Dilanda Kesibukan

Assalamualaikum....

Shiraz mencuri sedikit waktu untuk menulis sesuatu kat dlm blog ney...Daripada pagi sampai ke saat entry ini ditulis, Shiraz dilanda kesibukan menyediakan makanan untuk para tetamu....
Para tetamu? Shiraz tgh buat apa tu?
Malam ney Shiraz adakan Bbq bersama KRT Cacar Baru.
Iye la tyme raya ari tu tak sempat disebabkan kekangan waktu...Lps tu arwah nenek Shiraz plak meninggal..Abah Shiraz ke Amsterdam selama 10 hari jadi belum sempat utk menjamu selera bersama komuniti kat sini...
So, setelah perbincangan diadakan pihak KRT Cacar Baru bersetuju untuk mengadakan majlis Bbq bersama komuniti pada hari ney...
Gmbr tyme tgh buat keje pun Shiraz tak sempat nak amek....Sibuk la...

Okaylah, Shiraz nak sangat coret2 banyak lagik tapi rasanya macam x sempat jak...Hihhi..Sorry ya...Apapun nanti Shiraz akan upload gambar masa Bbq..Okay?


Dulu dan Sekarang.


Assalamualaikum.....

Siapa setuju gambar di atas tu? 
Shiraz fikir2 ada benarnya jugak pada gambar di atas tu....
Tu mungkin Shiraz pada masa yang lalu...
Hihi sbb skunk semua yang Shiraz lakukan dlu dah tertumpu pada lappy ney je jer...
Adik shiraz yg kecik skunk hari ney dah menghadap lappy...
Kalau 15 tahun akan datang bagaimana agaknya...
Hmm...

50 Tips Memikat lelaki

  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
  2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
  3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
  4. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.
  6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
  7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
  9. Jangan terlalu mengongkong.
  10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
  11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk  pertama memikat dirinya.
  13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
  14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
  15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
  16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
  17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
  18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
  19. Jangan bandingkan dia dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
  20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
  21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
  22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
  24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
  25. Mengetahui bila hari lahirnya.
  26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
  27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
  28. Manja!
  29. Jangan terlalu excited ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
  30. Jangan terlalu bersikap kelakian dan ganas dalam pergaulan.
  31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna
  32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
  33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
  34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
  35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
  36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
  37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
  38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
  39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
  40. Jangan bersikap terlalu kuno.
  41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
  42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
  43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
  44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
  45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
  46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
  47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
  48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
  49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
  50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

Yasmin Hani dah nak kahwin

Assalamualaikum.....

Khabar gembira buat peminat Yasmin Hani yang akan berkahwin pada 21 Oktober 2011 nanti. Bakal suami Yasmin Hani merupakan bekas suami kepada pelakon Ida Nerena, Shahrin dari kumpulan Blackrose.
Unik kad perkahwinan Yasmin Hani....Bentuk setem gitu...Cute..


Salam Takziah buat Lagenda Negara, Dato' Ahmad Jais.

Assalamualaikum....

Al-fatihah buat keluarga Dato' Ahmad Jais yang telah kembali ke rahmahtullah.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan al-fatihah...


Mamat Sepah Masih Tak Puas Hati Dengan Fida

Assalamualaikum....

Panas sungguh kisah perhubungan di antara Fida dan Mamat Sepah ney. Masing2 masih lagi berbalas pandangan di media. Semuanya gara2 kesilapan Mamat memaparkan photo Fida yang tidak bertudung.  Entah salah siapa dalam kes ney tapi masing2 nak tegakkan benang yang basah. Beberapa hari yang lalu Fida mengeluarkan kenyataan yang dia sudah berpisah dengan Mamat dan hari ney Mamat pula yang buat kenyataan yang dia tidak tahu-menahu. Tak fahamla diaorg ney...

