Mamat Sepah Masih Tak Puas Hati Dengan Fida

Assalamualaikum....

Panas sungguh kisah perhubungan di antara Fida dan Mamat Sepah ney. Masing2 masih lagi berbalas pandangan di media. Semuanya gara2 kesilapan Mamat memaparkan photo Fida yang tidak bertudung.  Entah salah siapa dalam kes ney tapi masing2 nak tegakkan benang yang basah. Beberapa hari yang lalu Fida mengeluarkan kenyataan yang dia sudah berpisah dengan Mamat dan hari ney Mamat pula yang buat kenyataan yang dia tidak tahu-menahu. Tak fahamla diaorg ney...

Baca kenyataan dari Mamat Sepah..
Nampaknya Mamat masih tidak boleh menerima cara perpisahan yang telah dilakukan oleh Fida terhadapnya. Iyerlah, mana boleh blah kalau kita tahu orang clash dengan kita menerusi suratkhabar je kan? Panas jugak hati dibuatnya.mamat sepahSehubungan dengan itu, Mamat ingin Fida bersemuka dengannya. Kemungkinan besar Mamat nak dengar Fida berkata “Saya nak clash dengan awak” secara face to face:-
Terus-terang saya katakan, saya tidak tahu tentang perpisahan ini sehinggalah keluarga saya maklumkan. Sejak kisah ini menjadi paparan media cetak dan elektronik, saya sudah tidak membaca akhbar atau menonton program-program hiburan di televisyen. Saya tidak berani untuk membaca dan melihat kisah saya diperkatakan umum. Saya tidak kuat untuk menghadapi situasi ini.Tak sangka pula Abang Nara yang Mamat tak berjiwa kental. Nampak muka macam kacak bergaya dan macho. Sampai tak sanggup baca tue. Sadis sungguh.
Jika benar Fida mengambil keputusan untuk berpisah, saya hormati keputusannya itu. Saya akui semua yang berlaku ini adalah salah saya. Saya pun telah minta maaf kepada Fida, tetapi mungkin dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu. Apa yang berlaku adalah tidak disengajakan. Tidak mungkin saya hendak memburuk-burukkan Fida kerana saya sayangkan dia. Saya terima keputusan Fida untuk berpisah. Mungkin ini adalah hukuman terhadap kesilapan yang saya lakukan. Saya anggap semua yang berlaku ini adalah takdirBetul juga kata Mamat tue, takkanlah dia sengaja nak burukkan orang yang paling disayanginya. Abang Nara rasa memang betul Mamat tak nampak dan tak sengaja masa tue.
Saya tahu Fida seorang yang jujur dan tidak pandai menipu. Jika dia kata mahu memutuskan perhubungan kami, saya percaya dengan kata-katanya itu. Tetapi, saya mahu Fida berjumpa dengan saya dan katakan yang dia ingin berpisah. Jangan hanya beri kenyataan kepada pihak media. Saya rasa caranya itu tidak betul. Ketika mahu bercinta, kenapa boleh bersemuka? Apabila hendak putus, mengelak daripada berjumpa pula. Saya mahu Fida putuskan hubungan ini secara baik.Harap-harap Fida mempertimbangkanlah harapan Mamat untuk bersemuka dan clash secara baik. Kang meroyan pulak si Mamat nie. Kesian kat dia. Tapi hati-hati jangan sampai termakan ayat manis daripada Mamat.

Sumber:Beautfiulnara