AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA


Assalamualaikum.....Selamat berbuka puasa buat korunk semua...

Entry kali ney tentang Semangat AKU ANAK MALAYSIA MERDEKA..Hmm, sdah masuk angka ke54 kita semua Merdeka..Tp, angka 54 tu masih terlalu muda untuk kita berbangga berbanding dengan angka beratus-ratus tahun tanah air kita di jajah. Sedar ataupun tidak, walaupun angka 54 itu boleh kita tarik nafas lega namun hari ini negara kita sudah mula kucar-kacir akibat anasir-anasir luar. Semuanya nak demontrasi..Semua nak tunjuk pandai sedangkan negara-negara luar dah mula pandang serong kat negara kita. Tunggu masa je untuk menjadi batu api.

25 tahun Shiraz hidup sebagai Anak Malaysia. Shiraz teramat lah bangga dengan kemajuan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Bermula dengan era pemerintahan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Abdul Rahman lah orang yang bertanggung jawab membawa kemerdekaan pada Tanah Air. 31 0gos 1957 merupakan tarikh keramat buat Tanah Air pada waktu itu. Sebagai Anak Malaysia walaupun belum dilahirkan pada waktu itu tapi Shiraz rasa bersemangat bila menyanyikan lagu Tanggal 31 Ogos tu... 

Bapa Kemerdekaan - Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Era pemerintahan diteruskan pula pada Tun Abdul Razak. Kalau korunk nak tahu Tunku lah orang yang bertanggung jawab pelancaran Dasar Ekonomi Baru. KalauTunku tak terfikir untuk melancarkan Dasar Ekonomi Baru  pada tahun 1971, rasanya waktu tu mesti ekonomi negara kita terumbang-ambing..Bangganya Shiraz menjadi Anak Malaysia sebab Tunku orang melayu pertama yang memikirkan ekonomi rakyatnya pada waktu itu. 

Bapa Pembangunan - Tunku Abdul Razak Hussein.

Cuba bayangkan kalau orang kita tak hidup dalam bersatu-padu? Tak de semangat perpaduan dalam diri kita? Ataupun senang kata ada jurang pemisah antara Melayu, Cina, dan India? Kalau di Amerika, ada yang gelarkan anti-kulit hitam..Dan kalau Tun Hussein Onn tak memperjuangkan perpaduan pada waktu itu mungkin kita pun akan ada anti-Melayu, anti-Cina dan anti-India? Betul tak? Perdana Menteri Malaysia ke-3 inilah yang bertindak menyatu padukan rakyat Malaysia. Tiadalah anti-perkauman kat situ. Tapikan sekarang Shiraz tengok dah ada yang cuba memecah belahkan perpaduan sesama kita. Percaya tak? Sedih kalau negra Malaysia yang mecapai kemerdekaan hari ini dipecah belahkan perpaduan, keamanan, dan kesejahhteraan gara2 terpedaya dengan janji2 palsu yang ditaburkan.Shiraz tak mau la kata mana2 cabang politik yang ada hari ini. Pandai2 la korunk fikir. Kalau rasa susah nak fikir, carik la dalam internet. Seorang blogger tahu mana nak cari fakta dan sejarah. Kan?


Bapa Perpaduan - Tun Hussein Onn

Nah, di sinilah Malaysia mula berkembang pesat baik dari segi ekonomi mahupun kemajuan Malaysia. Kalau korunk suka duk lepak2 kat KLCC tu terfikir tak siapa punya idea mendirikan bangunan tinggi mencecah langit tu? Lapangan Terbang yang canggih, yang besar tu..KLIA siapa la punya idea? Yang korunk boleh tengok Michael Schumacher, Valentino Rossi dekat Sepang International Circuit tu..Kan best tu..Tp, terfikir tak siapa punya idea? MSC, LRT, CYBERJAYA, PUTRAJAYA..itu semua idea Tun Dr. Mahathir Mohamad. Shiraz bangga jadi Anak Malaysia ketika zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Banyak yang beliau lakukan untuk kemajuan Malaysia.

Bapa Pembangunan - Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasca pemerintahan diteruskan kepada  Tun Abdullah Ahmad Badawi.  Shiraz tak ingat banyak tentang Tun Abdullah. Apapun, Shiraz bangga dengan Tun Abdullah sekurang-kurangnya sepanjang pemerintahan beliau masih lagi kuat dan sabar dalam menempuhi setiap kontroversi yang melanda beliau dan keluarga. Syabas Tun Abdullah.


Tun Abdullah Ahmad Badawi

1 Malaysia...1 Malaysia...1 Malaysia..
Rasanya sekarang ayat keramat itu kedengaran di mana2.. Logo 1 Malaysia pun siap dipasang..Idea 1 Malaysia datangnya Y.A.B Dato'  Sri Mohd Najib Tun Razak yang mencetuskan idea1 Malaysia tu.Nah..sekarang kat maca2 ada 1 Malaysia. Shiraz suka dengan idea 1 Malaysia. Iyalah kitakan duk dalam satu negara. Berkongsi suka duka, berkongsi riang tawa, berkongsi pendapat. Baik Melayu, Cina ataupun India kita semua 1 Malaysia..Betul tak?


Y.A.B Dato' Sri Najib Tun Razak

Shiraz bangga jadi Anak Malaysia Merdeka sbb Malaysia negara yang aman dan damai...I love Malaysia..
1 Malaysia for everyone...



Tag 5 org kawan...

Nor Syamsina Hadini

Shila Natasha

Dya

Safra

Haslinda

Yuyu Zulaikha