Baca kenyataan dari Mamat Sepah..
Nampaknya Mamat masih tidak boleh menerima cara perpisahan yang telah dilakukan oleh Fida terhadapnya. Iyerlah, mana boleh blah kalau kita tahu orang clash dengan kita menerusi suratkhabar je kan? Panas jugak hati dibuatnya.mamat sepahSehubungan dengan itu, Mamat ingin Fida bersemuka dengannya. Kemungkinan besar Mamat nak dengar Fida berkata “Saya nak clash dengan awak” secara face to face:-
Terus-terang saya katakan, saya tidak tahu tentang perpisahan ini sehinggalah keluarga saya maklumkan. Sejak kisah ini menjadi paparan media cetak dan elektronik, saya sudah tidak membaca akhbar atau menonton program-program hiburan di televisyen. Saya tidak berani untuk membaca dan melihat kisah saya diperkatakan umum. Saya tidak kuat untuk menghadapi situasi ini.Tak sangka pula Abang Nara yang Mamat tak berjiwa kental. Nampak muka macam kacak bergaya dan macho. Sampai tak sanggup baca tue. Sadis sungguh.
Jika benar Fida mengambil keputusan untuk berpisah, saya hormati keputusannya itu. Saya akui semua yang berlaku ini adalah salah saya. Saya pun telah minta maaf kepada Fida, tetapi mungkin dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu. Apa yang berlaku adalah tidak disengajakan. Tidak mungkin saya hendak memburuk-burukkan Fida kerana saya sayangkan dia. Saya terima keputusan Fida untuk berpisah. Mungkin ini adalah hukuman terhadap kesilapan yang saya lakukan. Saya anggap semua yang berlaku ini adalah takdirBetul juga kata Mamat tue, takkanlah dia sengaja nak burukkan orang yang paling disayanginya. Abang Nara rasa memang betul Mamat tak nampak dan tak sengaja masa tue.
Saya tahu Fida seorang yang jujur dan tidak pandai menipu. Jika dia kata mahu memutuskan perhubungan kami, saya percaya dengan kata-katanya itu. Tetapi, saya mahu Fida berjumpa dengan saya dan katakan yang dia ingin berpisah. Jangan hanya beri kenyataan kepada pihak media. Saya rasa caranya itu tidak betul. Ketika mahu bercinta, kenapa boleh bersemuka? Apabila hendak putus, mengelak daripada berjumpa pula. Saya mahu Fida putuskan hubungan ini secara baik.Harap-harap Fida mempertimbangkanlah harapan Mamat untuk bersemuka dan clash secara baik. Kang meroyan pulak si Mamat nie. Kesian kat dia. Tapi hati-hati jangan sampai termakan ayat manis daripada Mamat.

Sumber:Beautfiulnara

"SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST PICCIONEBLU"


Assalamualaikum.....

Shiraz nak ajak kalian yang cantik dan kacak  untuk join Segmen Pencarian Bloglist Piccioneblu ney...
(pyahnya nak eja name dia)

Apa yang korunk perlu buat?
Xderk apa sebenarnya just follow blog dia dan  buat entry ney.
Senangkan...

syarat- syaratnya:)
1) Follow blog saya (piccioneb-blu.blogspot.com) *suka hati, tiada paksaan
2) Buat satu entry bertajuk "SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST PICCIONEBLU" dan letak banner di atas dalam entry tersebut yang dilinkkan kepada entry ini.
3) Letak link entry korang dekat komen box entry ini.
4) Tag kawan2. *suka hati, tiada paksaan

SEGMEN 1: BLOGLIST CUTIE MUTIE


Assalamualaikum.....

Selamat pagi korunk semua...Selamat pagi blogger2 terkenal...
Shiraz nak ajak korunk semua join Segmen dari Sis92 ney...Adik Sis92 ney buat segmen bloglist cutie mutie...
So, pada siapa2 nak join boleh la klik kat banner atas tu...

5 point utk blog Sis92..
  • Blog Cantik dan Menarik
  • Tak serabut mata
  • Header yg menarik
  • Name blogger yg unik
  • tulisan yg jelas.

" Saya nak edit blog percuma!"


Assalamualaikum....

