day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka

Hye Semua...

Shiraz baru je sudah berbuka ney...Perut masih kenyang..Hihi..
Hari ke-16 dalam cabaran 30 hari cik Ezy...
Guru sekolah anda yang paling anda suka..
Hmm...

Honestly, zaman Shiraz sekolah dlu Shiraz bukan lah seorang yang rapat atau baik atau mesra atau apa2 je lah yang seangkatan dengannya. Shiraz mmg x pernah rapat dengan cikgu. Kenapa? Sebab Shiraz lebih suka melayan diri kut. Cuma, masa Shiraz form 4 dan form 5 baru lah Shiraz baik dengan seorang Ustazah namanya Noorhayati. Sebabnya Ustazah ney selalu sangat berbual dengan pelajar perempuan dan dia selalu ceritakan bagaimana dia sebenarnya kecewa dengan suaminya itu.

Maklum lah kalau kat Terengganu rata2 cikgu bersuamikan orang Petronas, Optimal, Exxon Mobil, Pateline. dan macam2 lah. Lain plak dengan Ustazah ney, suami dia tak bekerja. Cuma mengharapkan duit dia je. Cukup bulan pergi tabligh meninggalkan isteri dengan anak2 tanpa duit..Hmm kesian kan...Masa Shiraz ke rumah ustazah tu dlu mmg serba kekurangan. Kerusi,meja makan, kabinet, karpet, langsing semua xderk...Tv pun yg kecik punya...Sebab tu ustazah malu sngt nk ajak kiteorg ke rumah dia.Tp, hari tu terpaksa sebab dia demam...Kite satu kelas melawat dia..

Shiraz ada gmbrnya cuma tak mo letak sini...Rasa bersalah plak...So, itu je lah...