Hantu Kak Limah Kat Marang, Terengganu

Assalamualaikum...

Rasanya dalam beberapa hari ney kecoh la sket dengan kemunculan Hantu Kak Limah yang berliaran di Marang, Terengganu. Shiraz tak tahu sampai mana kesahihan cerita tu. Tapi, Shiraz percaya yang makhluk halus ney ada. Org kata tak baik kan kalau kita bercakap besar yang 'benda' tu xderk. Kita sendiri tak tahu betul atau tidak. Hakikatnya, benda2 halus dan ghaib sentiasa ada di sekeliling kita. Entahlah, Shiraz sendiri tak tahu nak ceritakan mcm mana..Wallahualam...

Ada satu ketika kat Paka pun dikatakan ada hantu berambut panjang yang menanti di 7Eleven, Paka kan..Dan sekarang di Marang, Terengganu plak. Bacalah apa yang penduduk kampung ceritakan kat bawah ney erk...Hihi


Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang yang seakan-akan hantu Mak Limah sejak lebih seminggu lalu.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.
Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.
Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya pada Sinar Harian.Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya.
Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.
“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.
“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.

 http://youtu.be/tZbnuFzZKkQ
>>>Ney hantu yang hangat diperkatakan di Paka, Terengganu...7Eleven tu pun xdekla jauh mana dari rumah Shiraz. <<<<