu Fikirla Sendiri"

Agaknya Astro Awani terjejas tak dengan penyiaran video ney? Atau
Mungkin Astro Awani boleh bagi lagi popular?

http://youtu.be/XNPOE85wtxo

Oh Cristobal Lander, Oh Bernie Paz!!!


Assalamualaikum

Sejak Astro menukar siaran B4U kepada Bella pada 5 March 2012 ari tu, Shiraz memang tak tinggal mana-mana cerita yang disiarkan di Saluran Bella tu. Sebelum ada Astro Bella pun, Shiraz dengan mama memang minat dengan cerita-cerita telenovela ney..Sekadar Mengimbau la kan hero-hero yang melekat kat mata Shiraz ney...

First cerita Telenovela yang melekatkan mata Shiraz dengan mama ialah cerita La Usurpadora. Masa ney tak berapa nak layan sangat. Kiteorg tengok pun dah suku cerita. Jiran sebelah umah yang bagitaw mama petang-petang dia duk hadap citer tu..Hehe..Mama pun apa lagi suh carik la..Tercarik-carik la Shiraz ney..Disebabkan citer ney siar tahun 2001, masa tu darjah 5 kan so citer tu sekadar di pinggiran je..Haha....

 
>>>Gabriela Spanic..Kalau sape2 ada layan Emperatriz ney la wajah si Emperatriz tu..Skrg ney umur dia dah 39..Eh baru masuk 39???<<<

 
>>>Ney hero dia...Fernando Colunga..Tak boleh lawan dengan kehenseman Cristobal Lander dan Bernie Paz!!! Sorry ya pakcik!<<<

Sape ingat dengan Rosalinda Ay Amor? Ooo masa ney memang famous amos la..Ingat tak Siti Nurhaliza pun ada orang kata macam Rosalinda..Ha ha ha.. Zaman tu la kan..Zaman meletup-letap si Thalia dengan Siti Nurhaliza..Masa tu Rosalinda memang bagi mak-mak, makcik-makcik,akak-akak dan tak lupa abang-abang, bapak-bapak dan pakcik-pakcik gila sama dengan Rosalinda ney. Selain daripada drama Rosalinda yang meletup tu, citer Maria Mercedes pun menjadi fenomena jugak!

 
>>>Thalia...Cantik dia kan...<<<

 
>>>Fernando Carillo..Ney hero makcik-makcik ney..Tak caya? Tanya mak korunk..Ha ha!<<<

 
>>>Arturo Peniche. Shiraz tak ingat sangat la muka pakcik ney.. Cris, Bernie vs Fernando, Peniche???
Hmm credit la kat Fernando sbb dia hensem pe...<<<

 Lagi satu cerita yang menarik perhatian Mama..Soledad...Shiraz pun suka dengan cerita Soledad ney tapi banyak sangat aksi-aksi hot dia.. Hero dia hensem....Miguel Angel..Miguel Angel ney dah wife tapi wife dia tua dari dia..Miguel jumpa dengan Soledad...Jatuh cinta dan bla bla bla..Lupa!

>>>Coraima Torres<<< 

Posted Image 
>>>Guillermo Perez<<<

Itu semua citer zaman dahulu kala semua tu..Hihi...Nah sekarang ney nak cerita pasal Cristobal Lander dan Bernie Paz..Hahaha..Kedua-dua jejaka hot ney dah berjaya buat Shiraz melekat depan tv sehari-harian. Tengah puasa tak terasa! Punya la layan bukan main lagi.

