Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp

Usher in 2012 with Youth Code, for skin that looks and acts dramatically younger #imworthit

Usher in 2012 with Youth Code, for skin that looks and acts dramatically younger #imworthit

Tahniah OsBon, Juara MLM



Tahniah buat pelawak otai kite, Osbon yang telah menjuarai Maharaja Lawak Mega 2011. Ada kaget di wajah Os. Ternyata dia tidak percaya dengan khabar gembira itu. Al-maklumlah, Os dan Abon orang lama dalam dunia seni dan wajah2 mereka sekadar sampingan penyeri cerita. Dan kejayaan malam ini membuktikan Os dan Abon masih lagi berbisa.

Boboi tidak kurang hebatnya namun mungkin rezeki tidak memilih Boboi. Kejayaan Boboi membawa jenama itu ke pasaran patut dibanggakan juga. Samaada Afdlin mahupun Harun Salim Bachik kedua2nya cukup hebat.

Saehu...Di  awal pertandingan Saehu agak tergelam. Tiada ketawa buat kita tapi pusingan kedua membuktikan Saehu masih lagi berusaha untuk membuat orang ketawa.

Syok....Alahai mmg tiada apa dari Syok....

Jangkaan Shiraz ingin Boboi juara meleset tapi Shiraz happy sbb Saehu di tangga ke tiga...Hahaha...

Malam ni, rata2 peserta mengusik abg 'Hariz' kita...Yeah, si macho membuatkan org semua tersenyum...Lihat saja gelagat Ac Mizal menyebut "Ombak Rindu, Aaron Aziz"..

Nahh kemunculan JoZan mmg dinantikan. Diaorg memang superb...Sakit perut tngok Johan dan Zizan punya lawak.....

Rasanya, kite semua pasti akan merindui gelak tawa ketika menonton Maharaja Lawak Mega...

>>>>>Happy new year, kawan2 blogger<<<<< 

Jom, tengok Michael Schumacher dengan Shiraz #PetronasMotoGP #PETMOS

Jom, tengok Michael Schumacher dengan Shiraz #PetronasMotoGP #PETMOS

Maduu Buat Shiraz Gila...




Selama ney Shiraz buat tak tahu je dengan kewujudan Maduu ku ini.Walaupun terpampang setiap hari di depan mataku tp seolah-olah sekadar angin lalu je....Dan bila semalam,ketika asyik men-download segala Running Man, We Got Married dan Invincible Youth mataku terasa ditarik-tarik untuk memandang ke tepi...

Nah......Glory Jane! Shiraz suka story tu...Shiraz baru je mengharapkan agar ada some one yang men-download Glory dan sms memberitahu "bawaklah hard disk datang amek.." Akibat keasyikan menonton Glory Jane, Shiraz terlupa untuk mengucapkan  "Oh Maduu, thnks a lot!"

Kalau dah ada yang menonton jangan la gelakkan Shiraz yg agak kolot ini!!! Iya, Shiraz mmg terlambat dan lembap dalam hal ini...Sob sob...

Maharaja Lawak Mega Akhir




Tinggal beberapa jam lagi Maharaja Lawak Mega Akhir akan berlangsung. Boboi dan Osbon antara pasukan yang mmg dijangka akan meraih kemenangan besar malam ney. Saehu??? Hihi, walaupun Shiraz  teramatlah menyokong kumpulan Saehu tp takkan la Shiraz nak pasukan dari Malaysia kalah ke tangan Indonesia. Betul tak? Shiraz masih lagi serpihan anak seni yang menyokong perjuangan insan2 seni yang ternama ney.

Shiraz pilih sape Juara??? Hmm....
Juara

Ney la pilihan hati Shiraz untuk dijadikan Juara...Ada sape2 bantah? Kehebatan Boboi mmg tak dapat disangkal lagi..

Naib Juara


Sorry ya Uncle OsBon...Terpaksa menjadikan anda sebagai pilihan naib juara..Shiraz suka Osbon cuma kadang2 Shiraz kesian dengan Os selalu diperli oleh Abon...