Shiraz nak join segmen dari Nazihah la...Dia rajin nak editkan blog so ape kata tolong editkan blog untuk Shiraz..Hihi...

kenapa Shiraz nak Nazihah editkan blog ney?

1- Sebab nak header yg cantik sket..

2- Nak la org nak designkan untuk kite kan....

3-  Shiraz rasa blog Shiraz lembap sedikit...

4- Shiraz nak blog yg ceria...

Itu je la kot...

Kenapa Dato K sekarang dah tak berapa nak macho?

Assalamualaikum....

Apa motif ney Cik Shiraz sebut pasal Dato K?
Hehe xder ape la saja2 nak tulis pasal Dato K yang dah tak berapa nak macho sejak 2 menjak ney...
Klu korunk teringat2 la muka Dato K masa ngorat Dato Ct dlu kan bukan main lagi machonya...
Nampak gagah dan smart gitu..
Haa x caya?


Nah smart kan Dato K masa ney....
Tapikan, masa pelancaran album Dato CT All Your Love ari tu tersentak jugak tgk muka Dato K...
Macam tak terurus jak...
Dah tak macho...

Kenapa Dato K? 

6 Cara Penjagaan Kulit Muka

Kulit muka yang tak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal daripada sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Sebab anda kerap menegangkannya tetapi tak membersihkannya dengan sempurna, tak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.



Gambar - Nivea


Sebaliknya, kalau anda nak mengekalkan keremajaan kulit muka lebih lama, ikutilah 6 cara penjagaan muka berikut;

1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh. :)

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.



Read more: http://petuasejagat.blogspot.com/2009/02/6-cara-penjagaan-kulit-muka.html#ixzz1aLokFQqh

Izara Aishah - Lagi Selebriti Mangsa Pengguna Facebook




Assalamualaikum....

Izara Aishah pun dah menjadi mangsa pengguna di facebook. Ramai plak yang mengaku dia tu Izara Aishah... Kalau Yuyu Zulaikha pun ramai yg mengaku diaorg tu Yuyu inikan plak Izara Aishah. Haushhh tak faham la...

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER


Assalamualaikum....

Shiraz nk ajak korunk semua join segmen dari Skytech belog ney.
Tak payah pun syaratnya..
So, pada siapa2 yg nak join boleh klik kat banner atas.

Syarat:
1.Buat entri dan letakkan header SKYTECH BELOG dan linkkan ke entri ni...
2.Buat satu entri yang bertajuk "SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER"3.Tu je...mudah kan..? Entri siap..? Tinggalkan URL entri korang kat ruangan komen ni...
4.Follow blog ni kalau suka...nak LIKE fanpage pun boleh...hee...
5.Bila segmen ni tutup...? Pukul 10 malam ni 10 Oktober 2011...

Kisah peristiwa pahit di zaman persekolahan.


Assalamualaikum....


Shiraz nak cerita dua kisah pahit masa zaman sekolah dulu. Bukan sekolah rendah taw tapi masa Shiraz di zaman Form 6. Bulatkan mata korunk luas2 FORM 6.
Macam mana Shiraz tergerak hati nak cerita...Sebab tadi Shiraz tgk adik bongsu main tampal2 kertas kat belakang baju. Mcm mana Shiraz cerita pada adik mcm ney la Shiraz nk ceritakan pada korunk.

Situasi pertama yang Shiraz alami...

Beg sekolah Shiraz disorok...Dari lepas rehat sampai waktu balik puas Shiraz cari. Habis semua kawan2 Shiraz tanyakan tapi sorang pun tak bgtaw. Terpaksa tebalkan muka mengadu pada cikgu. Bukan nak perhatian sebenarnya cuma meminta sedikit bantuan. Tp, cikgu tu cuma tersenyum sinis sambil jawab "beg awak carik la sendiri..yang susahkan saya kenapa?" Bermula detik tu Shiraz mmg benci gila dengan cikgu tu. Sampai sekarang. Bila waktu pulang dari sekolah Shiraz mmg dah letih teramat sangat nak cari kan beg tu. Lemah longlai dah rasanya. Pakcik guard yang datang jumpa Shiraz bgtaw yang dia terdengar kawan2 Shiraz bgtaw yg diaorg sorokkan beg di dalam tandas. Pakcik tu yang temankan Shiraz amek beg yang diaorg letakkan kat atas penutup tangki. Shiraz dh start menangis time tu. Sedih sangat...Teramat sangat. Dan keesokannya, seminggu Shiraz tak datang sekolah. Bukan malu tapi fedup nak ke sekolah.


