Selamat Sampai Di Mekah.

Assalamualaikum....

Tanggal 9 Februari 2012, Shiraz dan keluarga selamat berangkat ke Mekah al-Mukarammah. Kami bertolak dari Malaysia jam 3 petang. Perjalanan dari Malaysia ke Jeddah memakan masa 8 Jam 20 minit. Beza waktu Mekah dngn Malaysia 5 jam..Kami tiba di Mekah jam 7.10 malam di Jeddah.

Semasa di airport Jeddah,Shiraz ngan family ada masalah bagasi. Bagasi kami hilang di airport Jeddah malahan Jemaah dari Wira Saujana juga tidak dapat dikesan.Selepas menunggu lama, kami dijumpai oleh mutawwif Wira Saujana, Ustaz Syed Lokman dan Ustaz Ahmad Syawarni. Pegawai Imgresen kat Jeddah ney ganas2 la..Passport kami diambil dngn riak wajah yang bengis dan garang. Muka Shiraz dah cuak tyme tgk diaorg belek2 passport kite tu..Dah la tak faham apa2 yang dia cakap.Kite plak terpaksa ikut..Buat pandai2 sendiri takut mende lain yang terjadi.

Hal pasport diserahkan pada Ustaz Lokman. Kami sekeluarga ikut Ustaz Ahmad ke kawasan parking bas. Sebaik bas sampai kami menuju ke Terminal Haji. Mengambil jemaah2 lain yang ke sana dan mencari bagasi yang masih tak jumpa. Namun, penantian kami kembali hampa sebab bagasi dah dihantar balik ke Terminal Jeddah. Cuma Abah je yang mengikut Ustaz Lokman, kami semua ikut Ustaz Ahmad ke Nada Hotel.

Sebaik sampai di hadapan Nada Hotel sekali lagi kami serahkan pada pasport pada Muassah kat sana. UstazSyed Nabil yang pegang sampai kami pulang ke tanah air. Nada Hotel ney terletak di belakang Meridien Hotel. Nak ke hotel ney terpaksa menaiki bukit curam yang agak tinggi. Naik semput jugaklah nak sampai ke lobi hotel. Waktu tu dah jam 1pagi. Ustaz Ahmad dan wakil Mutawwif perempuan, Puan Khadijah bagi pek makan malam buat semua jemaah.

Jam 1.15 abah kembali dari Terminal Jeddah dan bawa balik bagasi kami. Jam1.30 pagi, Mutawwif bawa jemaah ke Masjidil Haram. Kecuali Shiraz yang tak pergi sebab keuzuran.