Tempat Ketiga


Maaf juga ya Saehu kerna terpaksa pilih kamu tempat ketiga deh...Iyalah, walaupun aku sokong kamu tapi di hatiku masih juga tu mahu rakyat Malaysia yang memenanginya. Apapun, Saehu mmg terbaik..Aku suka deh sama kamu..I love You, Saehu!!


Jadi buat kamu, jangan lupa saksikan MLM Akhir di Astro Warna 132 dan Channel 188 klu nak Hd...Dadada..

Get the perfect hair colouring services and treatment by #topnloving #milkadeal

Get the perfect hair colouring services and treatment by #topnloving #milkadeal

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

You deserve to be pampered. Indulge with Youth Code, for skin that looks and acts younger #imworthit

You deserve to be pampered. Indulge with Youth Code, for skin that looks and acts younger #imworthit

Muaz...;(




Hakikat yang harus Shiraz terima...Budak bulat ney dah x mo tinggal dengan Shiraz lagi...Sob Sob...Mulai tahun depan, dah tak jadi babysitter utk Muaz...Cuti sekolah sebulan setengah, balik paka dah tak kenal Shiraz. Bila dukung je asik nangis...Oooo sedey!
Nasib baek duk belakang umah kan boleh main tp takkan nak ke rumah Muaz hari2. Sedey!!!!!

Layan We Got Married,Running Man, Invincible Youth 2...



Sambil2 Shiraz melipat tudung2 yang nak di simpan, Shiraz melayani mata menonton We Got Married, Running Man dan Invincible Youth Season 2. Download dengan semangatnya sbb tgh malam kan teda yang guna tenet.. I'm so happy x5...Tak sampai 4 minit download siap.. Hihihi...

Bosan sebenarnya  duk melipat kain2 ney kalau asik tumpu je kat kain tu...Betul tak? Bila layan mende alah ney plak tak jadi melipat plak...Asik gelak memanjang..Haishh...

Tengok jam dah dekat kul 1....Bnyk lagi nak melipat..Dah tak nampak katil..Hehe..

Okay la, sambung buat kerja sat....

Kontroversi 2011 dan Tahun baru 2012



Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru. Banyak kenangan pahit dan manis yang kita akan kenangkan untuk tahun 2011 ney. Kalian macam mana plak? 

Awal Januari 2011 kita digemparkan dengan Tsunami di Jepun. Ramai yang mengeluarkan fakta tahun 2012 tahun berakhirnya dunia.Wallahualam. Kita tak tahu bila kiamat akan berlaku. Jangan mudah percaya dengan khabar2 angin tu. Hanya Allah swt je yg boleh menentukan bila tarikh itu akan terjadi...

Tahun depan insya Allah Pilihan Raya ke 13 akan diadakan. Shiraz dah berdebar untuk jalankan tugas. Kalau PRU 12, banyak yang Shiraz tak puas hati so harapnya PRU 13 akan dapat mengubah nasib.

Banyak kontroversi yang berlaku pada tahun 2011. Tak kiralah artis ataupun orang politik. Yg buruk mahupun yang baik. Antaranya yang berlaku ialah Perhimpunan Bersih yang hampir keseluruhan melumpuhkan ekonomi negara. Walaupun Perhimpunan Bersih ney tak berjaya dilakukan sekrg2nya ia menjejaskan ekonomi dan perpaduan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Tidak lama lepas tu nak diadakan plak perhimpunan untuk gay/lesbian. Pun nasib baek tak diadakan...Banyak kontroversi dalam dunia politik sebenarnya tapi Shiraz menghormati kawan2 yg tak 'sebulu' dengan Shiraz.. Dah  banyak Shiraz kena hentam dalam fb, dalam twitter.

Apa lagi kontroversi yang ada sepanjang tahun 2011???