Pobre Diabla Daniella..Shiraz suka tengok Diabla dalam cerita ney.Dia digerlar 'syaitan kecil'. Kesian Diabla ney. Asalnya dia anak orang kaya-raya. Ayah dia nama Diego Montegnero, mak dia nama Daniella Montegnero. Daniella ney melahirkan anak perempuan bernama Diabla Daniella. Satu hari ayah hero citer ney, Cristobal Lander yang memegang watak Santiago ney datang membunuh mak Diabla dan Horacio (ayah Santiago) buat laporan polis mengatakan Diego yang bunuh Daniella. Kebetulan masa tu orang gaji Daniella ney nampak. Maciela bawak Diabla lari dari rumah tu bersama-sama video tape yang merakamkan aksi Horacio membunuh Daniella. Mak Santiago, Rebecca ney dengki dengan kekayaan Diego dan Daniella. Lepas Diego disumbat ke penjara, automatik Horacio merampas segala harta Diego termasuk la rumah yang diaorg duduk tu. 20 tahun berlalu, Diabla dah besar panjang. Bertemu la dengan Santiago yang hensem sangat-sangat tu dan diaorg jatuh cinta. Kakak Micaela, Otilia jahat sangat-sangat. Dia nak jual Diabla pada Carmelo tapi Micaela tak dapat buat apa-apa sebab dia kena strok dan tak dapat bercakap. Tengah-tengah diaorang syok bercinta Horacio dapat tahu. Dia dan Rebecca sering kali ketakutan tengok muka Diabla kerana wajah Diabla saling tak tumpah macam Daniella. Bekas girlfriend Santiago, Santa pula menagih cinta Santiago dan disokong Rebecca. Sekarang nampak sangat la Santiago tu memang cinta mati pada Diabla. Dan Diabla dapat bekerja di sebuah syarikat milik Ricadro. Tapi, lelaki tu jahat dia nak rogol Diabla...Pastu habis kat situ la citernya sebab sambung esok..Ha ha ha..Yg pastinya nanti Diabla mengandung dan ada awek baru pulak nak kat Santiago. Aduhh lemah betulla..Tak suka tak suka tak suka!!!

 
>>>Hensemnya dia!!!!!<<<

Cristobal Lander 

Cristobal Lander 

 

 

 
>>>Cristobal Lander dengan anak nya..Comelnya! Cris dah bercerai dengan wifey dia,  Gaby Espino tahun lepas..Oo baru lagi tu!!<<<

 
>>>Ney la heroinnya Alejandra Lazcano<<<

 

 

 
>>>Diaorg bercinta ke???<<<

Cerita kedua yang buat Shiraz terus melekat depan tv. Emperatriz. Cerita ney banyak sangat orang-orang mengacau kehidupan Emperatriz. Bernie Paz yang memegang watak Alejandro plak jatuh cinta pada Emperatriz tapi sayangnya Emperatriz ney bekas wanita simpanan biras dia, Armando. Emperatriz dulunya seorang wanita polos datang untuk menuntuk anak  perempuannya yang dijaga oleh Armando. Tapi sayangnya Armando bersama isterinya Alma Rosa mempunyai dua oranganak perempuan dan ia menyukarkan Emperatriz mengesan yang mana satu kah anaknya. Dan mcm-mcm la pergolakan yang berlaku. Nak cerita tapi panjang sangat..Hehe.. 

 
>>>Emperatriz<<<

 
>>>Alejandro Miranda<<<

 
>>>Justo De Real..Ayah Mertua Alejandro dan ayah kepada Alma Rosa<<<

 
>>>Esther, anak Emperatriz dan Armando<<<

 
>>>Elisa, adik Esther..Anak Armando dan Alma Rosa<<<

 
>>>Elena,  adik Esther..Anak Armando dan Alma Rosa<<<

Dan kesimpulannya, Cristobal dan Bernie memang hensem giler!


Aik, terkenangkan bekas tunang ke?

Assalamualaikum

Ney takde ribut takde hujan tiba-tiba upload gambar bekas tunang kenapa erk? Takkan terkenang kot.. Jangan macam tu wak, orang tu dah bahagia dengan wifey dia. Yang awak ney duk sibuk tayang-menayang bekasan tu buat apa.. Tak baik la gitu!

Itu la tyme nak putus ari tu tak fikir panjang-panjang. Orang baru nak naik nama kan mula la fikir takut saham jatuh..Nah, bila org tu dah selamat "aku terima nikahnya" awak plak duk sibuk2 upload gambar letak dalam facebook.. Buang-buang la awak..Buat malu kat orang jer..

Tak kisah la awak nk kata tak peduli orang nak kata apa tentang awak tapi ada hati orang lain yang terluka taw. Walaupun gambar si dia tak de dalam album tu sekali..