Situasi kedua...

Belakang baju Shiraz ditampal kertas dengan tulisan "AKU BODOH". Shiraz mmg tak perasan bila diaorg letakkan kertas tu. Padan la ari tu bila Shiraz ajak pergi rehat sorg pun x mo..Rupanya masing2 dah ada plan nak kenakan Shiraz. Bila Shiraz berjalan masuk ke kantin semua org ketawakan Shiraz, berbisik2 pun ada, yg kata  "kau memang bodoh"pun ada...Mulanya Shiraz tak faham so Shiraz endahkan je..Bila masuk kelas baru lah Teacher tegur. Lepas semua dimarahi oleh Teacher, semua boikot Shiraz. Semua sisihkan Shiraz. Dan akibat dari itu Shiraz terus apply ASWARA. Dan alhamdulillah tak payah tggu lama2 Shiraz diterima masuk ke ASWARA...

Ada tak siapa2 yg pernah mengalami perkara sama mcm Shiraz ney?


Bini-Biniku Gangster

 suAssalamualaikum....

Shiraz nak cerita berkenaan filem Bini-biniku Gangster yg tengah hangat ditayangkan di pawagam...
Shiraz bg filem 5 bintang. Apa yang Shiraz suka pasal filem ney...Apa yang Shiraz tak suka pasal filem ney...Jom check...

Aksi romantik.

Shiraz suka tengok aksi romantik di antara Herry dan Manja. Chumel sangat kan...
Kalau antara Herry dan Reanna biase je...Iyalah watak Reanna dalam tu kan dia cuma berpura2 dan x banyak aksi romantik di antara mereka.

Aksi pergaduhan.

Manja nampak lagi gagah bergaduh berbanding Reanna.

Orang suruhan.

Orang suruhan Manja memang best la....Diaorg berjaya menghidupkan watak diaorg dan membantu watak Manja. Jarang sekali dapat tngok orang suruhan Reanna. Maklum la, Reanna pun org suruhan Min Siam.

Watak Mat Saja.

Mat Saja ney mmg penyeri cerita la. Dialog dia dalam dialek Terengganu kelakar sungguh. Kesian kat Mat Saja selalu saja dibelasah. Memang patut pun cakap berlagak sangat. 

Kelemahan Citer Ney:

Konflik di antara Manja dan Reanna pendek sangat. Tak banyak konflik di antara mereka.

Watak Shaheizy Sam dalam filem Kongsi di bawa ke babak akhir filem ney. Yang ney pun tak best. Tamulak datang langgar tong pastu peluk bini2 dia pastu tonjolkan diri...Wahhh sungguh tak best. Kurang2 buat la Tamulak betul2 bergaduh dengan bini2 dia sampai la dia dah x mampu nk berlawan baru la tonjolkan diri..

Apapun, filem ney mmg best...Best sngt!!!

Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20


Assalamualaikum......

Selamat menyambut Ulangtahun perkahwinan buat kalian. Semoga hubungan suami isteri yang terjalin di antara kalian akan terus berpanjangan.Sabar dan tabah dalam menghadapi liku2, cabaran dan godaan dalam hubungan kalian. Susah untuk membina sebuah hubungan itu tapi untuk meruntuhkannya sungguh mudah. Jadi, hadapi lah satu-persatu cabaran yang dihadapi itu bersama. 

Perkara yang disukai di Kujie.com..
Shiraz suka tengok blog Kak Kujie ney sebab simple, nice, dan senang je. Banner disusun kemas..So, xderkla nampak blog akk serabut dan merapu. Loading time sungguh la laju...Tak payah tunggu lama2 dah ada disiarkan...

