Proton vs Perodua

Assalamualaikum....

Shiraz nak cerita pasal apa ney?

Kali ney nak cerita Shiraz diserbu oleh dua lelaki hot  kut yang menghubungi Shiraz mengenai pandu uji kereta diaorg...Ooo mcm tak percaya jer...Shiraz tak tahu diaorg ney betul2 dari syarikat permotoran ataupun diaorg sengaja nak usik2 Shiraz di kala petang melabuh tirai...Selepas keseronokan menonton "You don't know women dan Smile, Mommy di Sbs One..

Masa terima panggilan Shiraz mengiyakan je pastu Shiraz terfikir ada event ke skunk ney? Kenapa Shiraz seorg je yang menerima panggilan tu...Pelikkan...

Temubual Shiraz dengan lelaki dari Perodua..

Lelaki perodua: Hello, boleh bercakap dengan Cik Nurul Shiraz Kamarudin.

CNS: iya, saya!

Lelaki perodua: Boleh saya panggil Cik Nurul?

CNS: hmmm...boleh jer...

Lelaki perodua: Saya Zulkiplie dari perodua, saya nk tanya pada Cik Nurul sama ada Cik Nurul berminat untuk pandu uji salah sebuah produk dari perodua?

CNS: haa????

Lelaki Perodua: Sebenarnya begini....bla bla bla (x ingt apa dah ayat dia)...Dia membebel hampir 5 minit..Dan tiba2....Cik Nurul boleh datang tak?

CNS: blurrr....(kau cakap apa sebenarnya aku tak faham???)

Lelaki Perodua: Cik Nurul?

CNS: Hmmm...datang ke mana?

Lelaki perodua: >GELAK<

CNS: sigh!!!

Lelaki perodua: Cik Nurul tak faham ya apa yang saya cakap?

CNS: hmmm....blurrr again!

Lelaki perodua: Macam ney la Cik Nurul, kita nak bg Cik Nurul pandu uji salah sebuah produk terbaru dari perodua...Kalau cik Nurul berminat untuk join...

CNS: ooo kat mana?

Lelaki Perodua: kita adakan di i-city, Shah Alam pada 10 september...

CNS: Encik, saya ney duduk terengganu...Semata2 untuk ke pandu uji tu takpe la terima kasih saya mmg...

Lelaki Perodua: Kenapa tak bgtaw awal2 Cik Nurul dari Terengganu?

CNS: haaa?????????

Lelaki Perodua: Kalau macam tu tak pe la...Terima kasih Cik Nurul kerana sudi meluangkan masa...

Talian diputuskan......Tergamam....

Lelaki Proton..

Lelaki proton: Hello, boleh bercakap dengan Cik Sheeszshira Shiraz.

CSS: iya...

Lelaki proton: Saya dari proton eon...boleh cik Sheeszshira shiraz luangkan masa beberapa minit?

CSS: iya...

Lelaki proton: Begini cik Sheeszshira Shiraz.....

CSS: panggil Shira je...

Lelaki proton: Okay cik Shira, kami nak adakan survey dari Cik Shira mengenai proton. Kami dapat maklum balas dari pandangan cik Shira dalam ruangan Test Drive with Proton dan Churp churp...

CSS: Saya dari Terengganu...

Lelaki proton: Haa? Apa cik?

CSS: kalau encik call saya nak pandu uji kereta tu saya rasa tak payahla memandangkan saya dari terengganu...Jauh...

Lelaki proton: CikShira, untuk test drive tu dah tamat sebenarnya...Saya telefon ney mengenai pendapat cik shira yang mengatakan enjin proton exora bising...betul ke?

CSS: ooo....saya tak tahu kalau kereta pemilik lain, tapi kalau salah seorang jiran saya yang gunakan proton exora tu saya rasakan yang enjin dia teramat la kuat kedengaran..Bising tu cuma kata ganti saya untuk kuat kedengaran tu...Encik faham x?

Lelaki proton: Ya...saya faham.Terima kasih cik Shira di atas keprihatinan Cik Shira...Kami akan pertingkatkan lagi mutu dan kelancaran enjin dari produk proton...Cik Shira ada gunakan kenderaan dari proton?

CSS: ada...Perdana..

Lelaki proton: Perdana model berapa tu?

CSS: ntah....kereta bapak saya sebenarnya...

Lelaki proton: Ooo okay...so, ada apa2 masalah tak dengan kereta tu...

CSS: Tak tahu la plak saya encik...Maklum la org perempuan bawa kereta..Mana nak taw semua tu...Yg thu start enjin pastu jalan...cuma skrg bila saya pandu kereta perdana tu mcm ada bunyi dekat bahagian tayar kot tapi saya tak pasti la bhgn mana...bunyi mcm mende mengipas...kalau saya bawa slow bunyi tu tak menyenangkan la....

Lelaki proton: Biasa bawa laju ke?

CSS: tak jugak....cuma, kalau bawa laju bunyi mengipas tu tak la kedengaran...

Lelaki proton: Okay...lagi apa masalah?

CSS: hmmm....stereng kut rasa berat sket.

Lelaki proton: Dah servis kereta?

CSS: tak tahu la...

Lelaki proton: Hmmm....biasa servis di mekanik biasa ataupun cawangan proton?

CSS: mekanik biasa...

Lelaki proton: Cik shira, saya sarankan hantar kereta ke cawangan proton untuk pemeriksaan lanjut...Jadi, kita akan dapat feedback dari mana2 cawangan mengenai produk kita.

CSS: hmmm okay.

Lelaki proton: Terima kasih cik Shira di atas perhatiab tersebut dan sudi meluangkan masa.

CSS: okay sama2...

Lelaki proton: Cik Shira, satu lagi saya perlu tahu sepanjang perbualan berlangsung di antara skala 1 hingga 5 di mana 1 mewakili teruk dan 5 yang terbaik, berapakah skala di antara perbualan saya dengan cik shira?

CSS: 5 kot...

Lelaki proton: Terima kasih.. Selamat petang Cik Shira

CSS: Selamat petang.

Talian diputuskan..

Nampak tak perbezaan di antara kedua-dua lelaki di atas. Lelaki proton tu lebih profesional kan...Lagipun, Shiraz pun senang berbicara dengan lelaki proton tu..Berbanding dengan lelaki perodua tu..Agaknya kalau dia tanya skala1 hingga 5 tu harus Shiraz letak 1 kot...Hihi..