Hmm...Kisah percintaan dan putus tunang penjaga gol Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. Umum tahu Apek pernah bertunang dengan seorang model sambilan yang juga kaki blogger iaitu Elia Jejari Runcing. Percintaan antara Apek dan Elia diceritakan di dalam blog.Nah...ketika itu Apek mula dikenali dengan kejayaannya mempertahan pintu gol dan kisah percintaannya. Tak lama ikatan pertunangan terjalin, Apek dan Elia berpisah gara2 orang ketiga, Dahlia Teck. Tak hebat juga gosip antara Apek dan Dahlia apabila tersiarnya gmbr Apek dan Dahlia di kelab malam. Ketika Apek sedang berperang dengan tenaga, emosi dan kehebatannya di Indonesia, tersiar gosip antara Apek dan Shida Harmi apabila screen shot antara Apek dan Shida dipaparkan di blog2. Shida Harmi mengugut aksi ranjangnya bersama Apek...

Banyak sebenarnya kontroversi2 panas sepanjang tahun 2011 tp Shiraz tulis sket2je..Bukan seorang blogger la kalau tak tahu nak cari bahan cerita, betul tak?

Hmm...jom la kite together kongsi kontroversi tahun 2011 ney....

Thank You



Thank You???

Thank  You untuk siapa ney?

Ney Thank You Hindi Movie yang ditayangkan di 152 Astro Fiesta....Cite ney mmg best la...Pelakon-2 nya pun sama hebat. Antara pelakonnya ialah  Akshay Kumar, Sonam Kapoor, Bobby Deol, Suniel Shetty, Celina Jaitly, Irrfan Khan, Rimi Sen..


Pelakon2 lelaki dalam citer ney semuanya pelakon yg dikenali cuma pelakon perempuan je yang tak berapa biasa tonton di tv. Sama ada Shiraz terlepas pandang ataupun mmg Shiraz tak kenal pelakon2 perempuan ney...

Sinopsis cerita ney Shiraz tak jumpa la...Huhu..So, nak cerita pun agak payah sebenarnya...Apa yang boleh Shiraz ceritakan kat sini Bobby Deol.Irrfan Khan, Suniel Shetty bersahabat baik. Diaorg ney play girl dan sering menipu isteri masing2.  Isteri Suniel Shetty, Celina Jaitly ney ternampak suaminya sedang bermesra dengan seorang perempuan.Dan memaksa Celina mengupah seorang penyiasat persendirian lakonan Akshay Kumar. Sonam Kapoor merupakan isteri Bobby Doel mengesyaki suaminya juga bermain dengan wanita lain. Celina memberi cadangan meminta Akshay Kumar untuk menyiasatnya. Namun, Bobby sering dibantu oleh Irrfan. Sonam tidak percaya dengan kata2 Akshay yang menuduh suaminya itu. Irrfan Khan mengadakan parti di rumahnya, dan Akshay menelefon kesemua gadis yang bermain dengan Bobby. Bobby hampir2 terkantoi namun diselamatkan oleh Irrfan dan Suniel. Ketiga2 lelaki itu mengasyaki seseorang cuba sabotaj parti tersebut. Mereka turut meminta Akshay Kumar sebagai penyiasat persendirian. Namun, sesuatu yang telah terjadi..

Nak tahu kisah selanjutnya...Kena la tengok........



Akshay Kumar sebagai Kishan



Sonam Kapoor sebagai Sanjana


Bobby Doel sebagai Raj


Sunniel Shetty sebagai Yogi


Celina Jaitly sebagai Maya


Irrfan Khan sebagai Vikram


Rimi Sen sebagai Shivani

Akhirnya,aku dah berjaya...Hua hua hua



Cik Shiraz berjaya apa ney?

Nak taw Shiraz berjaya tentang apa...Akhirnya setelah 3 hari duk godek2 mcm mana nak buat facebook like box tu dah terpampang indah diblog ku...(uwekkk gedikk!!)

