Takziah Buat Cikgu Da dan Saufi

Salam....
Entry pendek untuk keluarga Puan Suhaida Mamat dan Saufi Ibrahim. Pagi tadi, Shiraz menerima khabaran duka. Anak ke-5 mereka yang berusia 2 tahun meninggal dunia pada pagi tadi. Awalannya, arwah Nur Najiha demam sejak hari khamis yang lalu. Sudah berkali di bawa ke Klinik Kerajaan Paka namun doktor yang merawat tidak pula memberi saranan untuk dibawa ke kecemasan. Pagi tadi, ketika bersahur arwah menikmati biskut dengan air teh. Selesai makan, arwah berak beberapa kali dan masuk kali ke-3, arwah lembek dan tidak sedarkan diri. Ke klinik kerajaan namun pembantu perubatan lambat membuka pintu. Dikatakan, mereka tiba di klinik jam 5 pagi nmn smpi azan subuh berkumandang pembantu perubatan masih tidak membuka pintu. Apabila rawatan diberikan doktor mengesahkan arwah sudah tiada. Selesai polis mengambil statement terdapat keraguan daripada pihak hospital dan memaksa arwah dibawa ke hospital Dungun untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat jam 12 tgh itu menunjukkan arwah terkena jangkitan kuman di paru2 yang teruk.

......................................................................................................................................................

Shiraz mmg rapat dengan kelima2 anak cikgu Da. Kalau ada program tadika ke, Shiraz ke rumah diaorg ke budak2 ney mmg x lepas dari Shiraz...Sebelum air mata Shiraz mengalir lagi Shiraz tutup entry ney dengan al-fatihah...
Suhaida Mamat
Nur Najiha Saufi