Hari Ahad Yang Mencabar!

Baru hari ney Shiraz berkesempatan nak cerita pasal pelajar baru kat tadika tu..

Hihi sungguh Shiraz terlupa setelah 3 hari persekolahan minggu lepas. Minggu lepas citernya tidak menarik
untuk diceritakan. Shiraz nak cerita kisah hari ini yang agak mencabar. Ada beberapa org budak yang boleh
Shiraz handle dengan hati yang penuh riang dan gumbira. Ney bukan budak last year yang dah 'Terlebih Biasa'dengan Shiraz.

Ney kisah budak2 baru  yang masih dalam keadaan tersipu malu tapi mengada-ngada yang amat....Hua hua hua..Sedih sangat ;(

 Al-kisahnya... Dua beradik perempuan. Si kakak berumur 6 tahun dan si adik berumur 5 tahun dengan sepupu yang jugak berusia 5 tahun.  Yang si adik dan si sepupu ney gumbira melangkah ke kelas dan Shiraz pun teramat lah gumbira melihat gelagat budak kenit ney. Nah, sebaik je si ayah memberi pesan kepada si kakak.

Ayah: Kakak, ayoh nok gi kejo dulu deh, Kakak tok sey la nangis2. Malu ke saing-saing..

Reaksi si Kakak...Muncungnya boleh diikat-ikat. 

Ayah: Kekgi balik sekoloh ayoh beli cekedis deh...

Reaksi si kakak...Menitis airmata...

Sebaik je si ayah ney pergi dia punya la meraung-raung. Yang si adik ney relaks je dlu. Cool orang kata. Tiba-tiba dia tendang si pintu yang tak bersalah tu.. Apalagi si adik pun ikut la meraung bercampur-campur plak dengan si sepupu. Dah elok2 ada budak lain yang tak menangis bertambah - tambah plak dengan 3-4 orang budak lelaki yang nak join venture skali.. Dah buat konsert plak dalam kelas. Budak-budak lain yang baru sampai...Yang tak tahu apa cerita ney pun apalagi dalam usaha penuhkan kelab meraung la jawabnya.....Geramnya...Sabar je dlu...

Tak pe awal pagi lagi ney... Tyme rehat pkl 10.Dengan lemah-gemalai pergi panggil si kakak.

Teacher Da: Athirah, jom makan.



Athirah a.k.a Kakak: Tok sey...

Teacher Da: Meh la makan. Kekgi lapo kan..

Athirah: ore kata tok sey, tok sey la..

>>>Menjawab<<<

Teacher Da: Dah ikut la tok sey makan pun. Meh adik.

Si adik bangun dari kerusi dengan sepupu. 

Athirah: Adik dok leh g..Kekgi kakak nangis.

Teacher Da: Adik nak makan biarlah. Awok tu tak nak makan duk diam kat situ.

Tak pasal-pasal dia pergi gigit lengan adik dia. Memang kes nak kena penampar la. Dah si adik tu elok2 dia  pergi buat perangai. Start meraung sampai balik. Tak kira si adik Shiraz bawa pergi dapur. Sakit hati betul dengan perangai si kakak.

Bila si ayah datang ambil dia kata apa "Cikgu lempang dia. Cikgu jahat. Tok sey sekolah sini." Kita pun beritahu la yang si kakak ney gigit lengan si adik. Dia jawab apa "Adik tok sey dengo dia kecek.." Menjawab bukan main lagi budak ney.  Sabar je lah...

Nak tahu????

Tok sey : Tak nak

saing-saing : kawan-kawan

cekedis:  Mamee and the gang..

kecek: cakap