Kelemahan dan cadangan di Kujie.com..

chatbox: perlu kot letak chatbox boleh la nak berhai2 ngan akk gitu...Tp, x letak pun xpe je...

widget: tak payah la kak widget tu melambatkan loading blog akk nnt...

tukar theme:tak payah sbb dah cantik

tukar banner: tak payah jgk..

lagu:terpulang pada akk sebenarnya tp kalau pada Shiraz xderk pun x pe jugak...Shiraz okay je kalau ada lagu tu cuma lambat la sket. Shiraz perasan blog Shiraz lambat sbb lagu la tersekat2 tp blum ada ms nk edit. Klu lagu tu smooth dengan elok tak pe, tyme die buat rosak satu blog kita jadi rosak. Last2 org pun x mo masuk blog kite...

Itu je la kot...


SEGMEN : BLOGLIST KYRA


Assalamualaikum.....

Sape nak join bloglist adik Kyra ney boleh la klik kat banner atas erk....



maaf tulisan pendek, Shiraz ngantuk...

Contest Nice Blog My Diary


Assalamualaikum....

Shiraz nak ajak korunk semua join Contest dari adik Zila ney...
Xbnyak details mengenai contest ney so Shiraz anggap yng Shiraz just main2 masuk je la...
And syarat pun dia x letakkan mana...
Sekadar dapat meninggkatkan traffic sama2 je...
Adik Zila kata nak cari blog yang nice...
Tp, sorry la erk dik...
akk punya blog buruk jak....
Hihi

BIRTHDAY GIVEAWAY


Assalamualaikum....

Shiraz nak wish happy belated birthday untuk Cik Nureen dan Happy Birthday Soon untuk En Naufal...

Happy brithday Both of you,

Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, dilimpahkan kebahagiaan, dihadiahkan kejayaan, gembira di samping keluarga, teman2 dan orang sekeliling. Semoga kalian tabah dan sabar dalam menempuhi liku2 sebagai suami isteri.

Ikhlas dari Sheeszshira Shiraz.

Fantaghirolynn Giveaway


Assalamualaikum......

Siapa minat Angry Bird?
Angkat tangan gaya macam Usop Wilcha...
hihi,,,
Shiraz salah seorang yg minat bermain dengan game Angry bird ney...Sampai naik geram main game tu..
So, hari ney Shiraz nak ajak korunk semua join GA dari Cik Lynn ney...

Apa yang korunk perlu buat...
Jom baca syarat2nya nnt...
Secara rasminya, Shiraz nak join jugak GA ney...Hihi

Syarat Penyertaan :
1. Follow Blog INI.2. Buat simple entry mengenai GA ini.3. Letak banner di entry dan linkback.4. Tak perlu letak banner di sidebar.5. Tinggalkan url link anda di entry ini.6. Tarikh tutup adalah pada 1 November 2011.




Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca


Assalamualaikum.....

Hye korunk, Shiraz tgh duk jalan2 blog ney nampak la blog En Hasrul Hassan ney..Macam best kan dia punya ruangan ney...So, Shiraz mengambil keputusan nak join sekaki. Iyalah, mana taw kot dapat naikkan traffic ke, tambahkan followers ke...Hihi...

So, pada siapa2 yang nak join boleh klik kat banner tu....

Nama Blog: nurulshiraz.blogspot.com
Nama Blogger: Nurul Shiraz Kamarudin
Tahun Mula Berblog: 2009 kot...hehe..
Jumla Followers: 120                                                                                                                                                                                   

SEGMEN HUJUNG MINGGU | JOM JALAN-JALAN


Assalamualaikum.....

Shiraz nak ajak korunk g jalan2 dengan Cik Genk ney...Jom2 sape nk ikut g jalan.

segmen BAGI UP FOLLOWER!!


Assalamualaikum.....

Shiraz tgh rajin blogwalking sambil tgk Running Man Kim Hyun Joong...(dia hensem)

Shiraz nak ajak korunk join Segmen dari  MissCyda ney...Segmen bagi up followers...Jom2 siapa2 yg nak join boleh klik kat banner atas ney..

