Tahniah Ana Dahlia...Sah menjadi tunangan Chef Riz

Assalamualaikum....


Ingat tak korunk pada watak Sutera dalam drama Arjuna.
Mungkin korunk lupa kot sbb dalam drama tu watak dia kecik je...
Tapi, kalau sebut walepatliat semua orang akan kenal akan gadis cantik berambut panjang ney...
Kata-kata walepatliat cukup popular dalam drama Nora Elena.
Tak perasan?
Alaa...dia memegang watak sebagai Azira. Kawan baik pada Malek dan Vyonne ney...Dia la si cantik manis yang dah berjaya memikat hati anak teruna Chef Wan siapa lagi kalau bukan Chef Riz.
Banyak gosip pasal mereka berdua ney. Ada yang kata Chef Wan tak setuju la apabila mengetahui status janda pada Ana Dahlia. Sepanjang kontroversi yang melanda Ana Dahlia mahupun Chef Riz yang masing2 mengunci mulut akhirnya majlis pertunangan menjadi saksi cinta mereka.

Majlis pertunangan yang berlangsung di Changkat Jering, Perak itu menyaksikan Ana Dahlia begitu anggun mengenakan busana berwarna krim. Anggun dan cantik sungguh Ana Dahlia.

Layanlah gambar cantik dari Ana Dahlia ney...
Gambar kredit dari Beautifulnara.com dan Rotikaya.com

gambar pertunangan ana dahlia