Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri dan Puan Kutu


Kala senja melabuhkan tirai, Puan Kutu yang cantik, menarik, tertarik kau memang da bomb la duduk termenung di bawah pokok kelapa. Perlahan-lahan irama dan melodi si Marsha terngiang-ngiang di telinganya. Sambil menyanyikan lagu itu dia menari ala-ala Wonder girls. Puan Kutu tidak sedar yang dia sedang diperhatikan.

Apabila malam mula membuka tirai, Puan Kutu berlari-lari anak menuju ke rumahnya.  Dia kepenatan. Tiba-tiba hatinya dirundum pilu. Airmata mula bergenang namun cepat2 dia menyekanya. Sudah cukup puas dia menangis kerana sahabatnya itu. Kerana seorang lelaki, kawannya terlebih dahulu menikamnya dari belakang. Sejak itu, segala kenangan mereka berdua dia cuba lupakan. Sudah terlalu lama rasanya dia hidup bersendirian. Nak kata dia tak cantik, mmg dah cantik pun. Lebih cantik dari kawannya itu. Nak kata dia tak menarik, dah terlebih menarik dah perempuan itu tapi apa yang kurangnya? Puan Kutu melepaskan keluhan.

Setelah selesai segala urusan, Puan Kutu membuka blog unggulnya. Meluahkan segala isi hati di dalam itu dan setiap kali itu dia sering mendapat balasan dari seorang lelaki. Lelaki itu banyak menasihatkan dia untuk cuba berbaik2 dengan kawannya itu tapi hatinya masih terlalu degil. Setiap kali dia cuba, setiap kali itu dia batalkannya. Jahatkah dia?

Kali ini dia cuba meluahkan lagi namun sang lelaki yang ditunggu tidak membalasnya. Dia kesunyian akhirnya membawa diri ke tilam. Dia berbaring menghadap siling. "Eiii buruknya!"bisik hati Puan Kutu. Lama dia menantikan lelaki itu membalasnya namun tiada balasan. Akhirnya , Puan Kutu terlelap dengan titisan airmata.

Di istana, Tengku Puteri memanggil adik iparnya itu. Dari adik iparnya  itu lah dia dapat mendengar khabar tentang Puan Kutu. Selesai perbincangan, Tengku Puteri memandang ke arah luar tingkap. Dia termenung panjang. Dia turut merindukan kawannya itu. Bukannya dia tidak cuba menemui Puan Kutu. Pernah! Bukan sekali, bukan dua kali malah berkali-kali dia pergi ke pondok buruk itu seraya dibekalkan makanan buat Puan Kutu namun setiap kali dia pergi setiap kali itu dia mendengar Puan Kutu memakinya. Puan Kutu teramatlah memarahinya. Teramatlah sedih dia mendengarnya. Dia buntu bagaimanakah harus dia jelaskan kepada Puan Kutu kedudukan sebenar. Mujurlah Putera Jomol sudi menolongnya. Dan dia sedar yang Puan Kutu masih menyayanginya.

Malam itu dia bertemankan airmata. Membaca setiap baris dan susunan ayat dari Puan Kutu. Derita sungguh sahabatnya itu gara-gara sikapnya itu. Sungguh! Dia bukanlah seperti yang Puan Kutu sangkakan. Bukannya dia cuba menikam sahabatnya itu dari belakang tapi dia cuba membantu. Namun percayakah Puan Kutu pada ceritanya itu.

Keesokan paginya, Tengku Puteri memanggil Putera Jomol. Dia meminta Putera Jomol mengaturkan pertemuan di antara dia dan Puan Kutu namun ditolak menta-mentah oleh Putera Jomol.  Tengku Puteri kesedihan lalu membawa diri ke kamar beradu.

Di kala itu, Puan Kutu asyik menyiram pokok bunga di halaman rumahnya. Dia tidak sedar bahawa dirinya sedang diintai. Sedang asyik dia menyiram bunga, Putera Jomol menegurnya. Dan kisah itu berlarutan sehingga beberapa minggu. Puan Kutu gembira akhirnya dia dilamar oleh Putera Jomol.  Keesokan harinya, Putera Jomol membawa Puan Kutu ke istananya. Ketika Puan Kutu melangkah, kelihatan Tengku Puteri sedang tersenyum. Puan Kutu agak marah. Dia cuba melarikan diri namun tidak berjaya. Kesempatan itu diambil oleh Putera Jomol untuk menceritakan perkara sebenar. Puan Kutu melihat ke arah Tengku Puteri. Rupanya, bukan lah Tengku Puteri mahu menikam dia dari belakang tapi cuma diselamatkan. Tengku Puteri tidak mahu Puan Kutu bernikah dengan Putera Jamol kerana lelaki itu jahat orangnya. Setelah bernikah dengan Putera Jamol, dia melarikan diri sehingga sekarang dan meninggalkan Tengku Puteri keseorangan. Mujurlah keluarga Putera Jamol masih mahu menerimanya. Putera Jomol juga menceritakan bahawa Tengku Puteri sering membaca blognya. Puan Kutu terharu lantas memeluk Tengku Puteri.

Raja Jamal dan Pemaisuri mengadakan kenduri kahwin Putera Jomol dan Puan Kutu 7 hari berturut-turut. Puan Kutu sangat gembira. Dia memohon maaf pada Tengku Puteri begitu juga dengan Tengku Puteri. Bagi meraikan kembali hubungan yang terputus itu, Puan Kutu dan Tengku Puteri menari bersama-sama dan bergelak ketawa.

TAMAT......

p/s: citer ntah ape2.....