Jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011...(Part Perkahwinan)


Assalamualaikum.....

Tahun 2011 dah sampai ke penghujungnya kan...Baru je Shiraz rasa berkenalan dengan budak2 awal tahun 2011 eh dah nak masuk 2012....Baru je rasa main cubit2 pipi Phea, dah nak masuk setahun pun budak kecik tu...Baru je rasa habis puasa...Dah nak puasa balik..Ganti puasa pun blum... Pejam celik pejam celik dah masuk 2012....

Shiraz nak ajak korunk imbas balik sepanjang tahun 2011 ney...Kebanyakannya artis la yg memonopoli aktiviti ney..Org biasa pun tak kurang jugak, betul tak...Semua fakta2 tentang artis ney Shiraz amek di suratkhabar. Kut la ada yang terlampau malas nak baca paper asik hadap blog je kan..

Perkahwinan

21 Januari 2011

  • Majlis Perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kisah perkahwinan diaorg ney pun boleh tahan panasnya. Mana taknya kecoh pasal Ayu Raudhah dan Rita Rudaini yang berperang dingin. Tapikan, selepas perkahwinan Ayu Raudhah, kedua2 artis ney senyap je sekarang kan. Diaorang tengah berbahagia agaknya...

18 Februari 2011
  • Pelakon dan Pengacara Farish Aziz menamatkan zaman bujangnya dengan Zahrah Fowzi...


26 Februari 2011

  • Penyanyi Siti Sarah memilih Shuib Sepah sebagai pasangan hidup.  Pasangan kecil molek dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Uwais Al-Aqarni pada 4 Disember lalu..

23 April 2011

  • Penyanyi Nurul Af 2 memilih Munzil seorang peguam untuk disatukan. Pasangan dari Sarawak ini turut terkena kontroversi apabila Nurul bertindak menggunakan wali hakim dan berkahwin di Nathariwat 

29 April 2011

  •  Pelakon bertubuh sasa, Zed Zaidi turut menamatkan zaman bujangnya dergan gadis pilihan, Natalia sebagai isterinya. 


30 April 2011

  • Pengacara Muzik-Muzik,Cheryl Samad memilih lelaki berbangsa cina sebagai pasangan hidupnya. Ng Ping Ho dan Cheryl Samad mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

1 Mei 2011

  • Pelakon handsome drama Spa Q, Fazreen Rafi menamatkan zaman bujangnya dengan Sharifah Melina di Batu Gajah, Perak...(sob sob sedey)

15 Mei 2011

  • Pelakon dan Pelawak Yassin memilih Farrah sebagai suri di hatinya. Majlis diadakan di Putrajaya.

28 Mei 2011

  • Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya memilih Nurul Anati sebagai isterinya. Majlis diadakan di Kelantan.

31 Mei 2011

  • Pelakon, pelawak, Dj Radio, Pengacara Salih Yaacob akhirnya memenuhi kuota isterinya setelah mengahwini Samihah sebagai isteri keempatnya.

1 Julai 2011

  • Penyayi Tomok memilih Siti Rahayu Abas sebagai isterinya dan bakal menjadi bapa tidak lama lagi.

1 Julai 2011
  • Penyanyi kumpulan Hujan, Noh turut menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi wanita Mizz Nina. Kedua pasangan pengantin ini mengadakan 3 majlis resepsi di tempat yang berbeza.

15 Julai 2011

  • Penyanyi yang cukup popular dengan tagline breep breep, Farah Diana Anuar menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan, Johan Johari. Perkahwinan atas kapal ini diadakan di Tasik Putrajaya.

16 Julai 2011

  • Pengacara Majalah Tv3 yang pernah hangat dikatakan bercinta dengan bakal angkasawan negara, Nurul Shuhada Nurul Ain memilih Raja Amir sebagai suaminya.

30 Ogos 2011

  • Ashraff Muslim memilih Masjidil Haram di Mekah sebagai tempat disatukan dengan Nor Dayana Lokman.

9 September 2011

  • Pelakon tinggi lampai Faezah Elai bernikah dengan pengarah drama Heykal Hanafiah.


24 September 2011

  • Pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim selamat diijabkalbukan.

30 September 2011

  • Pelakon dan Pelawak Nabil pernah menjadi kontroversi apabila dia didapati sengaja mencium pipi Irma Hasmie ketika memenangi anugerah di APBH namun hubungan yang terjalin putus di tengah jalan. Nabil terus dihimpit dengan kontroversi apabila tersiar gambar cium mulut di antara dia dan Qasha. Namun, Uqasha bukan juga menjadi pilihan hati Nabil untuk dijadikan isteri. Nabil memilih teman lamanya, Nazirah Ayub sebagai suri di hatinya.

1 Oktober 2011

  • Gitaris kumpulan Meet Uncle Hussein, Taja menamatkan zaman bujangnya dengan pengurus kumpulan MUH, Kimy.

21 Oktober 2011

  •  Pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani menamatkan zaman bujang dengan mengahwini duda kepada pelakon Ida Nerina yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Shahrin Black Rose.

11 November 2011

  • Pelakon dan Pengacara Melodi, Dira Dato' Abu Zahar mengakhiri zaman jandanya dengan memilih Helmy Yusof sebagai suami.

11 November 2011

  • Penyanyi Hattan menamatkan zaman dudanya dengan memilih janda anak dua, Farah Asyikin sebagai isterinya.

20 November 2011

  • Penyanyi Ezlynn memilih pengurusnya sendiri Adam Fahmi sebagai suaminya yang sah.

20 November 2011

  • Pelakon Zahiril Adzim mungkin adalah pasangan paling romantis setakat ini apabila dia mendeklamasikan sajak puitis buat isterinya yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara WHI, Sheira Ayob.


11 Disember 2011

  • Tukang masak terkenal yang juga merupakan anak chef terkemuka, Chef Riz selamat menamatkan zaman bujangnya dengan memilih pelakon Ana Dahlia sebagai isterinya.








sumber: Panca Indera 25 December 2011