Tawaf dan Sa'i

Assalamualaikum....
















Malam kedua Shiraz berada di Kota Mekah...Alhamdulillah, dengan izin Allah Shiraz dapat menunaikan Umrah dengan selamat. Pertama kali memasuki Masjidil Haram..Perasaan sebak datang dengan tiba-tiba dan tatkala melihat Kaabah yang agung dan tersergam indah di tengah2 Masjidil Haram, airmata Shiraz hampir membasahi pipi.

Ketidakupayaan diri memaksa Shiraz menggunakan kerusi roda ketika melakukan 7 kali pusingan tawaf dan 7 kali Sa'i dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Waktu Shiraz mengadakan Tawaf dan Sa'i orang tidak lah ramai di saat itu. Keadaan di Masjidil Haram masih lengang pada hari itu. 3-4 hari lepas waktu ketibaan Shiraz di Mekah, orang ramai dah mula memenuhi Mekah.

Macam2 ragam yang Shiraz saksikan semasa selesai melakukan rukun tawaf dan sa'i ney..Sebahagian utk kalian yang bakal mengerjakan Umrah ney, Shiraz berpesan kalau la ada seseorang yang bertanya "mahu kucup Hajarul Aswad?" jangan sesekali menerima pelawaan tersebut.Sape yang tak nak kucup Hajarul Aswad tapi biarlah perkara itu datang dngn izin Allah sebab ramai yang tertipu dngn pelawaan ney. Selesai anda melakukan kucupan tersebut, bayaran akan dikenakan. Bukan sikit yang diminta tapi mencecah ratusan riyal. Berhati-hatilah...

Adapun yang mahu menggunakan kerusi roda biarlah yang menolak tu datang dari keluarga anda sendiri. Jangan membenarkan orang-orang Arab menolak.Belum cukup 7 pusingan dia dah beritahu siap 7 pusingan. Belum habis satu doa, dia dah selesai menolak kita. Bertengkar pun tak guna sbb diaorg ney ganas2.Hidup2 kalian terpaksa menanggung kesilapan yang tak disengajakan ini.

Kebanyakkan negara yang datang ke Mekah ney. Dan mcm2 perangai yang dapat dilihat..Kadang2 ia menganggu ketenangan dan kekhusyukan kita semasa mengerjakan Umrah dan Solat. Baik dari orang Arab sendiri mahupun orang Turki, India dan mcm2 lagi..Diaorg ney main tolak je kite. Kalau tyme sembahyang pun mcm tu jugak..Tengah2 kita duduk baca Quran, diaorg main pijak je kaki kita, tempat sempit pun diaorg main sumbat je, kadang2 tgh sujud pun kepala kita boleh dipijak. Ada plak yang tengah sembahyang betulkan tudung, main dengan anak2, bagi susu anak dan mcm2 la..Mende2 ney sebenarnya menganggu kita. Kita tgh khusyuk solat pun terganggu dengan aktiviti2 tak rasmi yang berada di hadapan kita.

Benda2 ney yang terjadi dekat Shiraz sebenarnya. Kaki dan kepala Shiraz dipijak..Kita jerit "adoii ke, Ouch ke, apa ke" diaorg buat tak tahu je..Tak de la "sorry miss, maaf miss"Sakit tanggung sendiri. Dan bila berada di Mekah, berada dalam keadaan bersesak di Masjidil Haram ney Shiraz kagum dengan jemaah dari Malaysia yang masih mempunyai nilai budi bahasa dalam diri masing2. Rasanya orang2 kita je yang berjalan sambil menunduk, ucap terima kasih, mahupun tumpang lalu..