Bak kata abang Nara " tidaklah berapa manis di mata umum untuk mengupload kembali gambar-gambar sebegini. Lagi-lagi orang yang terlibat sudah pun berumah tangga dan sedang bahagia di samping isterinya. Mungkin Aisyah masih tidak dapat melupakan Ally, tetapi lebih molek sekiranya perasaan itu disimpan di dalam hati. Tak gitu?"




Bukan Macam Itu Caranya!


Assalamualaikum....

 Ney kejadian pagi tadi..Dekat kelas tabika...Waktu balik sekolah...Datang seorang mak budak. Shiraz dah perasan yang dia duk belek-belek beg anak dia. Biasa la kan, mak orang lain pun mungkin macam tu. Mak dia datang jumpa Shiraz nak check bekas pensil budak-budak lain..  Mana boleh dah waktu balik pun.Kalau nak kena datang pagi esok la..(dah habis berbudi bahasa Shiraz beri jawapan)
Dah naik angin plak makcik ney.Dia tengking anak dia sampai terkencing, nangis2 bdk tu. Bdk2 lain yg masih menanti mak bapak datang amek pun kecut perut. Pakat lari duk kat pintu sebelah lagi. Makcik ney tak puas hati dia amek satu-satu beg pelajar lain. Siap marah anak orang plak tanya siapa yang amek pensil case anak dia. .Ada plak mak lain yang marah main rampas beg anak diaorg. Kalau Shiraz pun marah jugak ikut suka hati dia je nak main rembat macam tu.. Kes tak puas hati tak jumpa dia tarik tangan anak dia lempar masuk kereta.Shiraz dan beberapa orang mak budak yang ada terkedu sekejap..
Shiraz taye balik budak2 lain ada amek tak bekas pensil Afifah.. Sorang pun tak mengangguk. Budak2 mana reti tipu kan..Betul la tu diaorang tak amek. Sebelum Shiraz balik tadi pun try gak intai-intai kut atas lantai ke, kat rak buku ke tapi tak de pun.. 


Mak mana tak marah kalau bekas pensil anak hilang. Bekas pensil skrg ney bukan macam dlu. Mahal bukan main lagi tapi jangan lah malukan dia depan kawan2 dia. Kalau iya pun nak marah, nk cubit anak pun biarlah kat rumah. Ney memalukan dia depan kawan2 dia. Dan terkencing-kencing dalam seluar. Lagi la dia malu. Sebagai mak, kita jangan la jatuhkan air muka dia. Walaupun dia budak kecik, tak tahu apa2 tp ada perasaan taw...Shiraz tak suka tengok orang yang marahkan anak dia tak kira tempat. Kut ya pun anak tu buat silap. Kita kena pandai tengok keadaan. Budak2 bukan tahu apa pun..Zaman kita kecik-kecik dlu mcm mana agaknya..Fikirkan, jangan suka hati nak marah anak kite depan orang ramai pastu nak tengking-tengking anak orang plak.


1st Contest by Cik13Februari


Assalamualaikum 

Kali ney Shiraz nak ajak korunk2 yang baik hati untuk join contest dari Cik13Februari. Dia ada buat contest ney...Bukan sebarangan contest yang dia buat.. Agak susah dan pening jugaklah untuk mencari jawapan..

Selain tu jugak, ada slogan yang perlu disertakan sekali...Alaaa, Shiraz lemah betul bab-bab slogan ney. Kira masuk ney cincai je la erk...
Hari ney 18 March 2012 so Shiraz agak soalan yang bakal Shiraz jawab yang bertarikh hari ney la kot. Kalau salah tolong bagitaw erk Cik13Februari. Tak nak merapu panjang-panjag, jom kita saksikan soklan cepumas yang bisa bikin eksaitedd ney!

Soklan-soklannya...
  •  Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
  •  
Jawapan: Penguin
  •  Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? 
Jawapan: Kuyup+ lencun +berjeruk = Basah la....
  •  
  • Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? 
Jawapan: Telur
  • Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Jawapan: Donut
  •  
  • Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?  

