Shiraz respect diaorang!

Abaikan pada tajuk yang mengada-ngada tu...

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi2 ney tak de apa nak buat erk. Nak sambung tido tapi terbantut dengan diiringi hujan tengah lebat mencurah bumi. Terus amek laptop dan baca2 blog orang. Baru 2-3 patah perkataan elok plak menguap. Tengah baring2 rasa mcm nak cerita  something la plak. Huhu. Nak cerita psl apa...Hmm....Shiraz pun tak tahu nak cerita pasal apa. Cuma, tadi Shiraz tengah baca blog dari Mr Doctor yang memuja sang gadis bernama Lisa dan termasuk la si gadis bermata bulat, Lyssa Faizureen..


Shiraz mulakan dengan Irine Nadia ney erk...Shiraz tak tahu siapa pun Irine ney smpi la member Shiraz yang ceritakan. So, Shiraz pun start la membaca blog dia beberapa bulan yang lalu. Satu mende yang Shiraz suka pasal dia adalah blogshopnya. Tapi, mahal sngt la...Org kata harga standard...betullah, tapi dengan gaji yang cukup2 makan ney apalah sangat. Shiraz rasa Irine ney seorang yang sngt lemah -lembut. Dia rapat dengan family dia. Dah la cantik plak tu...

Si gadis bergigi arnab berasal dari Langkawi ney plak secara tak sengaja Shiraz jalan2 kat blog dia. Shiraz baca dari first dia mulakan karier sebagai blogger ney. Shiraz suka baca ayat2 dalam blog Yuyu tu. Chumeii sngt. Dan satu mende yang Shiraz suka baca blog Yuyu ialah tak habis2 dia kasihan kan perut dia yang chumeii tu..Hihi..Kelakar erk. 

Lyssa ney plak sebab Shiraz godek2 mencari tutorial so terjumpa la blog yang berwarna pink ney. Dah start dari situ Shiraz selalu jugak baca blog dia ney.  Tak banyak cerita pasal diri dia selalunya blog Lyssa ney rajin meng-update isu semasa. Rajin erk dia ney.. Shiraz suka tengok muka dia yang chumeii ney. Satu mende yang Shiraz suka pasal blog Lyssa ney tutorial dia senang nak diikut. 

Ney lagi sorg gadis chumeii berusia 15 tahun. Percaya tak umur dia 15 kalau tengok gmbr kat atas ney. Shiraz pun mcm x percaya umur dia 15. Satu yang Shiraz suka pasal blog D'ya ialah easy dan simple. Shiraz terfikir kan mcm mana dia bahagikan masa dengan belajar dan update blog. Hebakkk kan dia.. Shiraz dah pagi ke tadika sampai pukul 1.30, pastu jadi babysitter plak smpi maghrib.. Malam Shiraz dah cari bantal dan tilam..Huhu. So, klau budak 15 mcm D'ya ney boleh update blog hari2 Shiraz mmg respect sngt2...

Hanis Zalikha blogger terhebat masa kini. Sesuai la dengan dirinya yang cerdik pandai kan. Shiraz mengagumi blog Hanis. Blog Hanis banyak cerita tentang kecantikan dan tempat2 yang dilawatinya. Shiraz mmg adore giler dngn Hanis Zalikha. Tapi, nak jadi macam Hanis tak boleh la...Nantikan kena saman saja je hidup..Huhu...

Ney la blogger2 terhebat...Sudahlah hebat cantik plak...Betul tak..
Shiraz cukup respect diaorg semua. Cara penyampaian,penulisan dan pembahagian masa  diaorg dalam meng-update blog.Sekadar menjadikan bahan penulisan sebagai aktiviti harian mereka malahan sebagai kerjaya awal sebagai blogger yang berjaya.  Dengan pendapatan Nuffnang yang mencecah angka 1k, Shiraz berani cakap yang Shiraz mungkin tidak semampu mereka.

Shiraz sekadar membaca dalam diam.  Kalau berani pun hanya 1-2 comment yang dipaparkan. Bukan tak nak bg comment banyak2 tp idea nak tulis beku bak ais di dalam peti. Sekalung tahniah buat mereka yang berjaya menjadikan blog sebagai kerjaya.


>>>>Bila agaknya Shiraz boleh jadi seperti diaorg?<<<<