Nora Elena vs Nur Kasih vs Adamaya



Okay klu sape2 ada perasan TV3 telah mencetuskan fenomena menerusi rangkaian drama yang cukup hebat. Bermula dengan Nur Kasih lakonan mantap Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Fenomena Nur Kasih menjadi topik hangat bukan sahaja di rangkain laman sesawang tetapi turut menjadi perbualan di kedai kopi..
Selepas berakhirnya fenomena Nur Kasih, TV3 menyiarkan pula drama di slot Akasia iaitu Adamaya. Lakonan hebat Sein, Lisa Surihani, dan Allahyarham Faizal Yusof dihiasi lakonan pelakon cilik Mia Sara Nasuha yang menjadi pelengkap drama adaptasi dari filem I'm Not Single. Drama Adamaya tak kurang hebatnya. Search dalam facebook berlambak yang menyukai drama romantik ney.

Dan sekarang muncul pula drama sensasi Nora Elena yang di adaptasi dari novel Kasih Yang Suci. Drama ney pun turut mencetuskan fenomena apatah lagi menampilkan hero dan heroin yang cukup kacak dan jelita siapa lagi kalau bukan Aaron Aziz dan Siti Saleha jangan lupa pada hero kedua yang tak kurang hebatnya Zul Ariffin. Drama bersiri 24 episod ney akan berakhir siarannya pada minggu ini.Dah ramai yang bersedih tak dapat menonton sikap romantik Seth Tan lakonan Aaron Aziz lagi. Topik hangat drama ini ialah sikap romantik melampau yang ditunjukkan oleh Aaron Aziz. Munasabah la isterinya Diyana Halik tak menafikan sikap Aaron Aziz yang sebenarnya. Padanlah romantik sungguh!

Hmmm...dan jangan lupa pada lagu latar yang mengiringi drama tersebut. Serius lupa tajuk lagu dalam drama Nur Kasih, drama Adamaya mendendangkan lagu Yang terindah nyanyian Dakmie manakala Nora Elena..Waa bnyk erk lagu dalam drama Nora Elena antaranya Dan Bila Esok nyanyian Sofaz, Berubah nyanyian Ery Putra (Insp Amir) dan Reen Hashim, Sesuatu Yang Berbeza Sofaz, Biar Hati Yang Menyintai Sarah Aqilah, Terhenti Di Sini Asfan, dan Jangan Kau Pergi nyanyian Ery Putra dan Reen Hashim. Kalau drama Nur Kasih dan Adamaya hanya mendendangkan sebuah lagu untuk setiap situasi berbeza dengan Nora Elena. Setiap lagu itu ditujukan pada setiap pasangan. Dan Bila Esok memaparkan Nora Elena dan Seth, Berubah Seth, Terhenti Di Sini Nora Elena dan Eid, Sesuatu yang Berbeza Seth, Biar Hati Yang Menyintai Nora Elena...Fuhhh...

Apapun, ketiga2 drama fenomena ini ada kebaikan dan keburukan masing2 tapi satu yang tidak mustahil ialah sikap ketiga-tiga hero lelaki iaitu Remy Ishak, Sein dan Aaron Aziz adalah mempunyai sikap yang romantik. Tak percaya? Tonton la drama Nur Kasih, Adamaya dan Nora Elena dan buatlah perbandingan.