Kisah Cirit-Birit



Kali ke sembilan Shiraz membuang segala yang terkandung dalam perut ney.Dah tak larat rasanya...Dari pukul 3.30 pagi menahan perut yang memulas2 diminta untuk disingkirkan bahan2 yg tak sepatutnya ney..Ingatkan cukup 3 kali round dah berhenti rupanya makin teruk. Dah 9 kali cirit-birit ney...Sungguh tak tahan...dah 2 kali tukar seluar. Bila batuk je rasa mcm melendir...Euwww..(niat bukan nk korunk termuntah,hakikat yg perlu Shiraz jelaskan kat sini)

Pukul 5 Shiraz makan ubat tahan sakit tapi makin teruk. Dah habis  botol air masak tapi keadaan tetap sama. Kepala minta dicari bantal untuk merehatkan mata yg letih ney. Baru je nak lelap menyerang balik...Berlari ke bilik air. Bilik air tu pun dah bosan asik2 muka budak ney je masuk.. Adik yang bongsu pun heran apalah kakak dia buat dalam bilik air tu..Agaknya dia terkjut dengan bunyi pintu bukak tutup..

Selepas keluar dari bilik air utk kali ke-9..

Mama: Semalam makan apa kat tadika?

Aku: (Dengan memicit2 perut)..Beli makanan kat kedai Pok Mat Lenggang  opps terpromote jap dengan roti paung Puan Miskiah...

Mama: Dh balik dari tadika makan apa kat umah?

Aku: Tak makan...Balik mandi pastu pergi Kerteh makan Burger McD seketul...Mama xkidok ke ubat tahan sakit?

Mama: Mana ada...Mama buang belake doh arti tu...

Aku: Sakit perut ney...

Mama: Sapu la minyak tu...

Aku: Huh..

>>Minyak dah habis sebotol Shiraz lumur semalaman....<<

Di saat entry ney ditulis pun Shiraz still skt perut...Maaf ya, gue perlu ke tandas kecil kembali.