Jom Menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (part 2)

Jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (Part Perkahwinan)

Jom Menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (part Lambaian Terakhir)




Shiraz nak sambung jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011 ney ke bahagian kedua. Kalau bahagian pertama mengenai kegemilangan majlis perkahwinan, untuk part kedua ney buat insan seni yang sudah kembali ke rahmatullah.

Lambaian Terakhir.

1 Januari 2011


  •  Pelakon Faizal Yusof, 33 yang juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana disahkan meninggal dunia pada jam 1.45 tengahari di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggal di samping isterinya Rosmunira Rashid serta anak daripada hasil perkongsian dengan Siti Nordiana, Mohd Rayyan Nakhaie.

13 Mei 2011

  •  Penyanyi lagu Penawar Rindu, Datin Orked Abdullah, 64 meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tgh setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.



19 Jun 2011

  • Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Zami Ismail atau lebih dikenali Pak Uda, 67  meningal dunia di Institut Jantung Negara selepas mengalami masalah jantung.


1 0gos 2011

  •  Penyanyi era 60-an,Hasnah Haron meninggal dunia jam 8 pagi akibat barah pangkal rahim.


11 Oktober 2011

  • Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais meninggal dunia di Hospital Pakar Darul Ehsan Medical Centre kira2 pukul 9.20 pagi akibat komplikasi paru-paru.

Al-fatihah buat insan seni ini yang pernah menyerikan dunia hiburan kita.
Al-fatihah.....


sumber: Panca Indera 25 December 2011