Kontroversi 2011 dan Tahun baru 2012



Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru. Banyak kenangan pahit dan manis yang kita akan kenangkan untuk tahun 2011 ney. Kalian macam mana plak? 

Awal Januari 2011 kita digemparkan dengan Tsunami di Jepun. Ramai yang mengeluarkan fakta tahun 2012 tahun berakhirnya dunia.Wallahualam. Kita tak tahu bila kiamat akan berlaku. Jangan mudah percaya dengan khabar2 angin tu. Hanya Allah swt je yg boleh menentukan bila tarikh itu akan terjadi...

Tahun depan insya Allah Pilihan Raya ke 13 akan diadakan. Shiraz dah berdebar untuk jalankan tugas. Kalau PRU 12, banyak yang Shiraz tak puas hati so harapnya PRU 13 akan dapat mengubah nasib.

Banyak kontroversi yang berlaku pada tahun 2011. Tak kiralah artis ataupun orang politik. Yg buruk mahupun yang baik. Antaranya yang berlaku ialah Perhimpunan Bersih yang hampir keseluruhan melumpuhkan ekonomi negara. Walaupun Perhimpunan Bersih ney tak berjaya dilakukan sekrg2nya ia menjejaskan ekonomi dan perpaduan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Tidak lama lepas tu nak diadakan plak perhimpunan untuk gay/lesbian. Pun nasib baek tak diadakan...Banyak kontroversi dalam dunia politik sebenarnya tapi Shiraz menghormati kawan2 yg tak 'sebulu' dengan Shiraz.. Dah  banyak Shiraz kena hentam dalam fb, dalam twitter.

Apa lagi kontroversi yang ada sepanjang tahun 2011???

Hmm...Kisah percintaan dan putus tunang penjaga gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. Umum tahu Apek pernah bertunang dengan seorang model sambilan yang juga kaki blogger iaitu Elia Jejari Runcing. Percintaan antara Apek dan Elia diceritakan di dalam blog.Nah...ketika itu Apek mula dikenali dengan kejayaannya mempertahan pintu gol dan kisah percintaannya. Tak lama ikatan pertunangan terjalin, Apek dan Elia berpisah gara2 orang ketiga, Dahlia Teck. Tak hebat juga gosip antara Apek dan Dahlia apabila tersiarnya gmbr Apek dan Dahlia di kelab malam. Ketika Apek sedang berperang dengan tenaga, emosi dan kehebatannya di Indonesia, tersiar gosip antara Apek dan Shida Harmi apabila screen shot antara Apek dan Shida dipaparkan di blog2. Shida Harmi mengugut aksi ranjangnya bersama Apek...

Banyak sebenarnya kontroversi2 panas sepanjang tahun 2011 tp Shiraz tulis sket2je..Bukan seorang blogger la kalau tak tahu nak cari bahan cerita, betul tak?

Hmm...jom la kite together kongsi kontroversi tahun 2011 ney....