Masjid Nabawi

Assalamualaikum...
Kali ney Shiraz nk cerita pasal keindahan Masjid Nabawi. Masjid Nabawi ney antara masjid yang terawal dibina oleh Rasulullah s.a.w. Masjid Nabawi ney unik sangat pembinaannya. Klu di tengah panas, payung2 akan dibuka. Nampak tak tiang2 di dalam gambar di bawah ney..Setiap tiang tu dilengkapi kipas dan payung. Dan kala malam plak payung2 tu akan ditutup.

Lupa Shiraz nak beritahu, Kalau di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ney cuaca panas terik sekalipun marmar tempat solat sejuk sangat. Cuma mata kita je la terkebil2 menahan terikan matahari.

Tak banyak yang Shiraz nak update...Layan je la beberapa keping gambar suasana di Masjid Nabawi..Sorry, gambar kotor sket...










Ziarah Kota Madinah bersama Jemaah Wira Saujana

Assalamualaikum.....
Hari Ahad bertarikh 19 Februari 2012, Shiraz dan jemaah Wira Saujana berkesempatan melawat Kota Madinah Al-Munawarrah yang cantik dan indah ney... Ke mana agaknya kiteorg pergi erk? Banyak tempat yang Ustaz Shuhaimi pergi tapi Shiraz dah lupa nama2 tempat ney...Dah naik confius bila tengok gambar2 ney...Ada yg Shiraz ingat dan ada yang Shiraz lupa..Shiraz nak kena rujuk buku yang diberikan oleh Wira Saujana tu..Hehe..

Yg Shiraz ingat Shiraz letakkan caption kat bawahnya erk...

>>>Masjid Qiblatain...Masjid ney terkenali dengan masjid 2 kiblat.<<<


>>>Ney di pasar Kurma<<<


>>>Ladang Kurma terbesar di Madinah<<<


>>>Jabal Uhud dan Bukit Memanah..Di sinilah berlakunya Perang Uhud<<<




>>>Shiraz lupa la nama Masjid ney..Sorry..Tapi, satu yang Shiraz ingat ketika berlakunya Perang Khandaq, Nabi Muhammad s.a.w pernah berdiri di atas batu di Masjid ney dan berdoa kepada Allah swt diminta petunjuk...<<<







 >>>Kat sinilah Rasulullah dan para sahabtnya menggali parit ketika Perang Khandaq<<<
Jalan yang berbatu di bawah ini

>>>Antara masjid2 kecil yang terdapat di Masjid Tujuh<<<



 

Menuju ke Madinah Al-Munawarah

Assalamualaikum...
Pada 18 Februari 2012, Jemaah Wira Saujana bersiap2 nak ke Madinah Al- Munawarrah. Sebelum kiteorg menaiki bas, Shiraz dan keluarga telah melakukan Tawaf Wada'. Tawaf Selamat Tinggal yang diwajibkan kepada umat islam yang akan meninggalkan kota Mekah.Tak diwajibkan pada yang keuzuran mahupun  sakit. Cukup sekadar melambai ke arah Masjidil Haram.

Shiraz dan keluarga melaksanakan Tawaf Wada' jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi...Lamanya?? Lama sikit sebab orang penuh..Berasak2.. 

Kami bertolak dari Mekah jam 10 pagi dan perjalanan memakan masa 6 jam ditemani Ustaz Shuhaimi...Kesian Ustaz Shuhaimi sakit tekak..Cakap pun slow je..Shiraz pun layan je apa yang Ustaz cakap..Terkebil2 mata..hihi

Sepanjang perjalanan dari Mekah sampai ke Madinah, kiri dan kanan jalan hanya tanah kering dihiasi bukit bakau yang berbatu tajam..Shiraz cuba cari penempatan penduduk kat situ tapi tak jumpa.. Yang ada stesen2 minyak dan masjid. Setiap stesen minyak ada kedai kopi..Sape2 nak minum kopi boleh la beli..

Dan sepanjang perjalanan tu jugak, Shiraz tgk Unta dan monyet. Kadang2 terfikir hebatnya kuasa Allah swt kat tanah kering kontang tu binatang2 ney masih boleh meneruskan hidup. Nak cari rumput jauhla sekali. Sungai pun tak de.. Shiraz pun boleh terfikir hebatnya Rasulullah s.a.w dan sahabatnya, Abu Bakar As-Siddiq serta pengikutnya berhijrah dari Mekah ke Madinah hanya menunggang unta dan berjalan kaki. Menaiki dan menuruni bukit2 yang curam..Zaman dahulu mana ada jalan tar..Betul tak? Kadang2 terfikir hebatnya Nabi Muhammad, Abu Bakar serta pengikutnya meneruskan perhijrahan tu..

Kalau kita baca dalam buku kita tak dapat nak bayangkan bagaimana struktur jalan tu sebenarnya. Dulu pun Shiraz tak boleh nak fikirkannya. Jadi, bila Shiraz tengok sendiri struktur muka bumi di Madinah tu Shiraz kagum dengan kuasa-Nya. Allahu Alam...

Sebelum Ke Masjidil Haram




Alya kepenatan selepas melaksanakan Tawaf Wada'

Dalam bas menuju ke Kota Madinah Al Munawarah.






Tiba di Hotel Al Anwar MovenPick...

Pekerja hotel ney sediakan jus buat tetamu yang baru sampai..


Alya bersama Aishah, Dyja dan Syafua


Jubah ney bapak mahal...Terkedu kejap tgk harganya...


Alya bersama Azim, Atikah dan Anis


Ney tak de arah tujuan la ney...