Ya Allah, Kau Tabahkanlah Hati Ku.

Pejam celik pejam celik dah 7 haribulan....Setiap saat dan hari yang Shiraz tempuh sekarang ney makin mendebarkan..Memikirkan persediaan diri  dan persediaan mental dan fizikal. Shiraz cuba untuk mempertahankan diri. Syukur ada sahabat yang setia menjadi pendorong dari belakang.

Bukan mudah untuk kita menghadapi suasana di sana kan...Dalam keadaan panas, dalam keadaan sejuk,berhimpit dengan orang ramai itu semua  memerlukan kesabaran. Sabarkah Shiraz dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut. Sedangkan Shiraz ke pasar malam sekalipun asik nak membebel terlanggar orang ney, terhimpit org ney. Shiraz mmg tak betah dengan keadaan tu. 

Shiraz cuma memohon kepada Dia yang satu semoga mencekalkan dan memberi ketabahan kepada Shiraz. Semoga Shiraz dapat menempuh setiap keadaan di sana dari hari pertama sampai dan hingga pulang ke Tanah Air. Semoga Dia membuka pintu hati Shiraz untuk menjadi insan yang diredhai di sisi-Nya...Amin..