Jawapan: Buah Keranji- duk dalam perahu, pisang emas - dibawa belayar, buah cempedak - diluar pagar
  •  Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
  •  
Jawapan: Jatuh Pokok kelapa,naik dulu baru jatuh, jatuh perigi, jatuh dlu baru naik
  •  Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup?
  •   
Jawapan: Dah tu kalau tutup mata dia nak bedah macam mana. Tak nampak la jawabnya..
  •  Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
  •  
Jawapan: Populasi ayam makin banyak la...
  • Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
  •  
Jawapan: Sebab guru sejarah memikirkan masa lampau, manakala profesor memikirkan masa depan.
  • Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
  •  
Jawapan: Nampak pembohongnya sbb kura-kura mana boleh panjat
  • Apakah benda bertali
  •   yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama? 
Jawapan: Gasing
  •  Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
  •  
Jawapan:  Buang Tabiat
  • Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
  •  
Jawapan: Bahrian - bah tu banjir, rain tu hujan.

Slogan

>>Saya suka blog Cik13Februari kerana  blog yang kemas, ringan dan menawan. Selain itu, terdapat contest   yang disediakan di samping hadiah yang menarik. 

Segmen : Tambah Follower Sampai Pening


Assalamualaikum

Pagi-pagi dah blogwalking ney ape citer cik Shiraz oii? 

Tak de ape-ape citer pun...Kebetulan je Shiraz bangun sahur sementara nak tunggu azan Subuh sempat la blogwalking dlu..Dalam duk blogwalking terjumpa la blog Miss Yaya ney...

Miss Yaya kita ney buat Segmen:Tambah Follower Sampai Pening....Haish, jangan la sampai pening Cik Yaya susah la i nak pergi kerja nanti..Hihi..

Tujuan Shiraz join Segmen ney? Iya la dah nama segmen pun tambah followers so Shiraz berbesar hati la nk follow - mengfollow ney... Pada sape2 yang sudi untuk follow Shiraz tu dipersilakanlah...Insya Allah Shiraz pun akan buat perkara yang sama..

Okay la tu je la kot...Terima kasih Miss Yaya yang sudi menganjurkan segmen ney!

Ahaksz...Jom solat subuh!

Contest Blog Paling Ohsem By Norfaeiz Mars

Assalamualaikum 


Dah lama Shiraz tak masuk contest erk...Hihi..Kali ney Shiraz kembali nak mencuba nasib. Nak join contest blog ohsem dari Faeiz Mars...(Adik beradik dengan Bruno Mars kut..hihi jangan marah erk!)

Shiraz dah follow blog Faeiz, dah add facebook dan twitter, dan dah like page Faeiz...

Utk yang sponsor pun Shiraz dah add dan like page diaorg...

Shiraz nak tag saper erk????

 

  Tag 


Aaron Aziz Mengamuk, Bakal Mengambil Tindakan..

 


Assalamualaikum 

Aaron Aziz,pelakon popular tika ini naik berang apabila ada pihak yang menyamar menjadi pembantu peribadinya dan menjual iPad dengan harga murah untuk peminatnya.

Perkara tersebut diceritakan oleh isterinya, Diyana Halik apabila ada seorang wanita yang menghubunginya bertanyakan tentang iPad tersebut...

Macam-macam ragam manusia ney. Kesian Aaron Aziz dan isterinya tak pasal2 dijadikan mangsa. Macam-macam orang menipu erk. 

Kawan Shiraz yang berniaga dalam facebook pun ditipu oleh pelanggannya. Diaorang lampirkan resit palsu dekat member ney.Hidup-hidup ingat duit masuk, bila check account rupanya no account tu tak de. Sadis betul. Kesian member Shiraz tu...Sabar erk, Nad!

Buat Aaron Aziz dan isteri, bawa-bawa bersabar erk.Kalau perlu saman je orang tu..Haha (jadi batu api jap!)

Pelakon popular, Aaron Aziz berang apabila ada pihak yang menyamar sebagai pembantu peribadinya dan menjual iPad menerusi akaun Facebook yang menggunakan namanya.