Harus Shiraz akui di sini. Apsal yang payah sangat nak buat mende alah tu...
Sebabnya setiap kali Shiraz dah buat, dah amek get code mende tu jadi blank...
Suci bersih menghiasi ruang blog tu..
Sungguh...Tak tipu...
Dan hari dari pagi duk godek2, duk tulis2 merapu tutorial tu...
tetiba je..
Jeng.....jeng....
Dengan tak semena-mena jadi plak...
Pelikkan..
Tak tahu mcm mana boleh jadi...
Agak2 klu edit blog nnt sah2 dah lupa nk buat mcm mana..
Ha ha....

>>>>Jangan la gelakkan Shiraz...Ku akui yang diriku agak lembap dalam bab2 editing ney...Sadis!<<<<


Beatles Translate To Malay Siti Nurhaliza...


Tadi, ada someone dlm fb minta buat kerjaya gile ney sekejap... Shiraz pun pelik jugak apsal bila translate English to Malay perkataan Beatles tiba2 jawapan dia Siti Nurhaliza...Apa motif jawapan Siti Nurhaliza kat situ pun Shiraz tak tahu.. Pelikkan....

Hantu Kak Limah Kat Marang, Terengganu

Assalamualaikum...

Rasanya dalam beberapa hari ney kecoh la sket dengan kemunculan Hantu Kak Limah yang berliaran di Marang, Terengganu. Shiraz tak tahu sampai mana kesahihan cerita tu. Tapi, Shiraz percaya yang makhluk halus ney ada. Org kata tak baik kan kalau kita bercakap besar yang 'benda' tu xderk. Kita sendiri tak tahu betul atau tidak. Hakikatnya, benda2 halus dan ghaib sentiasa ada di sekeliling kita. Entahlah, Shiraz sendiri tak tahu nak ceritakan mcm mana..Wallahualam...

Ada satu ketika kat Paka pun dikatakan ada hantu berambut panjang yang menanti di 7Eleven, Paka kan..Dan sekarang di Marang, Terengganu plak. Bacalah apa yang penduduk kampung ceritakan kat bawah ney erk...Hihi


Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan, apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang yang seakan-akan hantu Mak Limah sejak lebih seminggu lalu.
Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah, kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.
Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.
Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.
“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja, malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya pada Sinar Harian.Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya.
Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan serta tiang rumah ke rumahnya.Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun, untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.
“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.
Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut menunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat tidur serta asyik menangis.
“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam, apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan ini,” katanya.

 http://youtu.be/tZbnuFzZKkQ
>>>Ney hantu yang hangat diperkatakan di Paka, Terengganu...7Eleven tu pun xdekla jauh mana dari rumah Shiraz. <<<<

Jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011...(Part Cerai dan Kes Mahkamah)

 Jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (Part Perkahwinan)


Jom Menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (part Lambaian Terakhir)



Tahun 2011 ney banyak menyaksikan artis yang bercerai dan naik turun tangga mahkamah. Hmm, artis kita mmg tak lekang dek kontroversi dan penceraian.

Antara artis yang disahkan bercerai ialah.

Siti Saidah @ Saida
  • Kakak kepada penyanyi nombor satu negara ini turut terkena tempias perceraian. Rumah tangga Saida bergolak selepas bekas suami Saida, Mohd Ghazali memberitahu bahawa Saida sedang angau dengan lelaki lain manakala Saida pula memberitahu pada mahkamah bekas suaminya itu bersikap kurang ajar terhadap arwah bapanya. Saida sah bercerai talak satu.


Joey Daud

  • Rumah tangga pelakon Joey Daud juga menerima nasib yang sama apabila dia menceraikan isterinya, Noraini  Nasir. Pergolakan rumah tangga Joey dan isteri dikatakan berpunca dari orang ketiga. Dan nama Watie Elite dikaitkan dengan perceraian itu.

Kes Mahkamah

Benjy dikenakan denda rm 500 000 atas kesalahan memiliki dadah. Dia kini diperintah buang daerah di Pahang.

Saiful Apek mengaku tidak bersalah atas kesalahan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan.

Penyanyi  Azdrin Azhar dipenjara satu tahun atas kesalah pengubahan wang haram.

Kes khalwat Raja Azmi dengan Roslin Hashim.

Kes tuntutan royalti Anuar Zain terhadap syarikat rahman Sycrosound.

