Bercinta Bukan Medan Menjadi Hamba Cinta

Assalamualaikum...

Woot-woot jam 3.15 pagi berbicara tentang cinta?
Na na na na....

X mo merepek mukadimah panjang2, meh kite kongsikan sama2 kisah cinta ney?

Betul ke cinta tu menjadikan diri seseorang menjadi insan yang lain?
Betul ke cinta tu menjadikan seseorang tu menjadikan dirinya hamba pada cinta?
Dan betul ke cinta tu menjadikan seseorang tu tidak waras dan derita?

Shiraz sedih sebenarnya bila baca wall post fb ada yang menangis2, ada yang merapu2 disebabkan masalah cinta. Shiraz bukanlah seseorang yang berpengalaman tentang cinta. Tapi, rasanya dikelilingi kawan-kawan yang berumah tangga ney sedikit sebanyak menjadikan Shiraz matang bila memikirkan tentang cinta. Kisah berumah tangga rasanya lagi menyeksakan berbanding bercinta di zaman remaja ney.

Bila sedang bercinta, ramai yang menukarkan diri menjadi orang lain. Sekurang-kurangnya biarlah sempurna di hadapan si dia. Tapi, ramai yang tidak sedar. Bila kita menjadikan diri kita sebagai orang lain itulah yang menyukarkan aktiviti seharian kita. Bila bersama si dia, kita berbohong aktiviti yang kita lakukan sehari-hari itu.

Contoh:
Sepasang kekasih..Seorang di rumah, seorang lagi di pejabat.
Lelaki: Sayang tengah buat apa tu?
Perempuan: Tengah lipat pakaian..
>>Hakikatnya: Baring di atas katil sambil layan facebook<<
Lelaki: Rajinnya sayang...Macam ni lah bakal isteri abang...
         Perempuan: Abang tengah buat apa?
         Lelaki: Baru boleh rehat sayang..Dari tadi bos abang suruh buat ney, suruh buat tu...
         >>Hakikatnya: Si lelaki tu langsung tak buat apa2<< 
Betul tak dngn apa yang Shiraz katakan? Boleh dikatakan semua mcm tu kan..Sebab nak jadikan diri sempurna pada pandangan mata si dia.
Sejujurnya, cinta tu tak memerlukan seseorang menjadikan dirinya orang lain. Sedaya-upayalah jadikan diri tu diri yang sebenar. Jujur pada si dia. Tak guna masing-masing nak menipu diri utk menampakan diri itu baik di hadapan diri masing2..

Ramai yang menjadikan cinta itu sebagai hamba.Sanggup menuruti segalanya demi perhubungan. Ini yang bahaya sebenarnya. Semasa bercinta masing-masing berjanji call setengah jam, mesej selalu, masing2 nak kongkong pasangan, kalau pergi jalan2 x mo tengok orang lain..dan sanggup mcm2la. Itu bukan bercinta namanya? Itu memaksa diri..Nak semua orang tahu yang kita ada pasangan. Cinta tu tak kejam bak kata Izzah..Betul..Cinta tu bukannya kejam. Nak paksa orang ney, nak paksa orang tu...Cinta tu indah kalau kita pandai menghargainya. Kalau kita pandai mengawalnya. Dan kata kita pandai menjaganya. Cinta tu tak memaksa kita untuk menjadi hamba cinta.
Cinta itu kadangkala mainan perasaan untuk menjalinkan cinta. Carilah sebab dan alasan untuk kita menjalinkan sesuatu percintaan itu
Dan cinta itu menjadikan diri tidak waras dan derita. Cinta ney sebenarnya tak complicated pun...Kita yang menjadikan cinta tu susah. Kenapa nak fikir bunuh diri sebab cinta? Kenapa nak fikir dah tak nak hidup sebab cinta? Kenapa nak fikir kita keseorangan bila tiada cinta? Mula lah fikir "i dah tak de sesiapa selain daripada you" Nampak sangat menipu! Jodoh tu di tangan tuhan. Kalau lah kita bunuh diri sebab kehilangan cinta ruginya hidup kita kan. Manalah tahu yang depan mata tu bukan jodoh kita tapi sebaliknya Allah dah berikan insan lain yang sempurna untuk kita. Kita terjun tingkat 40 sekalipun belum tentu lelaki tu nak hargai kita.

Bila bab cinta kita kena fikirkan baik2. Shiraz amek kata seorang kawan. Nama dia, Shasha..

