Saida Taruddin sah bercerai talak satu


Assalamualaikum....

Penyanyi Saida Taruddin sah bercerai dengan suaminya, Mohd Ghazali dengan talak satu hari ney...
Hmmm...lagi artis bercerai tapi kata Saida bekas suaminya itu tidak menghormati arwah bapanya manakala kata suami Saida ada skandal dengan lelaki lain..Nahhh...mana satu betulnya cerita ney...Tepuk dada tanya selera la erk...

Penyanyi Saida atau Siti Nursaida Tarudin,35, dan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, sah bercerai dengan talak satu pada Jumaat di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas 15 tahun hidup bersama.saida sah ceraiKakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu menebus talak dengan bayaran RM1,000 pada prosiding tersebut.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.