Jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011...(Part Cerai dan Kes Mahkamah)

 Jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (Part Perkahwinan)


Jom Menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (part Lambaian Terakhir)



Tahun 2011 ney banyak menyaksikan artis yang bercerai dan naik turun tangga mahkamah. Hmm, artis kita mmg tak lekang dek kontroversi dan penceraian.

Antara artis yang disahkan bercerai ialah.

Siti Saidah @ Saida
  • Kakak kepada penyanyi nombor satu negara ini turut terkena tempias perceraian. Rumah tangga Saida bergolak selepas bekas suami Saida, Mohd Ghazali memberitahu bahawa Saida sedang angau dengan lelaki lain manakala Saida pula memberitahu pada mahkamah bekas suaminya itu bersikap kurang ajar terhadap arwah bapanya. Saida sah bercerai talak satu.


Joey Daud

  • Rumah tangga pelakon Joey Daud juga menerima nasib yang sama apabila dia menceraikan isterinya, Noraini  Nasir. Pergolakan rumah tangga Joey dan isteri dikatakan berpunca dari orang ketiga. Dan nama Watie Elite dikaitkan dengan perceraian itu.

Kes Mahkamah

Benjy dikenakan denda rm 500 000 atas kesalahan memiliki dadah. Dia kini diperintah buang daerah di Pahang.

Saiful Apek mengaku tidak bersalah atas kesalahan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan.

Penyanyi  Azdrin Azhar dipenjara satu tahun atas kesalah pengubahan wang haram.

Kes khalwat Raja Azmi dengan Roslin Hashim.

Kes tuntutan royalti Anuar Zain terhadap syarikat rahman Sycrosound.

Ac Mizal dengan kes tuntutan nafkah anak2.

Kes saman fitnah pelakon Lisdawati terhadap Nadia Mustafar.

sumber: Panca Indera 25 December 2011