Ac Mizal dengan kes tuntutan nafkah anak2.

Kes saman fitnah pelakon Lisdawati terhadap Nadia Mustafar.

sumber: Panca Indera 25 December 2011

Jom Menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (part 2)

Jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (Part Perkahwinan)

Jom Menyorot kenangan pahit dan manis 2011 (part Lambaian Terakhir)




Shiraz nak sambung jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011 ney ke bahagian kedua. Kalau bahagian pertama mengenai kegemilangan majlis perkahwinan, untuk part kedua ney buat insan seni yang sudah kembali ke rahmatullah.

Lambaian Terakhir.

1 Januari 2011


  •  Pelakon Faizal Yusof, 33 yang juga merupakan bekas suami kepada penyanyi Siti Nordiana disahkan meninggal dunia pada jam 1.45 tengahari di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Allahyarham meninggal di samping isterinya Rosmunira Rashid serta anak daripada hasil perkongsian dengan Siti Nordiana, Mohd Rayyan Nakhaie.

13 Mei 2011

  •  Penyanyi lagu Penawar Rindu, Datin Orked Abdullah, 64 meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tgh setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi.



19 Jun 2011

  • Pelawak dan pelakon veteran terkenal, Zami Ismail atau lebih dikenali Pak Uda, 67  meningal dunia di Institut Jantung Negara selepas mengalami masalah jantung.


1 0gos 2011

  •  Penyanyi era 60-an,Hasnah Haron meninggal dunia jam 8 pagi akibat barah pangkal rahim.


11 Oktober 2011

  • Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais meninggal dunia di Hospital Pakar Darul Ehsan Medical Centre kira2 pukul 9.20 pagi akibat komplikasi paru-paru.

Al-fatihah buat insan seni ini yang pernah menyerikan dunia hiburan kita.
Al-fatihah.....


sumber: Panca Indera 25 December 2011

Jom menyorot kenangan pahit dan manis 2011...(Part Perkahwinan)


Assalamualaikum.....

Tahun 2011 dah sampai ke penghujungnya kan...Baru je Shiraz rasa berkenalan dengan budak2 awal tahun 2011 eh dah nak masuk 2012....Baru je rasa main cubit2 pipi Phea, dah nak masuk setahun pun budak kecik tu...Baru je rasa habis puasa...Dah nak puasa balik..Ganti puasa pun blum... Pejam celik pejam celik dah masuk 2012....

Shiraz nak ajak korunk imbas balik sepanjang tahun 2011 ney...Kebanyakannya artis la yg memonopoli aktiviti ney..Org biasa pun tak kurang jugak, betul tak...Semua fakta2 tentang artis ney Shiraz amek di suratkhabar. Kut la ada yang terlampau malas nak baca paper asik hadap blog je kan..

Perkahwinan

21 Januari 2011

  • Majlis Perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Kisah perkahwinan diaorg ney pun boleh tahan panasnya. Mana taknya kecoh pasal Ayu Raudhah dan Rita Rudaini yang berperang dingin. Tapikan, selepas perkahwinan Ayu Raudhah, kedua2 artis ney senyap je sekarang kan. Diaorang tengah berbahagia agaknya...

18 Februari 2011
  • Pelakon dan Pengacara Farish Aziz menamatkan zaman bujangnya dengan Zahrah Fowzi...


26 Februari 2011

  • Penyanyi Siti Sarah memilih Shuib Sepah sebagai pasangan hidup.  Pasangan kecil molek dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Uwais Al-Aqarni pada 4 Disember lalu..

23 April 2011

  • Penyanyi Nurul Af 2 memilih Munzil seorang peguam untuk disatukan. Pasangan dari Sarawak ini turut terkena kontroversi apabila Nurul bertindak menggunakan wali hakim dan berkahwin di Nathariwat 

29 April 2011

  •  Pelakon bertubuh sasa, Zed Zaidi turut menamatkan zaman bujangnya dergan gadis pilihan, Natalia sebagai isterinya. 


