Bini-Biniku Gangster

 suAssalamualaikum....

Shiraz nak cerita berkenaan filem Bini-biniku Gangster yg tengah hangat ditayangkan di pawagam...
Shiraz bg filem 5 bintang. Apa yang Shiraz suka pasal filem ney...Apa yang Shiraz tak suka pasal filem ney...Jom check...

Aksi romantik.

Shiraz suka tengok aksi romantik di antara Herry dan Manja. Chumel sangat kan...
Kalau antara Herry dan Reanna biase je...Iyalah watak Reanna dalam tu kan dia cuma berpura2 dan x banyak aksi romantik di antara mereka.

Aksi pergaduhan.

Manja nampak lagi gagah bergaduh berbanding Reanna.

Orang suruhan.

Orang suruhan Manja memang best la....Diaorg berjaya menghidupkan watak diaorg dan membantu watak Manja. Jarang sekali dapat tngok orang suruhan Reanna. Maklum la, Reanna pun org suruhan Min Siam.

Watak Mat Saja.

Mat Saja ney mmg penyeri cerita la. Dialog dia dalam dialek Terengganu kelakar sungguh. Kesian kat Mat Saja selalu saja dibelasah. Memang patut pun cakap berlagak sangat. 

Kelemahan Citer Ney:

Konflik di antara Manja dan Reanna pendek sangat. Tak banyak konflik di antara mereka.

Watak Shaheizy Sam dalam filem Kongsi di bawa ke babak akhir filem ney. Yang ney pun tak best. Tamulak datang langgar tong pastu peluk bini2 dia pastu tonjolkan diri...Wahhh sungguh tak best. Kurang2 buat la Tamulak betul2 bergaduh dengan bini2 dia sampai la dia dah x mampu nk berlawan baru la tonjolkan diri..

Apapun, filem ney mmg best...Best sngt!!!