Miss Cyda, Shiraz rasa dah ikut semua step yg diberikan...Klu tertinggal maap erk...

Shahz Jaszle dan Miera Liyana putus cinta


Assalamualaikum....

Pelakon Miera Liyana dan Shahz Jaszle dah berpisah gara2 orang ketiga. Pelakon Lash Mokhtar plak yang bertakhta di hari Shahz Jaszle skunk ney...
Tapikan, kata Miera Liyana tu cuma gosip semata...Tak kisah la apa2 pun...

Shahz Jaszle kan....dlu Shiraz minat sngt kat dia...Teramat minat sampaikan Shiraz sanggup tgk citer Tari Tirana berulang kali semata2 nak tengok muka Shahz. Tp, makin lama bila Shiraz minat Shahz, banyak sangat citer buruk pasal Shahz ney. Kata orang, seorang peminat tu kena la support artis yang dia minat...Tp, kalau dah berita yang kuar tu asik citer buruk apa kess...So, selamat tinggal la Shahz Jaszle...

>Ramai erk pelakon wanita yang minat dengan Shahz Jaszle ney<

Data Peribadi Artis Digodam Dan Dilepaskan Di Internet

Assalamualaikum....

Siapa minat Akim? Siapa minat Nabil? 
ataupun Siapa Nak No Telefon Artis2 ney?
Haa...Industri seni kecoh sket apabila seseorang yang menggelarkan dirinya, Jarjarbinks telah mengodam profile artis2 dan siarkan di laman web. Ada no phone, alamat rumah, no ic...Hmm hebat org yang mengodam ney...

Cuma yang tak tahunya sama ada betul ataupun tidak je...Kan..

jarjarbinks
>kalau ada yang rajin nak try satu-persatu no artis ney mmg Shiraz tabik spring la...<

Fida Ibrahim dah berpisah dengan Mamat Sepah

fida putus dengan mamat

Assalamualaikum....

Pelakon Fida Ibrahim sah berpisah dengan bekas kumpulan Sepah, Mamat. Berita sedih buat Mamat, selepas berpisah dengan Arda dia sangkakan dengan kehadiran Fida hubungannya akan berkekalan namun tak juga berhasil. Gara2 penyiaran gambar peribadi Fida yang tidak memakai tudung tu, Fida mengambil keputusan memutuskan hubungannya dengan Mamat dan menyalahkan Mamat di atas kesilapan hubungan tu..

Kesian jugak dengan Fida ney erk,kalau dia betul2 seorang muslimah yang mengenakan tudung dia tak sepatutnya menyalahkan Mamat. Iyalah, dia sendiri yang tidak mengenakan tudung pada hari percutian tu. So, kenapa diletakkan kesalahan pada Mamat seorang. Dengan fesyen tudung yang tak berapa dah skunk ney lagi lah membuatkan orang ramai bukannya menyokong Fida malahan makin membenci dengan sikap penting diri yang ada pada Fida.

Satu berita sedih untuk Mamat tapi berita gembira untuk ribuan jejaka, duda dan datuk-datuk di luar sana yang menaruh hati kepada Fida. Menurut Rotikaya, Fida telah mengambil keputusan untuk memutuskan percintaannya dengan Mamat.fida putus dengan mamatStatus hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika ituTetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih burukAdakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahajaFida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua

Saida Taruddin sah bercerai talak satu


Assalamualaikum....

Penyanyi Saida Taruddin sah bercerai dengan suaminya, Mohd Ghazali dengan talak satu hari ney...
Hmmm...lagi artis bercerai tapi kata Saida bekas suaminya itu tidak menghormati arwah bapanya manakala kata suami Saida ada skandal dengan lelaki lain..Nahhh...mana satu betulnya cerita ney...Tepuk dada tanya selera la erk...