Aaron dalam laporan Harian Metro berkata, dia tidak teragak-agak untuk menfailkan saman terhadap lelaki terbabit yang telah memperdayakan peminatserta menggelapkan wang mereka.
“Memang saya marah dengan perbuatan lelaki ini dan tidak akan teragak-agak membuat laporan polis,” ujarnya.
Menurut Aaron, dia mengesan perbuatan individu terbabit yang mendakwanya menjual 50 unit iPad pada harga murah khas untuk peminat dan mereka yang berminat dengan tawaran itu perlu meninggalkan nama dan nombor telefon dalam peti masuk pesanan selepas diberitahu isterinya, Diyana Halik, 27, kelmarin.
“Isteri saya memaklumkan ada seorang wanita menghubunginya pagi semalam (kelmarin) dan memberitahu menjadi mangsa penipuan lelaki yang menyamar sebagai pembantu peribadi saya dan menjual iPad di laman facebook,” katanya.
Aaron berkata, dia terkejut kerana tidak sangka ada individu menyamar sebagai pembantu peribadinya dan kononnya menjual iPad bagi pihak dirinya.
Sumber: MStar

Betul Atau Salah???

 

Assalamualaikum

Sape setuju dengan gambar dekat atas?
Shiraz tertarik dengan apa yang tersirat kat dalam gambar tu. Realitinya kan mmg begitu.
Shiraz tak salahkan para lelaki...
Gejala sosial yang makin memburuk di kalangan orang kita sekarang membuktikan yang kaum perempuan pun sama naik dengan lelaki..
Abah Shiraz selalu beritahu "lelaki ney ada agendanya sendiri. Perempuan yang ke hulu ke hilir yang dia usung tu belum tentu akan menjadi isterinya. Percaya atau tidak, perempuan yang baik-baik juga akan menjadi permaisuri di hati diaorg. Sebab tu janganlah murah sangat. Jual mahal tak pe daripada buat jualan murah.."
Ada benarnya apa yang abah cakapkan.. Ramai di kalangan kawan2 lelaki yang Shiraz kenal bercinta dengan orang lain kahwin dengan orang lain. Alasannya, emak diaorang tak suka sebab menggedik sangat..


Ada kenalan-kenalan Shiraz yang perempuan bercinta dengan orang jauh. Asal hujung bulan, asal cuti am mesti tidur rumah lelaki tu. Walaupun duduk sekeluarga tapikan tak manis tu. Asyik kita je yang ke rumah lelaki, yang lelaki tu bercinta dah masuk 5 tahun batang hidung tak nampak lagi. Alasan sibuk memanjang. Iyalah, mungkin! Akhir sekali putus. Dah muak agaknya..


Tika ney remaja-remaja perempuan suka sangat mengalah dan beralah. Boyfriend merajuk sikit, serah body. Asal boyfriend ugut sikit, serah body. Dan akibatnya buang bayi kat sana sini. Sedih sebenarnya bila tengok diaorang macam tu. Orang cina lagi kuat pegangan diaorg daripada kita. Cuba tanya kawan-kawan cina, macam mana diaorang menjaga hubungan dan tatasusila diaorang. Mana ada kita dengar berita kes buang bayi dari orang cina mahupun orang india?


Shiraz cukup hormat dengan ibu bapa yang pandai mendidik dan menjaga anak perempuan diaorang. Tak salah sekali-sekala bersosial tetapi ada batasnya. Shiraz bangga dengan kawan-kawan Shiraz walaupun diaorang lagi gorgeous, lagi cantik, bergaya, seksi dan bersosial tapi masih menjaga adab dan adat. 


Perempuan kena ingat (berpesan untuk diri sendiri jugak) bila dah kehilangan mahkota kita tu susah untuk lelaki mempercayainya. Even dia sanggup jadi pak sanggup sekalipun tapi bila sampai tahap kecurigaan melanda diri diaorang, susah untuk diaorang terima kita balik walaupun mende tu bukan dari keredhaan kita. Jahat-jahat lelaki sekalipun bila sampai masa untuk diaorang beristeri, yang pakai tudung, berbaju kurung dan cekap kerja rumah tangga juga yang dicari. Jadi, kesimpulannya Wahai Kaum Hawa , Janganlah Murah Sangat!