Kisah peristiwa pahit di zaman persekolahan.


Assalamualaikum....


Shiraz nak cerita dua kisah pahit masa zaman sekolah dulu. Bukan sekolah rendah taw tapi masa Shiraz di zaman Form 6. Bulatkan mata korunk luas2 FORM 6.
Macam mana Shiraz tergerak hati nak cerita...Sebab tadi Shiraz tgk adik bongsu main tampal2 kertas kat belakang baju. Mcm mana Shiraz cerita pada adik mcm ney la Shiraz nk ceritakan pada korunk.

Situasi pertama yang Shiraz alami...

Beg sekolah Shiraz disorok...Dari lepas rehat sampai waktu balik puas Shiraz cari. Habis semua kawan2 Shiraz tanyakan tapi sorang pun tak bgtaw. Terpaksa tebalkan muka mengadu pada cikgu. Bukan nak perhatian sebenarnya cuma meminta sedikit bantuan. Tp, cikgu tu cuma tersenyum sinis sambil jawab "beg awak carik la sendiri..yang susahkan saya kenapa?" Bermula detik tu Shiraz mmg benci gila dengan cikgu tu. Sampai sekarang. Bila waktu pulang dari sekolah Shiraz mmg dah letih teramat sangat nak cari kan beg tu. Lemah longlai dah rasanya. Pakcik guard yang datang jumpa Shiraz bgtaw yang dia terdengar kawan2 Shiraz bgtaw yg diaorg sorokkan beg di dalam tandas. Pakcik tu yang temankan Shiraz amek beg yang diaorg letakkan kat atas penutup tangki. Shiraz dh start menangis time tu. Sedih sangat...Teramat sangat. Dan keesokannya, seminggu Shiraz tak datang sekolah. Bukan malu tapi fedup nak ke sekolah.


Situasi kedua...

Belakang baju Shiraz ditampal kertas dengan tulisan "AKU BODOH". Shiraz mmg tak perasan bila diaorg letakkan kertas tu. Padan la ari tu bila Shiraz ajak pergi rehat sorg pun x mo..Rupanya masing2 dah ada plan nak kenakan Shiraz. Bila Shiraz berjalan masuk ke kantin semua org ketawakan Shiraz, berbisik2 pun ada, yg kata  "kau memang bodoh"pun ada...Mulanya Shiraz tak faham so Shiraz endahkan je..Bila masuk kelas baru lah Teacher tegur. Lepas semua dimarahi oleh Teacher, semua boikot Shiraz. Semua sisihkan Shiraz. Dan akibat dari itu Shiraz terus apply ASWARA. Dan alhamdulillah tak payah tggu lama2 Shiraz diterima masuk ke ASWARA...

Ada tak siapa2 yg pernah mengalami perkara sama mcm Shiraz ney?