30 April 2011

  • Pengacara Muzik-Muzik,Cheryl Samad memilih lelaki berbangsa cina sebagai pasangan hidupnya. Ng Ping Ho dan Cheryl Samad mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

1 Mei 2011

  • Pelakon handsome drama Spa Q, Fazreen Rafi menamatkan zaman bujangnya dengan Sharifah Melina di Batu Gajah, Perak...(sob sob sedey)

15 Mei 2011

  • Pelakon dan Pelawak Yassin memilih Farrah sebagai suri di hatinya. Majlis diadakan di Putrajaya.

28 Mei 2011

  • Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya memilih Nurul Anati sebagai isterinya. Majlis diadakan di Kelantan.

31 Mei 2011

  • Pelakon, pelawak, Dj Radio, Pengacara Salih Yaacob akhirnya memenuhi kuota isterinya setelah mengahwini Samihah sebagai isteri keempatnya.

1 Julai 2011

  • Penyayi Tomok memilih Siti Rahayu Abas sebagai isterinya dan bakal menjadi bapa tidak lama lagi.

1 Julai 2011
  • Penyanyi kumpulan Hujan, Noh turut menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi wanita Mizz Nina. Kedua pasangan pengantin ini mengadakan 3 majlis resepsi di tempat yang berbeza.

15 Julai 2011

  • Penyanyi yang cukup popular dengan tagline breep breep, Farah Diana Anuar menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan, Johan Johari. Perkahwinan atas kapal ini diadakan di Tasik Putrajaya.

16 Julai 2011

  • Pengacara Majalah Tv3 yang pernah hangat dikatakan bercinta dengan bakal angkasawan negara, Nurul Shuhada Nurul Ain memilih Raja Amir sebagai suaminya.

30 Ogos 2011

  • Ashraff Muslim memilih Masjidil Haram di Mekah sebagai tempat disatukan dengan Nor Dayana Lokman.

9 September 2011

  • Pelakon tinggi lampai Faezah Elai bernikah dengan pengarah drama Heykal Hanafiah.


24 September 2011

  • Pelakon Memey Suhaiza dan Norman Hakim selamat diijabkalbukan.

30 September 2011

  • Pelakon dan Pelawak Nabil pernah menjadi kontroversi apabila dia didapati sengaja mencium pipi Irma Hasmie ketika memenangi anugerah di APBH namun hubungan yang terjalin putus di tengah jalan. Nabil terus dihimpit dengan kontroversi apabila tersiar gambar cium mulut di antara dia dan Qasha. Namun, Uqasha bukan juga menjadi pilihan hati Nabil untuk dijadikan isteri. Nabil memilih teman lamanya, Nazirah Ayub sebagai suri di hatinya.

1 Oktober 2011

  • Gitaris kumpulan Meet Uncle Hussein, Taja menamatkan zaman bujangnya dengan pengurus kumpulan MUH, Kimy.

21 Oktober 2011

  •  Pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani menamatkan zaman bujang dengan mengahwini duda kepada pelakon Ida Nerina yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Shahrin Black Rose.

11 November 2011

  • Pelakon dan Pengacara Melodi, Dira Dato' Abu Zahar mengakhiri zaman jandanya dengan memilih Helmy Yusof sebagai suami.

11 November 2011

  • Penyanyi Hattan menamatkan zaman dudanya dengan memilih janda anak dua, Farah Asyikin sebagai isterinya.

20 November 2011

  • Penyanyi Ezlynn memilih pengurusnya sendiri Adam Fahmi sebagai suaminya yang sah.

20 November 2011

  • Pelakon Zahiril Adzim mungkin adalah pasangan paling romantis setakat ini apabila dia mendeklamasikan sajak puitis buat isterinya yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara WHI, Sheira Ayob.


11 Disember 2011

  • Tukang masak terkenal yang juga merupakan anak chef terkemuka, Chef Riz selamat menamatkan zaman bujangnya dengan memilih pelakon Ana Dahlia sebagai isterinya.








sumber: Panca Indera 25 December 2011