Shasha ney dia dah berkenan dengan husband dia sejak kecik. Dasyat kan? Btl...Beza umur dia dngn hubby dia 8 tahun.. So, masa dia sekolah rendah suka sangat intai hubby dia..Tpkan, dia budak2..Hubby dia dah sekolah menengah. Mmg tak layan dia sbb budak kecik. Bila dah masuk sekolah menengah, dia bercinta dngn lelaki a, b, c, d, e, f, g, h, i...Tapi, satu pun tak menjadi dengan dia. Dia tak jumpa cari istilah 4K yang mama dia pesan. Mama dia kata kalau nak cari lelaki carilah yang ada 4K. Bila umur dia 17 tahun dia baru berani nak berbual mesra dngn hubby dia. Tyme tu hubby dia pun blum ada sesiapa. Dan satu keistimewaan hubby dia ialah JUJUR. Jujurnya husband dia beritahu yang dia ada kisah hitam dalam diri dia, yang dia tu kuat merokok, kuat clubbing, kaki perempuan..Kalau kita ada tak pakwe2 kita nak beritahu mcm tu? Tak de kan? Masa umur dia 18, sebelum pergi Khidmat Negara dia yang propose hubby dia. Pakai sms je..Dia tanya hubby dia nak tak kahwin dngn dia? Nak jawapan dalam masa 24 jam..Kalau tak de jawapan tu dia redha la..Seminggu kat Khidmat Negara lelaki tu tak balas pun msg. So, dia agak yang hubby dia tak nak la dkt dia..Tapikan, mungkin itu kot yang dikatakan KESETIAAN, hubby dia datang kat PLKN dan melamar dngn sebetulnya. Dan sampai skunk, umur dah 25 Shasha ada 6 orang anak...Hehe mmg dia cukup aktif..Ye la untung Shasha ada anak ramai dalam usia yang muda. 
Shasha kata sepanjang dia berkahwin dngn hubby dia, dia selalu amalkan istilah 4K yang mama dia pesan..Kejujuran, Kepercayaan, Kesetiaan, dan Kasih Sayang. Shasha bukan jenis orang yang suka memaksa husband dia utk report 24 jam aktiviti kerja dia. Husband Shasha kerja jauh..Selalu oversea. Kalau husband dia tak call ke, tak mesej ke dia faham yang husband dia tgh sibuk kerja. Dia percayakan suami dia. Dan dia selalu jujur dngn husband dia...Kalau bab masak-memasak, bab kerja rumah tu bukan kemahiran dia. Mujur husband dia bagi dia peluang untuk belajar masak, kerja rumah.Kalau masakan dia masin sekalipun awal2 lagi dia mesej beritahu husband dia..Shasha dan Shahrill..Diaorg mmg selalu pamerkan kasih sayang diaorg. Bukan menunjuk2 tp Shiraz suka tgk cara diaorang bermesra. Macam kawan..Husband dia selalu treat dia mcm budak kecik.Shahrill bukan jenis lelaki yang romanti tapi cara layanan dia pada Shasha tu buat Shiraz ngan kawan2 yang lain respect sngt. Dan sebetulnya diaorg tu setia. Walaupun Shahrill jarang ada di rumah, tinggal Shasha belajar seorang2, survive anak pertama sorang2 tp dia setia. Baik Shahrill mahupun Shasha, diaorg bukan lah jenis yang nak melayan org lain. Masa umur Shasha 18,19, 20,21..Shasha stay Terengganu..Dia study kat sini..Husband dia kejap fly sana, kejap fly sini..4 tahun Shasha ulang-alik dari Terengganu ke Shah Alam..Belajar dan jadi suri rumah...Mengusung bayi dalam kandungan... Diaorg survive hidup diaorg dengan 4K je...Bagus kan...Shasha muda remaja lagi tyme tu..Shasha pernah bgtaw 4 tahun tu macam2 lelaki yang datang kat dia. Dia pregnant ke, dia tak pregnant ke ada je...Dan ada plak yang snggp jadi PAK SANGGUP.
Dan istilah 4K tu Shasha bg kat kawan2 yang lain. Bahagia Shiraz tgk kawan2 yang lain...Tahniah..

Yang Shiraz nak beritahu. Cinta tu amat mudah. Jangan kita rumitkannya. Jadikan amalan 4K dalam hidup kita..Rasanya bukan mama Shasha je yang akan pesan mcm tu semua ibu2 pun mahukan anak diaorang dapat jodoh yang baik. So, no wonder lah kalau mak mertua sayang dkt Shasha walaupun masak merapu..Kan Shasha?



CINTA hanyalah satu dilusi.betul!cinta itu tidak wujud sesama manusia.yang ada hanyalah nafsu untuk memiliki.dan kemudian bila sudah jemu kamu akan rasa seperti hendak mampus!.
CINTA itu hanya satu perkara yang membebankan kepala otak kamu bila sahaja kamu berada di dalamnya.
mana ada perkara yang bagus?kalau setakat dapat buat perkara bersama, contohnya makan, nonton wayang dan pegang-pegang..aku rasa tidak bagus mana pun. sebaliknya rasa sedih, pedih, sebal, bengan g dan bangang kerana CINTA itu lebih teruk dan buruk.
dan CINTA juga adalah satu langkah kepada dosa kerana kamu MENIPU!sebab tidak ada cinta sejati sesama manusia. walaupun kamu sanggup berenang dilautan api kerana cinta. itu semua dilusi cinta bertemakan janji palsu. aku beri contoh, diri aku yang sedang menipu.seperti berpura-pura menjadikan dilusi cinta orang yang mencitai aku seperti benar. manada!
tapi…aku TIDAK cakap kasih sayang itu dilusi.kasih sayang itu wujud dan lebih benar dari CINTA palsu kamu dan juga bagus untuk kesihatan!