Tahniah OsBon, Juara MLM



Tahniah buat pelawak otai kite, Osbon yang telah menjuarai Maharaja Lawak Mega 2011. Ada kaget di wajah Os. Ternyata dia tidak percaya dengan khabar gembira itu. Al-maklumlah, Os dan Abon orang lama dalam dunia seni dan wajah2 mereka sekadar sampingan penyeri cerita. Dan kejayaan malam ini membuktikan Os dan Abon masih lagi berbisa.

Boboi tidak kurang hebatnya namun mungkin rezeki tidak memilih Boboi. Kejayaan Boboi membawa jenama itu ke pasaran patut dibanggakan juga. Samaada Afdlin mahupun Harun Salim Bachik kedua2nya cukup hebat.

Saehu...Di  awal pertandingan Saehu agak tergelam. Tiada ketawa buat kita tapi pusingan kedua membuktikan Saehu masih lagi berusaha untuk membuat orang ketawa.

Syok....Alahai mmg tiada apa dari Syok....

Jangkaan Shiraz ingin Boboi juara meleset tapi Shiraz happy sbb Saehu di tangga ke tiga...Hahaha...

Malam ni, rata2 peserta mengusik abg 'Hariz' kita...Yeah, si macho membuatkan org semua tersenyum...Lihat saja gelagat Ac Mizal menyebut "Ombak Rindu, Aaron Aziz"..

Nahh kemunculan JoZan mmg dinantikan. Diaorg memang superb...Sakit perut tngok Johan dan Zizan punya lawak.....

Rasanya, kite semua pasti akan merindui gelak tawa ketika menonton Maharaja Lawak Mega...

>>>>>Happy new year, kawan2 blogger<<<<<