Salute dengan kenyataan Tasha Shilla.

Hmmm...Sape kenal Tasha Shilla angkat kening smua...
Tasha Shilla yang cantik jelita tu...
Tak kenal jugak?
Carik la kat google..
Kecoh sekejap pasal artis ney yang dikatakan menari ghairah ketika birthday parti yang ke 25 beliau...Wartawan kan banyak yang memutar belitkan fakta mahupun tajuk bagi bikin panas industri seni ney.
Dalam orang duk sibuk mengata pasal dia, Tasha mengeluarkan statement di facebooknya.
Shiraz kagum dengan Tasha sebab dia akui yang dia ke kelab malam tapi menari secara ghairah tu satu pembohongan dia kata. Iyalah, kalau betul Tasha menari mcm tu takkannya dia berani plak dengan keluarkan statement. Nk mengaku ke Kelab Malam pun payah. Kan Tasha...

Shiraz bukanlah kategori peminat setia Tasha Shilla, tapi Shiraz kagum dengan sikap terus-terang yang ada pada diri dia. Dia tak cepat melatah. Dia tak marah-marah. Dan dia tak maki hamun wartawan pun dalam facebook dia. Dia cuma kata yang dia akui ke kelab malam tapi tak menari seghairah yang digembar-gemburkan. Nampak tak, kejujuran pada Tasha Shilla.

Semoga Tasha Shilla tabah dan sabar dalam menempuhi liku-liku sebagai anak seni...