Ziarah Bersama Jemaah Wira Saujana

Assalamualaikum....
Pada 13 Februari 2012, Shiraz dan Keluarga serta jemaah2 Wira Saujana berkesempatan melawat beberapa tempat bersejerah di Mekah Al-Mukaramah. 
Para Jemaah mula berkumpul di lobi hotel jam 7 Pagi. Kami bertolak jam 7.30 pagi diiringi oleh Ustaz (lupa namanya)..Destinasi pertama kami ialah Gua Hira' .Tak lama pun kat Gua Thur ney..10 minit je masa yang Ustaz tu berikan...Kat Gua Hira' ney la bermulanya wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Melihat bukit2 yag berbatu tajam ney buat Shiraz terfikir sejenak macam mana la isteri Nabi Muhammad mendaki bukit2 ney untuk menghantar makanan kepada Nabi Muhammad sepanjang pertapaan Nabi Muhammad...

Seterusnya, kiteorg meneruskan destinasi ke Jabal Rahmah..Di sinilah tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Kiteorg sampai je kat sini dah diserbu oleh org2 yang jual barang, yg tawar perkhidmatan unta dan macam2 lagi. Shiraz tak daki bukit sampai atas pun...Sekadar berdoa kat bawah je..Sape2 yang nak berdoa cari jodoh tempat ney dikatakan mujarab doanya..

Lepas tu kiteorg just melawati masjid2 dengan bas je...Tempat terakhir kiteorg pergi ialah Ja'aranah..Sape2  yg nak Umrah boleh lah bermiqat kat sini. Ooo kat Ja'aranah kiteorg jumpa Anne Ngasri dan Irma Hasmie..

>>>Banyak mende yg Shiraz lupa nk tulis psl ziarah ney...Apa yang Shiraz ingat je yang dapat diceritakan kat sini...Maaf<<<