Penyanyi Saida atau Siti Nursaida Tarudin,35, dan suaminya Mohd Ghazali Yahya Zikri,40, sah bercerai dengan talak satu pada Jumaat di Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas 15 tahun hidup bersama.saida sah ceraiKakak kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza itu menebus talak dengan bayaran RM1,000 pada prosiding tersebut.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

GiveAway by anis athia


Assalamualaikum........

Entry pertama pada petang ney....Sibuk duk mengemas umah tadi..
Tak mo cakap banyak2 jom kite join GA dari Anis Athia ney...
Banyak hadiah yang dia nak bagi...Boleh la kot salah satu dari hadiah tu bg kat Shiraz..Hihi...


Secara ironinya, Shiraz dah add semua yang disenaraikan.....

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI


Assalamualaikum....

Shiraz nak ajak korunk join segmen dari Cik May ney....Dia nak ajak tambah followers...Macam best erk bunyinya....

So, apa lagi meh cepat2 join segmen dari Cik May ney....Just klik si burung biru tu...

Segmen Mari Berkenalan


Assalamualaikum.....                                                         

Nak ajak korunk join segmen dari Mama Afifi Ain dan Amru ney....
Tak banyak mende nak kena buat...Just join je la...Hihi
So, dengan rasminya Shiraz pun nak join jugak....

SEGMEN JUST GOOGLE IT - AZURIN RAMLI


Assalamualaikum....

Shiraz nak join segmen dari Zurin ney...Nmpk mcm menarik je dia punya segmen...Tak menang pun tak pe janji dapat join...hihi...

Antara soklan2 yang ditanya oleh Cik Zurin ney....

1)Nick name...

>hihi name gue<

2) Age

>Dah boleh kawen kut????<

3) Hobby

punisher blogger icon

twitter batman icon

facebook thing icon





4) I want to be

>ooo...hampir tercapai<

5)  I love To Eat



>Shiraz hantu kuey tiaw<

6) I wish i can



>Jom kawen dengan saya<

Pada sape2 yg nak join jugak boleh klik banner kat atas ney...Before that, baca dlu erk syarat2 dia...hihi

hadiah ?# TOPUP 3orang entry yang paling BEST & KREATIF(kalau ramai yg join,aku up lagi bil. pemenang)# aku FOLLOW blog siapa yg join, tak kesah menang ke kalah# aku buat bloglist khas untuk segment nie.# insyallah traffic korang pon boleh naik
SYARAT ?1. follow blog http://belogjuryn.blogspot.com2. copy banner atas tue,link kan sekali kat entry nie3. buat entry dengan tajuk SEGMENT JUST GOOGLE IT- AZURIN RAMLI4.masuk kan SYARAT sekali dalam entry korang tue5.hantar link entry korang kat komen box aku kat entry nie.

Tahniah Ana Dahlia...Sah menjadi tunangan Chef Riz

Assalamualaikum....


Ingat tak korunk pada watak Sutera dalam drama Arjuna.
Mungkin korunk lupa kot sbb dalam drama tu watak dia kecik je...
Tapi, kalau sebut walepatliat semua orang akan kenal akan gadis cantik berambut panjang ney...
Kata-kata walepatliat cukup popular dalam drama Nora Elena.
Tak perasan?
Alaa...dia memegang watak sebagai Azira. Kawan baik pada Malek dan Vyonne ney...Dia la si cantik manis yang dah berjaya memikat hati anak teruna Chef Wan siapa lagi kalau bukan Chef Riz.
Banyak gosip pasal mereka berdua ney. Ada yang kata Chef Wan tak setuju la apabila mengetahui status janda pada Ana Dahlia. Sepanjang kontroversi yang melanda Ana Dahlia mahupun Chef Riz yang masing2 mengunci mulut akhirnya majlis pertunangan menjadi saksi cinta mereka.

Majlis pertunangan yang berlangsung di Changkat Jering, Perak itu menyaksikan Ana Dahlia begitu anggun mengenakan busana berwarna krim. Anggun dan cantik sungguh Ana Dahlia.

Layanlah gambar cantik dari Ana Dahlia ney...
Gambar kredit dari Beautifulnara.com dan Rotikaya.com

gambar pertunangan ana dahlia