Ke mana menghilang cik Shiraz???

Hye korunk....

Tak rasa ke dah hampir 2 bulan Shiraz tidak menjenguk mahupun melemparkan sedikit kata-kata kat blog ney?
Blog yang Shiraz tinggalkan berhabuk sana sini dan bersarang dengan lebatnya..

Kenapa Shiraz menghilangkan diri ney?

Sebabnya cuma satu...Dan satu itu melukakan hati Shiraz sampai sekarang..

Shiraz betul2 terasa hati dengan seorang kawan yang bukan sahaja menghentam secara terusan malah mengejek dengan hebatnya..

Shiraz akui blog capuk ney tak sehebat blog Yuyu Zulaikha. Tak seceria blog Lyssasecret. Tak semanis gula blog Irine Nadia Marcello. Dan tak secoleteh blog Nabiyha mahupun D'ya Marshmello

2 bulan Shiraz membiarkan blog ney bersarang dan berhabuk dan hari ney ada plak yang bertanya "kenapa kak shiraz tak online blog?"

Shiraz harus akui satu benda.. Blog Shiraz x banyak nak cerita pasal bf sbb Shiraz tak tahu bf tu akan jadi bf or suami Shiraz ke tidak. Hubungan yang terjalin setakat kawan je. So, buat apa nk jadi perigi cari timba nk cerita segala2nya. 

Shiraz x de aktiviti belajar sbb dah habis pun...Skunk Shiraz cuma melayani anak2 kecik di rumah dan tadika. Patut ke Shiraz cerita aktiviti yang sama sepanjang hari? 

Shiraz xderk ramai kawan yang nk diajak ke mana2.. Sebab masing-masing ego membawa diri sendiri. 

Shiraz xderk gambar2 cantik dan gojes untuk ditempek kat dalam blog mcm Yuyu ngan Lyssa.

Shiraz dengkikan Yuyu ngan Lyssa ke?

Ohh tidak...Shiraz x bencikan gadis chumeii tu..Shiraz hormat diaorg sebab diaorg hebakkk sangat..

Dan tadi bila Shiraz blogwalking ke sana dan ke mari...Membaca satu-persatu blog Irine Nadia Marcello. Membaca tip dari Lyssa dan Nabiyha.Shiraz  rasa mcm nak tulis balik..Serius!!! Nak sangat tulis balik. Bukan hari ney je tapi dah berkali-kali. Macam cerita yang Shiraz nak ceritakan. Tapi, bila post tu nak dipublish Shiraz tekan butang cancel..

Shiraz tak setabah korunk yang hebakkk...
Betul! Shiraz seorang yang teramat pengecut...

Dan tepat jam 10.30 malam setelah menjadikan Irine, Yuyu, Lyssa, Nabiyha dan D'ya sebagai pendorong buat diri ney, Shiraz tekad nak bersihkan balik habuk2 yang bersarang di blog ney...

Hmm...Mampu ke Shiraz?

Shiraz mengharapkan bantuan dari kalian yang membaca blog buruk ney...

Buat kamuu yang mengutuk dan mengata diri ini..
Hey kamu yang bernama 'L'
Terima kasih sebab mengutuk blog aku!
Terima kasih sebab menghina blog aku!
Terima kasih sebab mengejek blog aku!
Terima kasih sebab ketawakan blog aku!
Terima kasih sebab mengata blog aku!
Terima kasih banyak-banyak!!!!