Terharu???

Tadi aku terbaca entri khas dari seorang guru. Sedey aku baca kisah cikgu tu di mana bekas gurunya masih mengingati anak muridnya yg terpisah hampir 20 tahun. Bekas guru yg bergelar Ustaz dan isterinya Ustazah itu mencari anak muridnya yang sekarang mengajar di SMK Lembah Bidong. Aku terfikir mesti sayang giler Ustaz n Ustazah ney pada Cikgu Azimah.
Aku fikir2 balik sepanjang aku bersekolah. Aku rasa aku x pernah rapat dengan cikgu. Aku bukan jenis yg suka kipas cikgu, bukan jenis bodek cikgu macam kawan2 aku. Aku ingt lagi dekat seorang cikgu yang ngajar aku masa Form 6. Nama dia Suhaila. Serius, aku benci giler kat cikgu ney. Taw kenapa? Sebab mulut dia xderk insurans. Suka ati main sembur aku. Dia anti ngan aku. Aku????? Aku seribu kali anti ngan dia. Bulan lepas aku ada jumpa dia. Tyme tu tgh beli goreng pisang. Dia tgk je kat aku. Bukannya aku tak perasan dia kat situ. Aku perasan yg amat sngt. Tapi, aku sengaja x tegur dia. Aku sengaja x pandang muka dia.
Mesti korunk tertanya2 kan apsal aku benci giler kat dia.
Ada satu peristiwa yg btl2 menyakitkan ati aku. Tyme tu budak2 form 6 nk minta sumbangan. Tiba2 jer cikgu ney boleh macam ney taw "Eh Shiraz, bukan ayah awak orang kaya ke?"
Terdiam sekejap aku. Geleng tak, angguk pun tak. Speechless.
Dia tanya lagi "Hei Shiraz, dngr ke tak dngr sy panggil ney?"
Aku angguk.
"Dah tu jawablah saya tanya ayah awak orang kayakan. Duit banyak2 tu daripada membazir x tentu hala, daripada simpan senyap dalam peti bagilah sikit sumbangan kat kelas. Bukan payah pun..." Kawan2 aku pun mengiyakan. Senyuman yang penuh sinis. Dngn mata yg jeling x berapa nk jeling tu...Reaksi aku?
Aku bangun dari kerusi, ambil beg dan terus blah dari sekolah tu. Aku call mama aku cakap balik awal. Walhal aku fedup gila. Taw kul brp aku balik. Kul 10 pagi. Aku ingat taw apa yang cikgu aku cakap..Sampai sekarang. Setiap kali aku jumpa dia kat mana2 aku mesti lari. Kalau x sempat nk lari pun aku buat tak tahu jer...Tapikan, masa hari aku balik awal tyme tu Pak guard sempat tanya aku taw. "Bakpe mek balik awal. Marah di cikgu kang?"
Jawapan aku "Bosan la pakcik dapat cikgu macam tu!"
Terus-terang taw sepanjang aku sekolah, form 6 aku bnyk ponteng kelas, aku bnyk kurang ajar ngan cikgu.

Bila aku terbaca entri cikgu Azimah tu, aku terfikir kalau la cikgu tu nak jumpa aku balik. What should i do???? Mengalah ataupun terus menjadi diri aku sendiri? Aku rasa aku takkan jumpa cikgu tu sbb aku betul2 bencikan dia. Banyak mende yg berlaku tapi aku malas nk citer. Ngan mama aku pun aku x cerita. Cuma satu dua kisah je...Sekurang2nya mama aku tahu kenapa aku kerap ponteng sekolah beberapa tahun yg lepas. Huhhh....