Semoga Rita Rudaini Tabah...


Shiraz kasihan dan  simpati dengan nasib yang menyebelahi Rita Rudaini. Sudahlah dia dihentam oleh Zaquan sekarang Aidil plak yang buat perangai. Shiraz tak faham dengan Aidil sebenarnya. Kalau betul Aidil cinta dan sayangkan Rita seharusnya dia bersama Rita di saat ini. Menempuh setiap cabaran dan dugaan bersama. Kenapa masa kahwin lari Aidil boleh menempuh dugaan tersebut. Kenapa sekarang Aidil membiarkan Rita sorang diri survive dalam menghadapi liku-liku berumah tangga tu...

Sungguh...Shiraz tak faham dan langsung tak faham dengan sikap Aidil sama ada dia tu anak mak bapak ke, atau seorang lelaki. Ada yang kata tak baik ingkar kata orang tua..Kenapa masa Aidil mahu nikahkan Rita boleh jer dia ingkar? Kenapa sekarang tidak? Sekurang-kurangnya,Aidil mintalah orang tua dia bagi peluang pada Rita. Bukannya biarkan Rita dalam keadaan begitu.

Shiraz ingatkan bila Aidil dah kembali pada Rita hubungan mereka akan bertambah baik tapi sebaliknya berlaku. Zaquan dan Ayu Raudhah tak sepatutnya masuk campur. Nak2 Ayu Raudhah..Untunglah kamu wahai Ayu Raudhah sebab menjadi menantu kesayangan mak mertua berbeza dengan Rita.

Di saat Rita menghadapi fitnah dan kecaman, Aidil  keluar dari rumahnya bersama-sama Zaquan dan Ayu Raudhah. Shiraz tak tahu mcm mana Rita menghadapi saat itu. Dia pulang ke Kangar dngn keizinan si suami dan bila pulang ke rumahnya dikhabarkan Aidil sudah pun keluar dan mengangkut kesemua barang-barangnya sampai tiada apa2...Sedih dan seksanya jiwa kalau Shiraz yang berada di tempat Rita.

Kata Rita:
Saya tidak faham kenapa mereka tidak sudah-sudah mahu mencari pasal dengan saya. Rumah tangga kami sudah aman dan bahagia selama lapan bulan sejak saya memberi peluang kepada Aidil selepas apa yang berlaku dulu. Tapi, belum sempat menarik nafas lega, timbul pula musibah lain apabila Zaquan dan Ayu mencari pasal hingga kami bergaduh menerusi Twitter. Saya pelik kenapa Zaquan naik hantu apabila saya cakap ‘tak kisah mak mentua sayang atau tidak’, itu perbualan saya dengan peminat. Saya tidak menyentuh sesiapa pun, jauh sekali mahu memburukkan mentua. Tapi, Zaquan tiba-tiba menyampuk dalam Twitternya ‘memang tak kisah mak mentua tak sayang sebab rumah mak mentua pun tidak pernah balik. Jangan cari pasal la… Makin lama makin melampau’.
Sampai tahap itu Zaquan dan Ayu mahu melihat kemusnahan rumah tangga saya. Mereka tidak fikir, Aidil meninggalkan anak-anak yang masih kecil? Sanggup mereka nak memutuskan kasih sayang bapa dan anak-anak. Mereka tidak seharusnya campur tangan, Aidil sudah cukup matang dan boleh berfikir baik buru tindakannya. Saya kesal, perbuatan Zaquan dan Ayu menjadi batu api dalam menghuru-harakan rumah tangga saya. 
Boleh tak bayangkan bagaimana perasaan Rita Rudaini di saat itu?????

Buat Rita Rudaini, Shiraz doakan semoga kak Rita sabar dan tabah dalam menghadapi apa jua cabaran dan dugaan yang akan melanda kak Rita. Tempuhlah hidup dengan tenang....

Dan buat Aidil,kalau kata pengakhiran yang kamu inginkan cubalah kenang kembali saat2 manis ketika kamu bersama Rita dan Anak2..Kasihanilah Rita sepertimana kamu kasihan kan keluargamu...

Shiraz nak nangis bila baca ayat di bawah. Tabah sungguh hati seorang wanita yang bernama Rita Rudaini ini.

Jujurnya, saya sudah letih, saya tidak kisah lagi apa yang berlaku selepas ini. Syukur jika jodoh antara saya dan Aidil masih panjang, jika berlaku sebaliknya, saya pasrah. Saya hanya ingin membesarkan anak-anak dengan didikan sempurna. Biarlah saya susah asalkan anak-anak bahagia.