Perginya Mohd Ashraf Abd Aziz

Hye All....Shiraz baru je habis baca paper berkenaan dengan Allahyarham Mohd Ashraf Abd Aziz, 26 yang pernah memberi kecoh pada Malaysia beberapa bulan yang lalu di atas tuntutan pada mahkamah supaya namanya ditukarkan pada Aleesya Farhana Abd Aziz.
Allahyarham Mohd Ashraf meninggal dunia pada jam 5 pagi semalam akibat serangan jantung dan tekanan darah rendah berserta kemurungan akibat permohonan Allayarham ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Kalau korunk masih ingat, Mohd Ashraf yang disokong oleh orang tuanya wpun bnyk suratkhabar dan blog yang mengeluarkan berita bahawa kedua orang tuanya tidak pernah setuju dengan apa yg dilakukan oleh Mohd Ashraf berikutan penghinaan yang diterima oleh keluarga tersebut. Tpkan pada pendapat Shiraz, orang tua Mohd Ashraf tidak pernah tegas dalam membentuk pendirian anaknya itu. Dekat Malaysia banyak Ngo2 yang boleh orang tua tu minta pendapat bagi menyelesaikan masalah anaknya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersepah kat Malaysia ney. X payah pergi jauh2, Terengganu pun ada. Sejujurnya ibu bapa Ashraf boleh je merujuk kepada Kementerian tersebut. Tp x dilakukan sehingga memaksa Mohd Ashraf membuat permohonan ke Mahkamah. Sudah tu, ibu-bapanya tetap memanggil beliau dengan nama Aleesya. Kalau betul2 keluarga Allahyarham pernah cuba untuk membantu Allahyarham berubah seharusnya kena tegas dan berpendirian tetap.
Shiraz bukannya menghina golongan2 maknyah. Tidak sekali! Tak kisah la kalau korunk nk jadi maknyah sekalipun tp jngn sampai berani memaksa peguam mahupun hakim meluluskan pertukaran nama korunk. Korunk nk buat kerja gila ney buat la tp jngn smpi satu dunia tahu...Bila dah jadi begini 2 kali ganda penghinaan yang korunk akan terima. Masyarakat Malaysia seharusnya berterima kasih pada hakim tersebut kerana tidak meluluskan permohonan tersebut.
Dan Shiraz rasa sekurangnya dengan pemergiaan Mohd Ashraf mungkin lebih baik. Setidaknya, rayuan permohonan tidak diteruskan. Jika tidak, mungkin hakim2 tersebut akan tersentuh hati memberi kelulusan pada Allahyarham...Siapa tahu?
MOHD ASHRAF HAFIZ...mahu rayu keputusan mahkamah.




Photobucket