Menuju ke Madinah Al-Munawarah

Assalamualaikum...
Pada 18 Februari 2012, Jemaah Wira Saujana bersiap2 nak ke Madinah Al- Munawarrah. Sebelum kiteorg menaiki bas, Shiraz dan keluarga telah melakukan Tawaf Wada'. Tawaf Selamat Tinggal yang diwajibkan kepada umat islam yang akan meninggalkan kota Mekah.Tak diwajibkan pada yang keuzuran mahupun  sakit. Cukup sekadar melambai ke arah Masjidil Haram.

Shiraz dan keluarga melaksanakan Tawaf Wada' jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi...Lamanya?? Lama sikit sebab orang penuh..Berasak2.. 

Kami bertolak dari Mekah jam 10 pagi dan perjalanan memakan masa 6 jam ditemani Ustaz Shuhaimi...Kesian Ustaz Shuhaimi sakit tekak..Cakap pun slow je..Shiraz pun layan je apa yang Ustaz cakap..Terkebil2 mata..hihi

Sepanjang perjalanan dari Mekah sampai ke Madinah, kiri dan kanan jalan hanya tanah kering dihiasi bukit bakau yang berbatu tajam..Shiraz cuba cari penempatan penduduk kat situ tapi tak jumpa.. Yang ada stesen2 minyak dan masjid. Setiap stesen minyak ada kedai kopi..Sape2 nak minum kopi boleh la beli..

Dan sepanjang perjalanan tu jugak, Shiraz tgk Unta dan monyet. Kadang2 terfikir hebatnya kuasa Allah swt kat tanah kering kontang tu binatang2 ney masih boleh meneruskan hidup. Nak cari rumput jauhla sekali. Sungai pun tak de.. Shiraz pun boleh terfikir hebatnya Rasulullah s.a.w dan sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq serta pengikutnya berhijrah dari Mekah ke Madinah hanya menunggang unta dan berjalan kaki. Menaiki dan menuruni bukit2 yang curam..Zaman dahulu mana ada jalan tar..Betul tak? Kadang2 terfikir hebatnya Nabi Muhammad, Abu Bakar serta pengikutnya meneruskan perhijrahan tu..

Kalau kita baca dalam buku kita tak dapat nak bayangkan bagaimana struktur jalan tu sebenarnya. Dulu pun Shiraz tak boleh nak fikirkannya. Jadi, bila Shiraz tengok sendiri struktur muka bumi di Madinah tu Shiraz kagum dengan kuasa-Nya. Allahu Alam...

Sebelum Ke Masjidil Haram




Alya kepenatan selepas melaksanakan Tawaf Wada'

Dalam bas menuju ke Kota Madinah Al Munawarah.






Tiba di Hotel Al Anwar MovenPick...

Pekerja hotel ney sediakan jus buat tetamu yang baru sampai..


Alya bersama Aishah, Dyja dan Syafua


Jubah ney bapak mahal...Terkedu kejap tgk harganya...


Alya bersama Azim, Atikah dan Anis


Ney tak de arah tujuan la ney...